20 February 2016

Ulat gonggok

Assalamualaikum,

Tahun berganti tahun, things happened unexpectedly.Memori berlalu pantas, macam angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut membelai tubuh. Tak sangka kena hadap kisah luka yang berulang.

First of all, aku sangat bersyukur kepada Sang Pencipta kerana sehingga ke hari ini, aku diberi kesempatan untuk hidup, untuk merasa perit lelah dan bahagia yang sementara. Tahniah buat diri sendiri yang sado menelan kebangangan dunia dan segala jenis manusia puaka. 

Orang-orang yang datang hanya untuk pergi. Mereka bawa seketul kebahagian dalam hidup aku and bila dah bosan, kebahagian tu direntap dari aku secara paksa. The End. 

Bodoh, aku lah tu yang bodoh tak bertempat. I was "Oh so inilah kehidupan". Aku jadi pelik dan sangat pelik. Semudah tu je? Kau takde memori ke kat otak? Lepas tu banyak lagi siri-siri drama sial yang jadi. But hey, I still remember every single tiny details. Aku buat apa yang terbaik tanpa pinta balasnya apa-apa. Aku terima baik buruknya juga tapi akhirnya semua tu sikitpun tak tak bermakna.

So, benda-benda kecik macam ni buat aku rasa aku tak payah jadi jujur dan ikhlas sangat. Buat apa? Orang akan datang dalam hidup kita just for their advantage je kot. Ada ke lagi orang yang ikhlas untuk kongsi kebahagian dan kesedihan sama-sama? Wujud ke orang yang tak mahu apa-apa dari kita tapi dia sanggup bagi kita rasa bahagia? 

We tend to seek chances. Tak pernah peduli pasal perasaan orang lain.  I learned that I can't believed anyone. Kita gelak sama-sama, then tiba masa kau buat aku jatuh guling patah riuk dan nak jadi ulat gonggok sikit pun kau tak peduli. 

Today never promises tomorrow. Semoga hari-hari mendatang aku senang lupakan orang dan kenangan. Aku nak kuis tepi all the worthless bastard.


7 February 2016

Bercuti ke Turki 2016

Merhaba!

Hari yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Turki aku datanggg....yehaaa...

Pukul 11 malam dah tercegat di KLIA sebab flight kami pukul 2 pagi. Flight kami Etihad Airways Kuala Lumpur-Abu Dhabi (7 jam 45 minit) dan transit Abu Dhabi-Istanbul (5 jam). Sempatlah rasa udara negara United Arab Emirates (UAE) sekejap walau hanya berada dalam airport je at least kaki dah jejak negara arab tu kan.

Di Airport Abu Dhabi sementara menunggu flight seterusnya ke Istanbul

Pemandangan Abu Dhabi dari atas
Hidangan Etihad Airways, makanan arab dan barat je sorry nasi lemak, nasi goreng pun tak ade.
Sejam sebelum landing di Istanbul dah nampak daratan memutih salji macam puteh qu puteh
Alhamdulillah tengahari sampai di Istanbul Atatutk International Airport dan disambut oleh tour guide kami seterusnya kami terus di bawa ke Bursa dengan menaiki feri. Takde pulak gambar atas feri tu sebab kat sana waktu tu pukul 4.30 petang dah gelap.

Disebabkan traffic jammed, pukul 8 malam baru sampai ke hotel. Kami menginap di Tiara Thermal Hotel, Bursa.
Pagi-pagi di Bursa, excited gila bila bangun tido nampak memutih salji turun kat luar tingkap. Terus cepat-cepat mandi dan siap untuk keluar hotel. Sebak mula terasa, bila dapat pegang dan rasai sendiri salji, betapa tuhan maha besar lagi maha kaya. Akhirnya dalam hidup dapat juga sentuh sendiri huhuuu so apa lagi snap gambar banyak2.

Di Bursa, kami di bawa ke Grand Mosque Bursa melihat keunikan masjid dan part paling best bila bilal masjid tu dengarkan kami azan dan menjelaskan beza laungan azan untuk lima waktu solat, tak sama tauuu.
Kemudian kami otw ke Pamukkale, singgah di R&R untuk lunch. Orang Turki ni memang makanan rujinya roti dan sayuran. Mula-mula excited je nak mencuba makanan dorang ni tapi masuk hari ketiga dan seterusnya dah mula rasa muak dan tak lalu. Hari-hari ngadap roti, sup ntah apa rase pelik je sup kat sini, tekak dah rindu nasi goreng, nasi lemak, nasi sambal belacan. Kat Turki ni mana ada makanan yang pedas2, dorang badan je besar2 tapi takut pedas hahaaa Nasib baik aku bawak sebotol sos cili dari Mesia. 

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pamukkale.
Malam tu kami menginap di Tripolis Hotel Pamukkale. Pepagi bangun terus ke Cotton Castle dan Hierapolis Acient City. View memang ohsem dan penuh sejarah.

Bersama tinggalan sejarah, runtuhan kota Hieropolis. Siapa sangka kat sini dulu-dulu adalah sekolah, rumah orang, dan macam-macam lagi pusat aktiviti harian.
Seterusnya, dari Pamukkale ke Konya pula kita.
Singgah di Muzium Mevlana, Konya. 
Ini kuburnya Mevlana, aku pun kurang arif so korang google la siapa Mevlana ni.
Malamnya kami stay di Ramada Cappadocia Hotel. Pepagi tu kami mulakan lawatan ke Underground City of Kaymakli, tak upload kat sini. Kemudian ke Kilang membuat pottery, pasu seramik dan macam2 lagi jenis buatan tangan.
Aku pun ada bakat seni tersembunyi jugak tau, haa jadik pun pasu kecik aku buat.
Kemudian kami ke Goreme, bukit-bukit cantik yang terbentuk ni korang boleh google search sejarah dia hahaa 
Dah penat pusing Cappadocia, singga kedai MADO ni untuk nikmati aiskrim femes di Turki iaitu aiskrim kacang pistachio sedap gila dan murah je kat sini satu scoop 3TL je. Aku campurkan dengan coklat sekali soooo sedap sorry gambo tengah makan tak diupload sebab comot.
Keesokkan pagi masih di Cappadocia, pukul 6 pagi kami dah keluar hotel untuk ke tempat menaiki belon panas ohyeaa! inilah acara yang dinanti.
Gambar ini disnap pada ketinggian 3ribu kaki, paling tinggi belon panas ni mampu naik maksimun 6ribu kaki. Satu pengalaman yang menyeronokkan wajib try kalau ke Cappadocia! Oh bayaran 200USD satu kepala heee agak mahal tapi berbaloi.
Keesokan pagi dari Cappadocia ke Ankara pula dan singgah di Ataturk Moseleum. Ingatkan patung rupanya askar real ni hahaaa 
Acehhh...

Dihadapan gerai-gerai herba dan rempah di Ankara, ibu negara Turki.

Tugu Mustafa Kamal Ataturk dan askar berkudanya ditengah bandar Ankara
Selesai aktiviti di Ankara kami terus ke Bolu dan stay di hotel Bolu Thermal. Pagi keesokkanya kami meneruskan lagi perjalanan ke Istanbul. First visit di Istanbul adalah Masjid Suleymani dan melihat dari jauh makam Muhammad Ammar, pelajar Malaysia yang meninggal di sana (kalau tak tahu, tanya encik google), 

Petang tu pula aku dibawa ke Spice Bazaar well aku tak ambil pic kat sana coz aku tak suka shopping sekadar melihat-lihat barang jualan je then beli keychain sikit untuk buah tangan.

Dihadapan Eyup Sultan Mosque.
Pepagi buta keesokkan pula terus ke jeti untuk menaiki Bosphorus Cruise menyusuri laut Marmaray melihat Turki dari dua posisi berbeza iaitu Eropah dan Asia,

Cruise kat depan ni la aku nak naikkk
Lepas naik cruise, aku ke Topkapi Palace, Blue Mosque dan Hagia sophia.

Tak sah kalau tak cuba street food, roti ni namanya Simit, aku beli yang ada coklat nutella kat dalam rasanya sedappp
Di lokasi dimana minggu lepas berlaku tragedi bom yang melibatkan 20 orang pelancong Jerman meninggal dunia. Cuak jugak sebenarnya almaklum baru minggu lepas kejadian berdarah tu disini kan.

Dihadapan Blue Mosque

Di Pintu masuk Topkapi Palace.

Dihadapan Hagia Sophia, Gereja bertukar menjadi Masjid dan lastly bertukar menjadi Muzium di zaman pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk
Di dalam Hagia Sophia
Seterusnya aku ke Grand Bazaar, sekali lagi aku ulang aku tak suka shopping tapi punyalah besar Grand Bazaar ni sampai aku tersesat almaklum banyak gila pintu dan hampir sama je. Harga barang di dalam grand bazaar di double triple compare beli kat luar bazaar. Aku niat nak beli shawl je, lepas survey kat dalam grand bazaar semua harga terkejut berok dahla penjual sombong2 semua pastu aku keluar beli kat gerai2 kat luar grand bazaar, ketara gila perbezaan. Shawl aku boleh dapat dengan harga 8TL je sedangkan untuk design dan pattern yang sama dalam grand bazaar maksimun dia bagi 20TL.
Orang turki memang suka cheese, asal breakfast je macam2 jenis cheese dihidang. Pakcik ni jual cheese ditepi grand bazaar.
Pelbagai jenis manisan atau Baklava yang dijual, sesuai untuk buah tangan tapi aku tak beli pun, manis sangat2.
Malam tu aku ke Hard Rock Istanbul untuk acara wajib, collector HR Shirt hahaaa
Kenalkan tour guide aku, MR MUZAFFER yang berumur 32tahun dan masih single pewittt
Tamat sudah 10 hari 7 malam di merata-rata negeri di Turki, rindu salji uhukk uhukkk 
Di Airport sebelum pulang, sempat beli lagi sekali aiskrim pistachio dan coklat yang sedap niii