Pada setiap 13 April, penduduk Thailand khususnya yang beragama buddha merayakan 'Songkran Festival'. Perang air ni dirayakan dengan semua orang keluar beramai-ramai ke jalan-jalan raya dan bandar dengan saling menyiram air kepada sesiapa pun yang lalu lalang even pelancong dan yang kena simbah tak boleh marah tauuu.
Pada 15 April baru-baru ini, aku mengambil kesempatan untuk melihat sendiri suasana dan kemeriahan pesta tersebut even aku dilahirkan di Narathiwat, Thailand namun aku dibesarkan di Malaysia dan itu menyebabkan aku tidak pernah berpeluang melihat pesta tersebut. Kebetulan Airasia ada tawar murah tiket hanya dengan RM307 ke Pattaya untuk pergi dan balik so inilah peluangnya.
Kalau korang follower tetap blog ni (Ehekk perasan macamlah ade) tahun lepas aku pernah ke Pattaya tapi bukan musim Perang Air dan trip tu dari Bangkok singgah Pattaya dan ke Bangkok balik. Korang boleh tengok kat sini >>> Bangkok & Pattaya 2015
Seperti yang direncanakan, pada 15 April tersebut aku menaiki AK840 dari KLIA2 terus ke Utapao International Airport, Chonburi Thailand. Penuh satu flight, ternyata nawaitu kami semua sama. Utapao Airport ni lagi kecik aje mungkin sama besar je kot dengan Subang Airport. Imigresen kaunter pulak ada dua aje, memak sesaklah time tu.
Selesai urusan imigresen, kami mengambil Airport Shutter dengan hanya harga 1200 Bhatt terus ke Pattaya Beach Road. Memang banyakla airport shutter kat airport tu dok menunggu. Lupa nak inform, dari awal aku telah tempah hotel di Beach Road thru Booking.Com iaitu Beach Front Hotel memandangkan Beach Road paling happening selain berdekatan dengan Hard Rock Pattaya, Central Festival Mall dan Walking Street.
Sesampai je terus check in, tukar baju sedia untuk basah lencun dan terus keluar haaa semangat berkobar-kobar gitu orang cakap almaklum excited lebih kan. Jangan lupa, beli water gun 350Bhatt dan beg plastik nak taruk henfon dan purse takot basah 300Bhatt satu.
Memang havoc gile lah dorang ni, kiri kanan depan belakang kena serangan air bertubi-tubi tak cukup air, bedak pun disapu. Paling tak tahan, air sejuk ada ais tu haa. Nak marah tak boleh dah memang datang cari pasal kan, basah lencun.
Dah penat main air, kitorang makan pulak. Makanan halal of course payah sikit sekitar Beach Road tapi malam tu tekak teringin nak makan seafood so ada gerai ni hanya jual seafood bakar ajo cicah air asam perghhh sedap tapi harganya mahal sikitla. Kerang 1kg 400Bhatt, sotong bakar 300bhatt, ikan talapia bakar 200Bhatt, nasi 20Bhatt.
Keesokan pagi, awal-awal bangun sebab plan nak pergi Nong Nooch Garden dan Pattaya Floating Market. Keluar je hotel nampak banyak je teksi-teksi yang menunggu penumpang. Kena tawar-menawar sikitla. At last ada kakak ni setuju bawak kami ke destinasi tersebut hanya dengan 1200Bhatt untuk hantar, tunggu dan jemput balik ke hotel semula. Berbaloi dah harga tu. Perjalanan ke destinasi mengambil masa 35 minit.
Bayaran masuk 800Bhatt sorang.
![]() |
Cantik sangat view Nong Nooch Garden ni kan kan kan tapi tak kose nak turun bawah cuaca panas chenggg |
![]() |
Macam-macam replika haiwan ada kat sini |
![]() |
supercar showroom, choppp mustang & gtr tu aku punya |
Sedar tak sedar 3 jam setengah jugak pusing-pusing dalam ni, tengok elephant show, tengok persembahan kebudayaan, tengok taman bunga, tengok pameran kereta, itu pun ada lagi taman yang kami tak sempat pergi sebab fikir nak ke Floating Market pulak kan. Dari Nong Nooch Garden ke Floating Market 15 minit je dengan menaiki teksi kakak tadi yang setia menunggu kami.
Tak banyak makanan halal kat sini, aku jumpa sorang je phuyien pakai tudung jual pulut mangga halal. Aktiviti lain kami cuma bergambo dan melihat persembahan Muay Thai. Selama 2 jam jugak habiskan masa disini dan kakak driver taxi kami setia menunggu hahahaa.
Balik je kami singgah di Hard Rock Shop, macam biasa even sebelum ni dah datang beli.
Balik hotel, rehat-rehat then tukar baju untuk basah-basah lagi alkisah tak puas main air semalam kan. Kami makan malam dalam Central Festival Mall, ada dua buah restoran halal dalam tu.
![]() |
Pekena coffee di airport sementara menunggu flight pulang ke Malaysia |
Keesokan pagi after breakfast kat hotel, kami check out dan amek teksi untuk ke airport.