21 October 2014

Jodoh


Jodoh tu rahsia Allah. Betul. Tapi jodoh tu sama juga macam rezeki. Kita kena usaha. Mencari jodoh bukan bermakna kita terlalu terdesak untuk berpasangan. Berpasangan itu fitrah. Perkahwinan itu sunnah. Malah ia menyempurnakan separuh dari iman kita.

Tapi kadang-kadang yang mahu mncari jodoh ni pun bukan tak pernah berusaha mencari. Cuma persekitaran mendesak mereka untuk berhenti. Mereka rasa rendah diri dan trauma kerana dilabelkan sebagai seorang yang terdesak, miang dan sebagainya. Ditambah pula dengan ayat penyata berbentuk cliche yang berupaya mengguris hati -- "HANG MEMILIH SANGAT KOT?"

Barangkali dia lupa. Dia sendiri pun dulu secara tidak sedar ada memilih juga. Tak kan lah sifat yang tak sepadan dengan kita pun, kita nak paksa diri terima? Dah tahu tak boleh kemana tak kan kita nak kayuh juga? Jodoh ni kalau kita bernasib baik tak payah jumpa ramai orang sangat, terus jumpa yang sepadan dengan kita, yang membuatkan kita merasa tenang, selamat dan selesa. Bagi yang kurang bernasib baik, dia akan bertemu dengan orang yang bermacam ragam pula. Kaki mengikis, kaki membohong, kaki bercakap besar dan sebagainya. Alangkan cari kasut pun kita cuba punya cuba dan akhirnya tak jadi beli. Inikan pula jodoh, yang kita akan berkongsi hidup, tilam dan bantal untuk sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment