Pukul 3 pagi mungkin, terpisat-pisat mata aku buka whatsapp selepas terdengar ringtone tadi. Ok, text dari dia dan sememangnya dia sahaja yang tak pernah jemu-jemu text aku tiap hari sejak setahun lebih ni. Happy, sedih, teruja, susah hati semua kongsi. Yang tak dikongsi hanya sakit hati sebab aku tak ingin rasa negatif tu menjauhkan lagi jarak kami yang memang sudah jauh beribu batu ni.
Sayang...kalau sayang rasa beban tunggu i sayang jangan tunggu ye. Sayang pilihlah jalan hidup sayang. Kalau sayang tunggu pun mungkin tiada kesudahan sebab kita tak akan tahu apa berlaku nanti. I nak hidup sayang bahagia walau bukan dengan i. I tak nak sayang tertunggu-tunggu kerana i. I tahu mesti parent sayang pun ada sebut-sebut pasal kita kan. Parent sayang terlalu baik dengan i, layan i dengan baik. Biar Tuhan saja yang tahu hati i pada sayang.
One word 'pengecut' sorry to say that. Tiada angin tiada ribut, entah angin kus-kus mana menyapa dia tadi. Cepat betul dia mengalah walhal aku tak pernah cabar. Tiada juga tekanan. Mata kecil yang masih mengantuk aku buntangkan sambil membaca text tu berulang kali.
Apa maksud u sebenarnya?
Aku reply text itu.
Tiada maksud hehehe cuma i takut sayang terbeban kerana i.
Boleh pulak dia gelak lepas dia hamburkan kata-kata macam tu kat aku.
Sebenarnya dia yang terbeban, itu aku rasa. Terbeban tengok aku masih disitu, sabar meniti hari ke hari. Terbeban dengan kata-kata abah kat dia tempoh hari. Terbeban dengan layanan istimewa mami pada dia.
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku, kau dan mereka semua.
No comments:
Post a Comment