Assalamualaikum,
Jiwa pengembara macam aku ni memang tak boleh dok dediam. Baru-baru ni aku terpandang Airasia buat promosi hujung tahun terus aku terbeli tiket ke Tokyo dengan harga RM706 je untuk pergi dan balik. Cepat-cepat grab untuk 7 orang, 4 hari 3 malam untuk Mei ini.
Then bulan lepas pulak sekali lagi Airasia buat promosi tahun baru cina, tiba-tiba terbeli pulak ke Busan, Korea RM530 sorang pergi dan balik untuk 3 hari 2 malam. Kembara secara marathon la bulan Mei nanti ye.
Apa yang hebat, kembara kali ini secara backpack. Aku suka cabaran backpack asalkan jangan ada masalah-masalah besar-besar udahla, kalau setakat makan buah langsat sikit-sikit tu normal.
Sementara lambat lagi Mei 2016, ini lah masanya aku survey dan rancang apa yang patot. Di sini aku sertakan dulu plan itinerari awal tapi last minit berubah nanti tak tau la kan.
Itinerari ke Tokyo
Hari Pertama:
Ketibaan di Tokyo, Haneda International Airport, terus ke tempat penginapan sebab sampai sana dah pukul 10.30 malam.
Hari kedua:
Seharian lawatan ke Fuji-Kawaguchiko. Menaiki Cable Car Kachi-kachi Yama Ropeway.
Hari ketiga:
Seharian di Tokyo Disneyland.
Hari keempat:
Lawatan ke Asakusa Sensoji Temple. Lawatan dan shopping di pusat Tokyo (Shibuya, Harajuku, Shinjuku). Bertolak ke airport.
Itinerari ke Busan
Hari Pertama:
Ketibaan di Busan, Gimhae International Airport kemudian terus ke tempat penginapan untuk check in dan tinggalkan beg. Lawatan ke Yongdusan Park, Busan Tower. Berdekatan itu pula terus ke Gukje Market untuk shopping souviner dan Jagalchi Market untuk menikmati seafood segar. Malam pula ke Gwangalli Beach.
Hari kedua:
Lawatan ke Taejongdae Park, kemudian ke Gamcheon Culture Village.
Hari ketiga:
Bertolak ke airport sebab flight pukul 10.30 pagi.
Itu sahaja plan aku setakat ini, sementara itu aku akan survey transport, port makan halal dan lain-lain yang unik. okey, bubye!