27 May 2015

Usaha

Orang cakap kalau dah jodoh. Bertahun couple pun break jugak sudahnya. Ada yang lagi tragis, dah kahwin dapat anak pun bercerai jugak akhirnya. Itu bukan kira tak ada usaha, ye dak? Dah usaha tapi tak ada jodoh untuk kekal sampai mati. 

Aku tak kisah apa orang nak kata, sebab yang berada dalam permasalahan itu aku. Yang nampak semua yang indah tentang aku itu mereka tapi yang dah separuh mati dalam perjalanan hubungan hingga ke hari ini itu aku sendiri. Yang kononnya gelak penuh gembira tapi sedang berpura-pura itu aku. Ya, aku lah, yang hingga ke hari ini asyik stuck pada tahap yang sama.

Bukan aku tak pernah usaha. Tuhan saja yang tahu segigih mana usaha aku ada. Mungkin sesetengah yang lain jika berada di tempat aku, dah lama putus asa. Entah kenapa, Tuhan sahaja  yang tahu kenapa hati ini jatuh kepada dia yang sering memalit durjana. Mungkin juga Tuhan sengaja mahu aku lebih tabah dan lebih kental tapi tiapkali saja mata aku terasa berhabuk pedih dan titis-titis jernih laju mengalir terjun. 

Sering juga aku rasakan segala usaha  dan kesabaran aku tak pernah dihargai. Yang terlihat, cuma silap aku yang walau sebesar zarah walau sekadar melontarkan satu soalan sudah bikin kamu bosan, kadang berminggu jauh mendiam. Adakah aku yang kamu perlukan, atau aku yang kesunyian dan memerlukan kamu sebagai teman? Keliru jelas disitu. 

Perit bila celikkan mata dan terpaksa bernafas. Aku gagahkan juga segala liang dan rongga dalam badan untuk berfungsi, menghadapi hari demi hari. Dan akhirnya tanya diri soalan paling asas, kenapa aku masih di sini? Letih, aku rasa sesuatu perasaan yang berat seperti penat beban yang tidak terlarat ditanggung, sudah diletak namun tidak berganjak sakitnya. Bahu masih lagi ke bawah, bongkok setiap urat dan tulang. Bersandar pada dinding yang dibina sendiri atas dasar melindungi.