13 May 2013

Buta




Kata orang, kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Jangan diikat, jangan disimpan dalam peti nanti lemau, basi. Ada ramai 'kawan perempuan' tu perkara biasa, lepak sana sini sampai dua tiga pagi, mungkin normal. Tapi kalau dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Hati aku rasa attached. Tapi aku tahan sebab konon taknak jadi clingy. Aku pandang dia, lama. Sambil tersenyum. syok betul dia reply bbm, ke Whatsapp siapa entah tu, aku pun tak tahu. Yang penting dari tadi aku lepak dengan dia, tak berhenti berbunyi. Aku rasa rimas. Aku bercakap dengan Milo Kosong kat depan, dia sibuk menaip. Geram tapi sabar aku menebal, buat-buat macam aku ni boneka apa guna ajak keluar.



Aku tak suka nak persoalkan, jika mesej tak berjawab aku cuba buat-buat faham. Lagi satu pengalaman pernah mengajar aku, kalau tak ingin sakit hati jangan cuba-cuba nak ambil tahu sangat jangan nak kisah-kisah sangat. Butakan hati, sikap itu wajib kena tanam. Bila bergaduh aku diam, bila sakit aku pendam, bila nak menangis aku tahan. Macam mendera jiwa gitew. 

Prinsipnya satu sahaja! Kau butakan minda, tutup segala pandangan hati dan mata untuk kekalkan cinta. Kau manipulasi otak agar fikir yang baik-baik saja, putarkan kembali memori indah agar hati kau rasa lega. 

Aku cuba lemparkan senyuman yang paling manis, hati senak. Tengoklah nanti sampai bila mampu buta.

No comments:

Post a Comment