19 December 2020

Warkah untuk awak

Sepanjang malam saya merenung skrin komputer dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudara yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi.

Saudara,

Bagaimana angin Disember bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan Disember berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman Disember? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang lelaki.

Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karakter wanita paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling menyedihkan. Jadi, lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya sedang kalah teruk ðŸ˜‚. Dan saya tidak fikir seorang yang kalah dalam peperangan mampu makan nasi minyak dengan bahagianya hahaha.

Saudara,

Ajal, rezeki dan jodoh ialah kerja Tuhan. Dan betapa kita fikir kita mampu mengawalnya, kita akan sedar yang kita hanyalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa, saya terima apa jua adanya. Tuhan arif dengan kerjaNya.

Semoga berbahagia, semoga sentiasa susah senang bersama, semoga selalu ketawa dan gila-gila walau apa jua musibah melanda, semoga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Saya di sini akan okay okay sahaja. Dan percaya atau tidak, saya sedang menulis surat ini sambil ketawa. Tambahan pula, saya seorang peminat Kdrama & filem nustang yang terkenal dengan ketabahan hati yang luar biasa.

Saudara,

Ini permulaan yang baru dalam hidup saudara. Maka hadapinya dengan tenang. Sorry, no more hang out after this. 

Selamat pengantin baru CRUSH.