15 January 2014

Kata-kata

Dia kata malam masih muda
Tapi aku bilang kita dah tak muda

Dia kata hati penuh sayang
Tapi aku tanya berapa banyak sayang?

Dia kata hanya tinggal kasihan
Aku diam; yang mana lebih kasihan?

Dia kata sukar nak buat pilihan
Aku terfikir, "Owh, aku cuma pilihan."

Dia kata sentiasa wujud rindu
Aku tahu aku lagi punya seribu rindu

Dia kata....
Aku suruh berhenti, jangan berkata
Mungkin cukup sudah banyak yang diperkata
Sampai apa yang keluar bukan lagi kata-kata
Adakah aku yang terlebih berkata
Atau dia yang terlalu kurang mengeluar kata
Setiap kata membina kata yang lain
Sehingga yang tinggal hanya kata-kata
Yang mana tahu entah punya maksud di sebalik kata atau tidak. 

13 January 2014

Kejam

I hate the reality that sometimes aku dengan significant other dipisah oleh pelbagai tuntutan dunia, apatah lagi disaat aku perlu. 

Dunia ni kejam.
Aku benci.

Kadang kadang aku rasa aku nak berhenti buat semua. Biarlah aku berlawan dengan dunia. Berhenti kerja, berhenti belajar. Dan duduk di celah ketiak dia adalah kemenangan yang akan aku julang tinggi tinggi. Ketika itu aku akan mencebik jelik terhadap dunia. 

Hey dunia ! Engkau dah pun tewas.

Namun apakan daya. Segalanya cuma fantasi yang diangankan aku buat mengubat luka yang ditoreh realiti. 

Realitinya, dunia tetap kejam. 
Aku benci.
Aku yang namanya perempuan, yang selalu merindu dan perlu, yang lemah ditinggal sendiri, yang tidak kuat hati mendepani realiti, akhirnya menyeka butir butir berjejehan. 

Dunia telah menang.