Ewahh dah speaking Turki. Memandangkan aku akan ke Turki beberapa bulan lagi, maka inilah masanya untuk aku buat persiapan, survey apa yang patut dan catatkan segala keperluan. Almaklum ini kali pertama aku akan travel lama, 9 hari. Turki sebahgian Eropah sememangnya salah satu destinasi percutian yang popular akhir-akhir ini terutama Istanbul tambah-tambah sejak realease filem 'Istanbul aku datang' kan, Selepas study serba sedikit so disini aku senaraikan tips untuk bercuti ke sana:
Bahasa
Orang Turki kurang fasih berbahasa inggeris so agak sukar jika nak deal time shopping macam ayam dan itik la gayanya jika begitu. Oleh itu, sebaiknya sebelum ke sana, aku belajar dulu beberapa bahasa mudah Turki. Contoh percakapan harian bahasa Turki:
Asyura : Merhaba (Halo/Hay)
Ali : Merhaba (Halo/Hay)
Asyura : Nasılsın? (apa khabar?)
Ali : Teşekkürederim, İyıyim, Sen nasılsın? (terimakasih, saya baik, kamu apa khabar?)
Asyura : Teşekkürederim, Ben de iyiyim, Adin ne?
(terimakasih, saya juga baik, nama anda siapa?)
Ali : Adım Ali. Senin adın ne? (nama saya Ali, anda namanya siapa?)
Asyura :Benim adım asyura (nama saya Asyura)
Ali : Tanıştığımıza memnunoldum (senang bertemu anda)
Asyura : Ben de memnunoldum (saya juga senang bertemu anda)
görüşürüz kendine iyi bak (sampai jumpa lagi jaga dirimu baik-baik)
Cewahhh...
Makanan
Bab makan ini paling penting bagi aku yang kuat makan dan suka mencuba makanan baru. Turki negara islam dan makanannya inshaAllah 99% halal, Banyak restoran yang menjual pelbagai makanan arab dan makanan barat yang aku boleh cuba. Kebabnya sedap tetapi bagi orang asia yang suka makan burger dan kebab dengan sos cili agak kecewa sebab di sana mereka tidak sediakan sos cili kalau ada pun sos tomato itupun jika anda bernasib baik kerana orang Turki tidak suka pedas.
Makanan disana agak mahal even kebab pun paling murah 4-6lira.
Makanan disana agak mahal even kebab pun paling murah 4-6lira.
Makanan asia pun turut dihidangkan di beberapa buah restoran tapi agak dukacita jika anda teringin nak makan seafood seperti udang, ketam dan sotong sebab orang Turki tak makan seafood. Mazhab orang Turki tidak memakan makanan laut kecuali ikan. Sebab itu jika anda ke pasar di sana hanya terdapat ayam, daging dan ikan sahaja.
Cuaca & Waktu
Turki merupakan negara perubahan 4 musim dan bulan Disember hingga Februari merupakan musim sejuk di Turki. Memandangkan aku akan ke Turki pada hujung Januari, iaitu musim sejuk maka persiapan dari segi pakaian tebal, kasut boot, gloves perlu dibawa. Selama 9 hari disana kemungkinan salji akan turun. Salji ni macam hujan juga, bukan boleh kira bila dan lama mana dia nak turun kan yang penting get prepare awal-awal.
Waktu di Turki pula adalah lewat 5 jam daripada waktu Malaysia.
Membeli-belah
Apa yang aku pelajari hasil travel selama ini, sememangnya tour guide dapat komisyen dari pekedai jika bawak kita ke mana-mana kedai tersebut. Begitu juga jika ke Turki sebaiknya jika ke Grand Bazaar atau Spice Bazaar anda akan dapati harga lebih mahal berbanding jika anda shopping di luar atau di super market so bagus kiranya shopping di luar bazar and jangan lupa untuk bargain to get the best price. Peniaga-peniaga di pasar Turki agak garang-garang tau so bertabahlah ketika shopping ye.
Kalau di Malaysia 6% cukai GST dikenakan tapi di Turki 18% dan tahukah anda kita sebagai pelancong boleh claim balik tax yang dikenakan ketika shopping di sana dengan syarat anda simpan resit shopping tersebut. A nda boleh claim di kaunter Tax Free Refund di Airport Istanbul atau anda juga boleh menunjukkan pasport ketika melakukan pembayaran di kaunter shopping complex.
Kemudian part wajib bagi aku, aku mesti sampai Hard Rock Cafe Istanbul hehee..disini aku lampir siap-siap peta ke sana.
Matawang
Turki menggunakan Turkey Lira, USD dan Euro. Lagi jimat kalau anda menukar duit lira di Istanbul dari di Malaysia tapi jangan tukar di Airport kerana pertukaran mata wang yang rendah. Kadang-kadang mereka menerima duit Euro tapi anda akan rugi jika membayar menggunakan mata wang Euro. Bila dah sampai Turki, tukarlah duit anda ke Lira, lagi senang nak berurusan tau. Jika ada master card atau visa lagi okay jika digunakan untuk nilai pembelian yang besar kerana pertukaran duit yang rendah.
Kemudahan Awam
Tandas awam disana agak mahal so disarankan gunakan tandas free hanya di restoran, hotel atau stesen minyak sahaja.
Wifi agak susah di Turki even di airport pun payah gila kecuali di Starbuck. Jika nak gunakan wifi free hanya ada dalam bas dan hotel jelah.
Public transport di Turki ada banyak, metro, tram, bullet train, bus sehingga ke teksi. Cara terbaik untuk menggunakan public transport adalah dengan membeli istanbulkart iaitu kad ekses untuk naik apa-apa public tranport disana.
Lain-Lain
1. Aku baru tahu, rakyat Malaysia tak perlu memohon visa, kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Untung jadi rakyat Malaysia kan,
2. Hati-hati jika memilih restoran, pastikan restoran tersebut mempunyai tanda harga.
3. Terdapat ramai peminta sedekah pelarian Syria, jika di layan makin ramai yang datang mengerumuni anda dan ada jugak dengan cara menjual buku panduan melancong.
Aku rasa itu sahaja yang perlu aku notakan setakat ini. Untuk destinasi yang aku akan pergi dah tak perlu risau sangat sebab pergi dengan menggunakan pakej so semua dah disedia dan dijadualkan termasuk hotel.
Update:
Sila layari Bercuti ke Turki 2016
Update:
Sila layari Bercuti ke Turki 2016