9 June 2015

Kisah Hati


Ni cheq nak habaq mai...

Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa bahagia. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa sakit dan ngilu. 

Ewah ! Dramatik.

Kita pernah fikir tak kenapa kadang-kadang hati kita rasa tak gembira? Pernah? Kalau hati kita sakit, sedih, yang pertama sekali pasti kita akan menuding jari kepada orang yang menyebabkan hati kita sakit bukan? 

'Si Ali ni yang buat hati aku pedih. Jahanam betul Ali. Selama ni kita tatang-tatang hati dia, tapi hati kita? Sikit pun dia tak ambil endah. Penting dirinya si Ali ni ! Mati lagi baik la Ali. Tak payah aku nak sakit-sakit hati. Tak payah aku nak cinta rindu ke engkau hari-hari walaupun kadang-kadang engkau buat aku benci.'

Ewah ! Dramatik lagi sekali.

Well, orang seronok asyik masyuk bercinta ni memang akan jadi dramatik sekali sekala tak gitu? Pernah tak kita fikir, kenapa didatangkan kepada kita orang yang seperti Ali? Kalau hati kita sakit, sedih, pedih, siapa yang kita cari?

Yes! Kawan-kawan. Tak habis cerita dengan kawan yang nama dia A, kita sambung bercerita ke kawan kita yang namanya B. Kemudian hati kita tak elok-elok lagi, kita takut A dengan B bosan dengar cerita kita, kita cerita pulak ke C. Kita bercerita kepada orang sampai hati kita rasa lega Kan?

Jangan nak tipu sangat lah. Orang perempuan memang sikapnya macam itu. Sebab itu ramai orang perempuan lebih panjang usia dari orang lelaki. Kalau masalah datang ke dia, dia share dengan orang lain sorang sikit ngeh ngeh ngeh. Paling tidak pun, dia akan share di status facebook dan twitter. Kalau nak panjang lagi, dia tulis dalam blog OPSSS!

Baiklah. Berbalik kepada cerita hati tadi.

Hati kita ni, sakit ke, riang ke, sihat ke, gembira ke, sayu ke, sedih ke, berdukacita ke, masih lagi hati itu berada di dalam jasad kita. Apabila ia berada di dalam jasad kita, maka ia merupakan sebuah amanah kepada kita. Jadi siapa sebenarnya yang kena jaga hati kita? Kita sendiri atau Ali?

Jawapannya tentu lah KITA.

Hehehe nampaknya ada yang mengomel sengsorang. Tak puas hati lettew. Memang! Kalau Ali sayang ke kita, Ali kena jaga hati kita. Ali mesti jaga hati kita. Cuma itu sahaja lah penanda aras kasih sayang Ali ke kita. Tapi kita kena ingat, Ali seorang manusia biasa, juga seorang lelaki. Manusia sifatnya tak sempurna. Manusia kadang-kadang lalai. Alangkan dengan tuhan pun kadang-kadang kita lalai, apatah lagi dengan manusia. Jadi pada setiap kalinya disakitkan hati kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk merawatnya kembali. Soalnya? Bagaimana mahu merawatnya? Adakah dengan bercerita akan perihal masalah antara kita dengan Ali kepada A, B dan C?

Tidak! Sama sekali tidak.

Berceritalah hanya kepada pemilik hati. Hanya pemiliknya sahaja yang mengerti dan memahami segala sakit pedih kita. Hanya pemiliknya sahaja yang mampu membantu kita merawatnya.

Kalau Ali sakitkan hati kita, curang dengan kita, main-mainkan kita, tak apa. Biarkan Ali. Kita tak rugi. Kalau Ali tak nak dengan kita, kita cari orang yang nakkan kita. Dan disitu kita akan bertemu dengan orang telah ditakdirkan oleh pemilik hati. Hati kita pun kembali bunga-bunga. Mesti kita akan lupa kepada Ali sekejap. Padan muka Ali. Ha Ha Ha !

Selepas bertemu dengan orang yang dijodohkan pemilik hati itu tadi, kita akan tahu kenapa hati kita disakitkan oleh Ali.