Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas. Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Sakit mengajar kita bersyukur dengan sekelumit bahagia.
Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya hal yang tidak terungkap. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.
Bertenang dan ukirkan senyuman.