26 May 2013

Soalan?

Aku tak suka mempersoalkan dia sebab aku tak suka bebankan sesiapa. Aku tak perlu sakit hati dan dia tak perlu memberi alasan atau pening fikir nak jawab. Jika ikhlas jujur tak perlu nak sembunyi hanya perlu terangkan. Tak perlu tunggu ditanya. Itu prinsip aku. Tapi prinsip ini lama-lama makan diri, membengkak aje tapi nak tanya tak boleh lagipun dia bukan jenis bercerita. Dia suka text aku 24/7 tapi soklan yang sama je 'buat apa?' 'Dah makan blom?' 'Kat mane tu?' 'Rindu' sayang' itu sahaja. Itu juga sebab aku jadi stalker, result sama juga bengkak, makin bengkak sebab persoalan makin bercambah hasil dari aktiviti stalk. Last-last aku buat buta, pedulikan gunung berapi, gempa bumi atau tsunami nak datang.


Pernah aku ambil keputusan cuba menjauh dari dia. Nak kawal diri dari buat tak tahu bila dia perlukan aku tu sumpah bukan senang. Pernah je aku cuba keraskan hati tak layan dia, tapi tak lama mana pun. Ending dia aku ikut jugak kerenah dia. Sakitnya hati dengan diri sendiri. Mana entah hilangnya keras kepala aku, hati batu.  Lenyap macam tu je. Aku tak boleh buat keputusan pun, lembik betul.



Persetankan semua itu, janji buat masa sekarang aku bahagia itu kata hati aku. Bagaimana dengan peristiwa lepas? Bagaimana dengan masa depan aku? Okey, hati aku kata serahkan pada Tuhan, terima sahaja takdir nanti. Huh, sedapkan hati kan?. Kadang-kala aku keliru, sekarang aku rasa bahagia atau rasa celaka. Bergantung pada harapan yang rapuh. Rapuh ke reput ke aku juga tiada pilihan. Aku cuma mampu berharap sesuatu yang lebih baik menanti aku di depan.



13 May 2013

Buta




Kata orang, kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Jangan diikat, jangan disimpan dalam peti nanti lemau, basi. Ada ramai 'kawan perempuan' tu perkara biasa, lepak sana sini sampai dua tiga pagi, mungkin normal. Tapi kalau dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Hati aku rasa attached. Tapi aku tahan sebab konon taknak jadi clingy. Aku pandang dia, lama. Sambil tersenyum. syok betul dia reply bbm, ke Whatsapp siapa entah tu, aku pun tak tahu. Yang penting dari tadi aku lepak dengan dia, tak berhenti berbunyi. Aku rasa rimas. Aku bercakap dengan Milo Kosong kat depan, dia sibuk menaip. Geram tapi sabar aku menebal, buat-buat macam aku ni boneka apa guna ajak keluar.



Aku tak suka nak persoalkan, jika mesej tak berjawab aku cuba buat-buat faham. Lagi satu pengalaman pernah mengajar aku, kalau tak ingin sakit hati jangan cuba-cuba nak ambil tahu sangat jangan nak kisah-kisah sangat. Butakan hati, sikap itu wajib kena tanam. Bila bergaduh aku diam, bila sakit aku pendam, bila nak menangis aku tahan. Macam mendera jiwa gitew. 

Prinsipnya satu sahaja! Kau butakan minda, tutup segala pandangan hati dan mata untuk kekalkan cinta. Kau manipulasi otak agar fikir yang baik-baik saja, putarkan kembali memori indah agar hati kau rasa lega. 

Aku cuba lemparkan senyuman yang paling manis, hati senak. Tengoklah nanti sampai bila mampu buta.