14 July 2019

Backpack ke Hua Hin & Bangkok

Sawadikaaaa,

Baru ada mood nak share percutian April lepas. Ya tau, dah lama kan tapi belum basi lagi. Disini saya kongsikan itinerari ke BANGKOK & HUA HIN. Sebahagian maklumat saya research dari group BBM di Facebook, thanks kepada mereka yang sudi kongsikan maklumat mereka sebagai panduan sana. Tiket flight dibeli almost 9 bulan sebelum kejadian. Kami seramai 5 orang aje dan semua gegirl.

9 april :
-1345pm terbang dari KLIA2 ke Bangkok Don Mueng Airport.
-Tiba di Bangkok, guna Grab ke Hotel
-Check-in Hotel, nama hotel Baan Dusit booking thru AirBnB.
-Dinner di Yana Restaurant 
- Shopping & pusing MBK Center, Platinum mall, Siam Discovery, Siam Paragon.


10 april:
-ambil grab ke Maeklong railway station (train paling awal pukul 9 pagi).
-Balik Bangkok naik van 90bath sorang
-Lunch di Asman Restaurant di Sukhumvit
-Terus massage kaki di sukhumvit dah alan-alang sana.
-Ambil grab ke Hard rock Bangkok
-Seterusnya shopping & jenjalan di Asiatique (Souvenir sini agak mahal tapi cover pasport murah pulak hanya 80bath aje boleh dijadikan souvenir)
-Dinner gerai halal depan Asiatique.


11 april:
-Check out dari hotel dan terus ke Hua Hin ambil grab je sebab nak jimat masa 550bath sorang, 2 jam perjalanan. Kalau nak jimat duit, korang boleh ambik option naik bas.
-check in hotel 
-sewa motosikal 200 bath share 2org
-lunch di Mooz Hua Hin Restaurant.
-ke Plearnwarn Market, sini macam suasana vintage, retro Hua Hin zaman 1950 dengan lagu-lagu siam klasiknya dipasang. Ada jual souvenir2 yang unik. Masuk free je. 
-Hua Hin Beach(jalan je sikit, tak jauh dari hotel)
-Seen Space (relax chill port, view amazing pool berhadapan dengan pantai) nak view tu wajib makan/minum dekat Oasis Cafe. Memang cool dan santai la sini.
-dinner Teh Tarik Halal Restaurant Hua Hin
-Hua Hin night market


12 april:
-Pergi Railway Station Hua Hin (train tercantik kat Thailand) terus breakfast depan station train tu ada kedai halal.
-floating market (entrance fee 200 bath) rasa menyesal ðŸ˜­ bagi aku tak pergi pun takpa takde apa pun sana rasa membazir je.
-Santorini Park (entrance fee 150baht), sini memang feel kekonon kat Greece
-Sambung bergambar dekat swiss sheep Farm, (entrance fee 150 baht) walaupun tempat ni tak besar sangat tapi setiap langkah memang cantik untuk port bergambar. 
- Mrigadayavan Palace dengan The Venezia, The Venezia ni macam kat Italy siap ada gondola bagai. Nak jimat beli pakej tiket masuk harga 299bath boleh main semua permainan termasuk naik gondola, train tapi penatlah nak pusing & habiskan semua permainan tu sebab kawasan luas. Akibat dah lewat petang, aku tak puas pusing sini. Repeat!!!!
-dinner di mooz lagi sekali, jalan kaki je dari hotel. Basah lencun sebab rupanya malam tu dorang dah start berpesta songkran. 


13 april
1000 PM check out hotel & sarapan
Ke Kedai halal depan train station untuk breakfast then terus ke Hua Hin International airport. Airportnya kecik aje tau.

Total loss:

- [x] Flight kul-bkk rm79 
- [x] Flight hhq-kul rm149
- [x] Hotel Bangkok rm62.30 
- [x] Hotel hua hin rm97
- [x] Makan RM300
- [x] Transport RM200

Anggaran kasar total semua 1k jugaklah.