Makin lama makin malas pula nak kemaskini blog ntah kenapa macam kian pudar minat nak menaip ni, adakah ini semua faktor usia? kah! yang pasti minat nak travel always and forever berkobar-kobar. Okeylah aku cuba buat entri ni ringkas-seringkasnya.
Akhir Julai yang lalu aku ke Melbourne, Australia selama enam hari lima malam yang mana Julai adalah kemuncak winter kat sana. Actually perancangan ini selama setahun jugalah so every month kumpul duit sebab nak ke negara kanggaru ni. Sebelum pergi pula viral kisah-kisah kena deny departured dan ada yang kena hantar pulang semula aduh makin berdebar pula aku ni.
Flight dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa selama lapan jam dan aku tiba di Avalon Airport pukul 9 malam waktu sana. Sampai-sampai je terus ke homestay di Point Cook. Kat sini aku ringkaskan itinerarinya:
HARI 1 (KL – MELBOURNE)
• DEPART
• Directly check in at point cook
HARI 2 (GREAT OCEAN ROAD)
• Great Ocean Road
• Twelve Apostle
• Apollo Bay
• Gibson Steps
HARI 3 (MELBOURNE CITY TOUR)
• City Circle Tram - free je gais
• Queen victoria market - shopping souviner
• Federation Square
• Melbourne Mosque
• St Kilda Pier - tengok pinguin comel
Brighton Beach
HARI 4
• Lake mountain - main snow and meluncur toboggan
Day 5( GRAMPIAN )
• Ballarat
• Grampian national park - meet & greet with kanggaroo kah!
• Overnight at grampian - malam tu kami buat barbeque daging kanggaru eh bukan kambing & seafood
Day 6
• DFO - shoppinggggg!!!
• Puffing billy railway
• Fly back to kuala lumpur