7 January 2015

Hujan lebat

Hujan lebat akhir-akhir ini seolah mengerti lebatnya rasa berkecamuk di jiwa. Tentang rasa putus asa ini kerana sudah lama kau biarkan aku di sini begini. Aku sudah lelah menunggu dan dalam masa yang sama sering ditipu, mungkin aku bagi kau begitu dungu.

Mula-mula dahulu aku begitu sabar, hadap satu persatu dusta dan terima segala kerna anggap itu semua ujian dan kau akan berubah tapi aku manusia biasa ada batas-batasnya. Kau buat kesilapan paling besar yang tak mungkin mana-mana pasangan boleh terima lagi. Aku terduduk bila dapat tahu, kecewa hanya tuhan yang tahu. Ok, manusia tak lepas dari kesilapankan. Kau minta maaf, kau cakap semua salah kau, aku maafkan dan kita berbaik, esoknya kau ulang lagi silap yang sama. 

Lantaran itu, kita jadi selalu gaduh, layanan sesama kita jadi kurang. Mungkin aku nak kau pujuk dan kau nak aku ok dengan sendirinya dan berpura macam tak ada masalah. Aku terpaksa berpura demi menjaga hubungan kita ni. Ok, aku mengalah. Bilamana aku kemukakan pertanyaan klise yang biasa-biasa, kau cakap bosan dan sengaja jadikan punca berdingin. Ok, maaf aku terlebih ambil berat. Aku tegur itu ini bukan nak perfect, tapi bawa berbincang macam mana sekalipun, serupa aku seorang saja yang pertahankan hubungan kita, dan kau sedang sibuk mencari penganti aku. Aku tahu tapi ok, aku sabar.

Dan akhirnya, aku kau putuskan begitu sahaja. Mungkin kerana terlalu banyak kesalahan kau pada aku yang tak tertanggung. Mungkin kau memang semudah itu, bila bosan tinggalkan. Aku dapat jawapan jua setelah sekian lama mendera rasa tapi hidup ini sememangnya sentiasa mendera.

Waktu akan terus berdetik, masa akan tetap berjalan, hari akan bertukar, hujan lebat akan berhenti, hidup akan menjadi mati, rindu akan menjadi luka, luka akan menjadi cinta, cinta akan menjadi bahagia dan bahagia milik mereka-mereka selamanya. Dan aku sedang berusaha bertahan untuk hidup dalam membina harapan yang sendiri ciptakan. Andai wujud mesin masa, akan aku biarkan ia berkarat kerna hari semalam sudah cukup mengajar, hari ini sudah cukup untuk belajar, supaya hari esok akan sempurna.

No comments:

Post a Comment