19 December 2020

Warkah untuk awak

Sepanjang malam saya merenung skrin komputer dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudara yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi.

Saudara,

Bagaimana angin Disember bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan Disember berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman Disember? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang lelaki.

Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karakter wanita paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling menyedihkan. Jadi, lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya sedang kalah teruk 😂. Dan saya tidak fikir seorang yang kalah dalam peperangan mampu makan nasi minyak dengan bahagianya hahaha.

Saudara,

Ajal, rezeki dan jodoh ialah kerja Tuhan. Dan betapa kita fikir kita mampu mengawalnya, kita akan sedar yang kita hanyalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa, saya terima apa jua adanya. Tuhan arif dengan kerjaNya.

Semoga berbahagia, semoga sentiasa susah senang bersama, semoga selalu ketawa dan gila-gila walau apa jua musibah melanda, semoga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Saya di sini akan okay okay sahaja. Dan percaya atau tidak, saya sedang menulis surat ini sambil ketawa. Tambahan pula, saya seorang peminat Kdrama & filem nustang yang terkenal dengan ketabahan hati yang luar biasa.

Saudara,

Ini permulaan yang baru dalam hidup saudara. Maka hadapinya dengan tenang. Sorry, no more hang out after this. 

Selamat pengantin baru CRUSH.


12 July 2020

Bercuti ke Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Separuh tahun masa di ambil untuk buat entri short travel 3 hari 2 malam ke Bukit Tinggi-Padang haha. Dapat dilihat betapa struggle mood rajin menaip tu nak datang.

Back to the title, trip ni adalah sebelum pandemic Covid19 iaitu pada end of Januari 2020 yang lepas. Jujur cakap 3 hari tak cukup jika nak explore semua tempat di sana. Seronok bawa mami dan mak-mak saudara shopping kain sulaman dan telekung solat.

Tanah minang ini kaya dengan adat, kaya dengan tatasopan dan tak lekang dek budi bahasa. Siapa pernah tengok filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck? Filem adaptasi dari karya Buya Hamka, seorang ulama terbaik yang lahir di negeri ini, seorang yang hebat berpujangga. Jika kau amati karya-karya Buya Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Teroesir, inilah antara sebab besar kenapa kau akan rasa keinginan yang terlalu tinggi untuk ke sana. Karya beliau seakan-akan memanggil untuk turut menyelam merasai kehidupan sana yang secara otomatisnya kau akan rasa sisi tarbiyah Hamka sampai sekarang masih terpahat di dalam kehidupan masyarakat minang.

Bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Minang. Mereka cukup berpegang kepada kata peribahasa minang , “adat basandi sarak, sarak basandi kitab.” dan mereka satu kelompok komuniti yang amat pandai berdikari. Masakan tidak, tak seperti di negeri-negeri lainnya, mereka ini hidup bersuku-sukuan amat kuat. Sampaikan tak ada langsung bangsa asing yang ada kesempatan untuk menjalankan bisnes di atas tanah mereka. Tetapi hidup mereka ini aman, seakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Tak rugi jika ke sana, dan kau akan rasa nak pergi lagi tiga empat puluh kali. Insyaallah ada peluang aku akan ke sana lagi suatu hari nanti. Kalau ada yang ingin ke sana bolehlah gunakan khidmat supir yang peramah dan dalam masa yang sama hebat berfotografer iaitu Rudy Putra.

Aku belanja gambar jelah.
Memasing muka excited
Air terjun Lembah Anai
Mencuba pakaian tradisional minang


Di hadapan Masjid Raya