First trip ke oversea tahun ini adalah ke Jakarta seterusnya ke Bandung. Trip yang juga ditaja oleh jabatan secara berkumpulan tapi aku angkut my parent, my cousin dan my sweetsour heart sekali. Tapi dah nama berkumpulankan so aku kurang gemar sebab banyak kekangan.
Kami fly with Malaysia Airlines dari KL ke Soekarna Hatta International Airport, Jakarta. Setibanya di Jakarta kami menaiki bas ke Magga Dua untuk aktiviti shopping. You know, aku tak suka shopping tempat yang sesak macam tu. First penilaian aku untuk Jakarta sorry to say ia sesak, maju dan kotor.
Seterusnya kami bergerak terus ke Bandung tapi ya ampun, jalanraya macet (jammed). Huru hara betul jammed kat Jakarta ni. Perjalanan sepatutnya 2 jam menjadi 4 jam. Malam baru sampai ke Bandung terus check in Verona Palace Hotel.
Esok pagi buta dah bangun untuk ke ke Tangkuban Parahu. Orang cakap tak sah kalau first time ke Bandung tak ke sini. Kat sini dapat lihat pemandangan kawah gunung berapi dari atas gunung berasap-asap tapi sejuk je udara kat sini. Bau belerang meresap ke hidung.
![]() |
Bergambar kenangan di puncak gunung |
Kat atas gunung ni pun banyak orang jual cenderamata tapi nasihat aku kena pandai tawar-menawar, letak harga paling murah gila dan kena buat tegas kalau tak sesaje je kena kencing. Selepas 2 jam kat sini seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pasar Baru hmmm shopping lagi kat tempat sesak.
![]() |
My abah & my mummy yang suka shopping, anaknya tarik muka dah. |
Seterusnya kami lunch and ke ke rumah mode, toko tiga dan aktiviti bebas di Cihampelas Walk. Okey lega, akhirnya inilah tempat shopping yang aku suka. Tenang untuk memilih dan barangan yang dijual juga kena dengan citarasa aku.
![]() |
Seronok pilih shawl yang menarik dan murah kat sini |
![]() |
Dinner kami dan minuman apolkat tak pernah lupa order jika ke Indonesia |
Esoknya kami bertolak ke Jakarta semula dan sempat shopping di apa nama mall tu aku lupa. Rasanya aku dah ceritakan semua kot. Sini sahaja pengalaman aku kali ini di sini.
No comments:
Post a Comment