Sempena tahun baru, aku mulakan lembaran ini dengan bercuti ke USS dengan tanpa dirancang dan tidak disengajakan. Boleh gitu? haha.
2 hari sebelum ke sana, aku booking pakej thru Bayu Marina Resort, detailsnya seperti berikut:
Check In Date: 1st Jan 2016
Check Out Date: 3rd Jan 2016
Package: 2D1N USS Package (2 ADULT) on 2nd Jan 2016
Package Rate: RM335 (A)
Room Extend: RM228 Studio Room Apartment with 2 breakfast
Total Revenue: RM898 (2 person)
Keesokkanya bas datang jemput kat hotel untuk ke Singapura. Bas akan drop kat border imigresen untuk urusan pasport dan tunggu jemput balik dihentian berikutnya.
Disebabkan aku tak sempat breakfast kat hotel coz terlambat bangun (kwang3) so sampai je USS aku cari kedai makan. Oklah makan kopitiam style.