30 September 2013

Salah

Halakan semua salah ke arah aku. Memang dari mula aku yang salah. Salah kerana jatuh cinta. Salah kerana masih setia.Salah kerana tahu akibat tapi masih terima segala. Salah kerana terus berharap. Salah aku bila mana aku yang sakit. Salah aku jika percaya kata-kata kamu. Salah aku kerana bodohkan diri sendiri. Salahnya aku biarkan kamu bermain dengan hati. Salah aku bila aku ketahui semua yang di simpan rapi. Hanya aku yang salah. Padan muka aku!

Dan kamu tak pernah salah. Bila mana dulu kamu berjanji tidak akan sakiti aku, itu bukan salah kamu. Bila kamu katakan tidak akan sia-siakan aku, itu bukan silap kamu. Bila mana semua sudah jelas, itu juga bukan salah kamu. Bila kamu jadikan aku salah satu pilihan, itu bukan salahnya kamu. Ya, kamu tak penah salah..tak pernah sedikit pun.

Sampai satu masa, kesakitan ini yang aku dapat. Sampai satu ketika kecewa ini terpaksa aku hadap. Ini mungkin hukuman bagi orang bersalah. Marah untuk kamu. Pedih untuk aku. Biar semua rasa mati dalam waktu-waktu yang mendatang. Mungkin sudah takdir, tenang tak mungkin hadir.


8 September 2013

Amaran

Situasi 1
Lajunya drive..kesian kat I belum kawen, you takpe lah.

Situasi 2
You, kawan I yang itu pun status macam you juga tau.

Situasi 3
I ni perangai buruk blablabla. Eleh cakap jelah you tak sanggup hidup dengan i kan?

Situasi 456789......dan seterusnya

Mohon berhenti boleh tak? Kau bikin hati ini makin mengecil. Diam bukan sebab mengiyakan apa yang diperkata. Diam bukan ertinya bodoh dan buta. Jangan sampai mulut ini mula berbicara dan bikin kocak kau punya rasa. Benar lelah nak hadap setiap drama yang terbentang depan mata. Aku masih punya hati manusia. Kalau ikut raksasa mengamuk dalam jiwa, dah lama aku balas setiap kata-kata. Dan mungkin dah lama kita ni tiada apa-apa. 

Sungguh stereotaip percaturan pemikiran kau terhadap aku. Apa kau ingat hati aku hati batu suka hati kau nak palu. Mungkin bagi kau, aku bukan siapa-siapa langsung suka hati kau saja dilaku. Mungkin kau sedar atau sengaja begitu. Mungkin sudah resam hubungan ada panas dingin sejuk beku.

Jauh aku teruskan, jauh aku faham. Terlalu jauh hingga melemaskan. Hati aku bukan taman permainan. Kau jangan nak uji kesetiaan. Mungkin hari ini sayang masih kuat rindu masih likat tapi masa depan tak boleh nak teka sangat.