Sakit, rasa senak dalam dada, panas hati umpama disula. Jantung berdegup laju seiring dengan nafas turun naik. Dah sehabis daya kawal, cuba duduk bertenang dan buat bersahaja. Nyata gagal, mungkin itu kamu dapat baca. Hilang kawalan arah panduan emosi. Cukuplah bercerita tentang dia, makin pedih kondisi hati. Dalam hati menjerit sudah sudah sudah!
Aku cemburu? Mungkin. Lucu bila mana sekarang baru betul-betul feel rasa cemburu kenapa tidak sebelum ini, kenapa tidak 7 bulan lepas, kenapa tidak tahun lepas. Aku bukan pesen merajuk nasiblah. Bila hati dilanda gejala tersebut, aku hanya inginkan waktu. Waktu untuk bersendirian, memujuk sendiri, menganalisi kembali. Bila text tak di reply, bila call tak dijawab sila faham dan maaf. Dan aku sanggup menipu sorokkan kebenaran itu. Sekali lagi maaf. Tenang mungkin akan hadir.
Aku terbiasa, berat mana penderitaan itu tiada dibantu. Besar mana sengsara ditanggung tiada yang menampung. Onak ranjau mana tak dilalu, aku redah walau teruk dipalu. Hati dalam rupabentuk apa hanya sendiri yang betulkan semula. Semua adalah pengajaran masa silam dan aku terbiasa terbawa-bawa hingga saat ini.
Maaf.