Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah. Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah.
Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.
Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'. People will get what they deserve in life. Remember? Jadi Tuhan mungkin rasa aku belum layak untuk rasa bahagia. Simple.
Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, aku rela undur diri.
Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan.
I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.
Bertenang...
No comments:
Post a Comment