18 April 2013

Terbiasa


Sewaktu melepaskan manusia yang dia sayang, dia tahan air mata jangan tumpah ke pipi. Sakit mana sekalipun dia terpaksa lepaskan manusia itu pergi. Mata sudah lelah memerah airmata, hati sudah kering merasa. Dia lebih rela daripada menahan teguh sekuat hati tapi akhirnya dia yang mati menahan derita yang tidak bertepi. Mungkin ini jalan yang terbaik dalam hidup. Manusia macam dia sudah terlampau  lali dengan kesakitan yang diterima daripada manusia yang dia cinta. 

Tiba satu peringkat dia sudah jadi manusia tanpa perasaan dan hanya mengikut alunan perasaan dalam perhubungan. Letih dengan karenah dan sandiwara itu. Drama begitu sudah terbiasa untuk dia hadam.  

Walang jiwa dia, tiada siapa mengerti. Dia termangu merenung paparan kosong..celaka perasaan, air mata mengalir deras menonton cerita jenaka. Pedulikan dengan jelingan manusia yang hanya terfikir mengapa manusia kuat seperti dia boleh rapuh hanya disebabkan rasa yang wujud itu. Tapi, dia hanya perlukan manusia yang setia bersama dan bukan menabur janji palsu bersulamkan kecurangan semata. Tidak mengapa, bukankah derita itu sudah menjadi makanan ruji dia?


8 April 2013

Perasaan celaka apakah





Kalau kau tanya aku sejauhmana perasaan aku pada dia,

Aku tak pernah terfikir nak buat first move dekat mana-mana lelaki. Tak pernah selepas sejarah hitam itu. Tapi dengan dia, aku pernah nekad buat first move. Gilakan? Habiskan hari tanpa buat apa-apa dengan dia itu adalah hari yang indah bagi aku. Saat bersama dia walau kami masing-masing membisu adalah masa yang terbaik bagi aku. Terima text dari dia walau 'syg' 'watpe' sudah cukup buat seharian hati aku bunga-bunga. Bila ada lelaki lain cuba nak kenal aku dengan lebih aku rasa rimas, menyampah tapi dengan dia segalanya selesa. Walau lelaki-lelaki tersebut aku tau bukan sembarangan lelaki, mereka serius tapi maaf hati aku mati untuk mereka. 

Kalau kau tanya apa yang sanggup aku lakukan untuk dia,

Dia : Why don't you be my wife. Haha.
Aku : Hell no!
Dia : Ala, okay what. 
Aku : Gila. I tak sanggup dimadukan.
Dia : Hahaha :p
Aku : You kahwin  pun belum dah sibuk nak ada wife 2.3.
Dia : Apa salahnya. Hidup kena ada plan.
Aku : Long Term Plan eh. Haha

Tapi kalau kau nak tahu, entah kenapa aku serasa macam rela jadi bini dia yang keberapa pun. Celaka tak celaka lah kan rasa dia. Aku selalu cakap dekat orang, even dengan dia pun yang aku tak rela bermadu tak kira baik macam mana pun madu aku tu. Haha. Tapi dia lain. Aku cuma berharap aku boleh jadi milik dia, dan dia jadi milik aku. Dan kalau itu sahaja cara yang aku ada, why not?

Haih. Celaka.

kau yang membuat pilihan ke, kau yang menjadi salah satu pilihan ke sakit dia tetap sama so baik dok diam-diam, penatlah nak fight dan fikir bende ntah apa akan berlaku..

6 April 2013

Jom Kahwin

Jom kawen!

Sumpah blur, momen berhenti sekejap. Perlu jawab nak atau tidak, atau diamkan tak pasti. Siapa yang tak nak kawen tapi bila soalan itu yang diajukan akal terus mati. Sayang? Gila aku tak sayang kalau sampai tahap begini orang cakap ibarat tahap cinta serius sanggup korban apa saja. Habis kenapa tidak jawapan 'nak' keluar dari mulut?

Pertama, mungkin terlalu kerap pelawaan itu diajukan since baru kenal beberapa bulan. Beku rasa nak menjawab sebab feel sayang tu belum betul-betul menyerap. Tambahan, masih mencari keserasian. Mana mungkin aku boleh bagi kata setuju tika itu dengan yakin.

Kedua, kadang-kala pelawaan tu keluar sebagai gurauan. Kerap hingga sukar bezakan bila serius dan bila main-main sampaikan aku warning dia jangan buat lawak dengan pelawaan sebegitu. Patuh sekejap lepastu berulang semula hingga sekarang.



Ketiga, rasanya belum puas aku menikmati detik-detik solo. Takut tergugat kebebasan dan kenakalan. Macam mana yer nanti aku perlu komited dengan komitmen yang ada, perlu menjaga seseorang. Perlu berkongsi hidup dan hak privasi. Perlu uruskan rumahtangga dan nanti ada anak bla bla bla. Perlu bertanyakan pandangan orang lain sebelum buat keputusan. Pokoknya belum bersedia tapi sangat perlu bila fikir faktor usia.

Keempat rasa rendah diri. Aku tak layak untuk dia sebab aku rasa dia patut dapat yang lebih baik dari aku. Aku penuh dengan kepahitan kisah silam. Aku banyak kekurangan. Aku ada tanggungjawab. Rasa ini membuatkan aku takut untuk impikan masa depan walau nak berangan aku segan. Cukuplah sayang yang ada sekarang. Selebihnya aku serahkan pada tuhan.

Yang terakhir, rasa takut yang ada ini. Takut jika aku tersalah buat pilihan. Takut jika apa yang pernah lalui berulang kembali. Takut dengan apa yang bakal aku hadapi. Takut dia beronar begitu begini. Takut dengan semua kemungkinan. Tak patut sebenarnya lagipula lumrah setiap jalan hidup ada risiko yang perlu diambil. Aku takut aku tak cukup kuat. Oh takut lagi.

Apa yang mendatang aku terima jika itu suratan. Percaya, andai jodoh itu ada walau bukan dengan dia.