14 January 2015

Lillahi Taala

"Nak tahu kenapa kau rasa susah sangat? Em, sebab kau hadap cinta manusia yang bernafsu lebih daripada cinta kau dengan Tuhan. Bila susah, bila ada masalah kau cari siapa dulu? Pakwe kau ke Allah?"


Ok so sentap!

Bila kau hilang tempat bergantung, mestilah kau jadi mereng tak tentu arah. Makan tak lalu, tidur tak lena. Bila baca status si dia rasa macam tak tentu arah. Asyik fikir, kemana hubungan ni akan pergi. Insecure.

Kata tadi cari redha Allah, biaq pi lah makwe pakwe korang tu dengan status dia ke hape. Kalau kau percayakan kekuasaan Allah kau takkan rasa tergugat pun kalau tengok insta pasangan korang bergambar dengan perempuan/lelaki lain. Sebab kau tahu, kalau kau utamakan iman kau dulu, Allah akan bagi ganjaran yang sangaaaaat besar. Jalan hijrah dan jalan orang beriman tu bukan jalan mudah. Meraih kemenangan akhirat bukan mudah. Jadi, jangan putus asa. Allah kan sebaik-baik perancang 

Kau doa banyak-banyak. Kalau bukan jodoh kau dengan dia, kalau dia lari cari orang lain. Tu tandanya dia tak cukup baik untuk kau dan kau tak cukup baik untuk dia. And berita gembiranya ialah, adaa orang yang lagi baik yang tengah Allah sediakan untuk kau. So kau nak yang tak berapa baik untuk kau atau yang terbaik?

What truly yours would eventually be yours.
What is not yours will never be yours.
It’s only a matter of time.

What is destined will reach you, even if it be underneath two mountains. What is not destined, will never reach you, even if it be between your two lips – an Arabic proverb.

Watlek watpis sudah. Dunia tak berkecai pun kalau kau hilang dia. Insya Allah di saat kita betul-betul redha akan ketentuanNya, Dia akan hadirkan seseorang yang mencintai kita keranaNya. Ingatlah di mana pun dia, seandainya dia adalah bahagia kita, dengan segala kuasa yang ada padaNya, cinta itu tetap akan mencari kita.

Lap air mata & senyum.

7 January 2015

Hujan lebat

Hujan lebat akhir-akhir ini seolah mengerti lebatnya rasa berkecamuk di jiwa. Tentang rasa putus asa ini kerana sudah lama kau biarkan aku di sini begini. Aku sudah lelah menunggu dan dalam masa yang sama sering ditipu, mungkin aku bagi kau begitu dungu.

Mula-mula dahulu aku begitu sabar, hadap satu persatu dusta dan terima segala kerna anggap itu semua ujian dan kau akan berubah tapi aku manusia biasa ada batas-batasnya. Kau buat kesilapan paling besar yang tak mungkin mana-mana pasangan boleh terima lagi. Aku terduduk bila dapat tahu, kecewa hanya tuhan yang tahu. Ok, manusia tak lepas dari kesilapankan. Kau minta maaf, kau cakap semua salah kau, aku maafkan dan kita berbaik, esoknya kau ulang lagi silap yang sama. 

Lantaran itu, kita jadi selalu gaduh, layanan sesama kita jadi kurang. Mungkin aku nak kau pujuk dan kau nak aku ok dengan sendirinya dan berpura macam tak ada masalah. Aku terpaksa berpura demi menjaga hubungan kita ni. Ok, aku mengalah. Bilamana aku kemukakan pertanyaan klise yang biasa-biasa, kau cakap bosan dan sengaja jadikan punca berdingin. Ok, maaf aku terlebih ambil berat. Aku tegur itu ini bukan nak perfect, tapi bawa berbincang macam mana sekalipun, serupa aku seorang saja yang pertahankan hubungan kita, dan kau sedang sibuk mencari penganti aku. Aku tahu tapi ok, aku sabar.

Dan akhirnya, aku kau putuskan begitu sahaja. Mungkin kerana terlalu banyak kesalahan kau pada aku yang tak tertanggung. Mungkin kau memang semudah itu, bila bosan tinggalkan. Aku dapat jawapan jua setelah sekian lama mendera rasa tapi hidup ini sememangnya sentiasa mendera.

Waktu akan terus berdetik, masa akan tetap berjalan, hari akan bertukar, hujan lebat akan berhenti, hidup akan menjadi mati, rindu akan menjadi luka, luka akan menjadi cinta, cinta akan menjadi bahagia dan bahagia milik mereka-mereka selamanya. Dan aku sedang berusaha bertahan untuk hidup dalam membina harapan yang sendiri ciptakan. Andai wujud mesin masa, akan aku biarkan ia berkarat kerna hari semalam sudah cukup mengajar, hari ini sudah cukup untuk belajar, supaya hari esok akan sempurna.