31 October 2013

Sakit

Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas. Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Sakit mengajar kita bersyukur dengan sekelumit bahagia. 

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya hal yang tidak terungkap. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Bertenang dan ukirkan senyuman.

10 October 2013

Bercuti ke Medan & Danau Toba Indonesia

Medan merupakan tanah Indonesia pertama yang aku jejak. Aku pergi melalui pakej yang ditaja oleh jabatan. Seronoknya dapat jenjalan free yeayyy. Menariknya aku tiba di Kuala Namu Airport iaitu lapangan terbang yang baru seminggu dibuka dan bukan lagi di Polonia Airport.

Ini adalah itinerary selama 4 hari
Kualanamu International Airport merupakan airport baru menggantikan Polonia International Airport di tengah bandar Medan.

Sepanjang 4 hari, apa yang paling tak dapat aku lupakan ialah makanan. Semua makanan best hmm rinduuu. Disini aku mengenal the real soto. Rupa-rupanya asal soto adalah dimakan dengan nasi dan dimasak menggunakan santan. Tapi sorry to say, mungkin sebab tak biasa makan maka aku tak suka soto begitu.

Makan tengahari di Parapat, Danau Toba

Makan Malam di Bandara Medan

The real soto
Medan bukanlah bandar yang menarik sangat. Mungkin bagi kaki shopping seronok kot tapi bagi aku tiada apa yang boleh shopping melainkan telekung solat dan kain pasang yang agak murah dibandingkan ditempat lain. Pengalaman menarik di sini dapat naik beca bermotor.

Hati-hati bagi yang shopping di pasar kerana ada pencopek (penyeluk saku). Aku tak selesa shopping dalam keadaan kiri kanan penjual sibuk promote barang jualan sumpah tak suka shopping di sini.

Bandar Medan
Shopping di Pajak Ikan

Jeans pun agak murah
Tak lengkap ke Medan jika tanpa membeli Bika Ambon Zulaikha yang popular dengan pelbagai jenis kek terutama kek lapis yang dikatakan lagi sedap dari kek lapis Sarawak.

Apa yang paling seronok pada trip kali ini ialah Danau Toba. Tempat yang tak mungkin aku boleh lupa kerana udaranya yang nyaman, pemandangan yang sangat indah. Rasa macam nak terus tinggal di Danau Toba.
Pemandangan Pulau Samosir dari atas feri

Indahnya ciptaan Tuhan

Menaiki feri ke Samosir Island

Pemandangan dari bilik hotel aku

Di Samosir Island, peta keseluruhan Danau Toba

Air Terjun Sipisopiso yang berada di hujung Danau Toba, cantik!

Sekian saja serba sedikit pengalaman aku ke Medan dan Danau Toba.