11 November 2015

Kabur

Tak faham, tahap aku tak faham ni ibarat makan pizza cicah budu. Tiada hala tuju, no ending story even aku tak boleh sentuh bab serius tu depannya dah macam part sensitif  tak macam dulu. 

Bila dah menjalani satu tempoh yang agak panjang, ditambah segala macam dugaan datang tipulah kalau cakap tak kesah langsung apa nak jadi after beberapa fasa bersama. Berapa lama agaknya boleh bertahan dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa?

Kalau cakap perlu tunggu dan tunggu tapi ntah bila pun macam buang masa juga kan. Inilah part susah dalam hubungan serba kabur. Tak nampak sign yang boleh kita ambil tindakan.

Di sini beberapa faktor dah sedia nampak dari awal walau samar-samar. Jangan fikir hanya dalam drama je rupanya wujud manusia yang tak ingin ada komitmen atau kata lain terikat. Manusia yang rasa ingin bebas lakukan apa sahaja tanpa perlu peduli nak jaga hati manusia lain.

Beberapa part aku boleh sabar je tapi ada beberapa part lagi tu memang tak boleh bagi muka, tak boleh tolak ansur sebab aku cuma manusia biasa. Kerap kali juga aku mengalah sebagai bukti aku ikhlas. Jika bermacam cara masih seolah tidak dipandang mungkin aku tidak diperlukan.

Tarik nafas dalam-dalam, tawakal dan lepaskan. Jika tali yang menghubung masih tegar walau dilapisan kabut awan, aku hanya perlu sabar dan nantikan. Kita tak punya kuasa untuk tentukan kapan terakhir perjalanan. Tiada yang bisa kalau melibatkan rangkai kerja Tuhan.


Semoga sabar tetap menebal.
Semoga kudrat terus kuat.

1 November 2015

Bercuti Ke Phuket & Phang Nga 2015

Assalamualaikum,

Dah macam percutian wajib pulak  ke Phuket ni. Tahun lepas pergi bulan Oktober juga dan tahun ni pun sama bezanya kali ni aku jadi ketua rombongan bawak 11 orang bersama-sama. Satu lagi beza, tahun-tahun sebelum pergi dengan menaiki jumbo van guna jalan darat dan tahun lepas pulak pergi dengan pakej termasuk fly dengan Qatar Airways. Tapi kali ni backpack pula ramai-ramai, Dari mula-mula plan, booking hotel dan transport semua aku uruskan sendiri untuk ahli rombongan cik kiah ni. Details seperti berikut:

AirAsia Flight - RM307 perpax round trip
Hotel               - RM 220 for 2 nights - Baramee Resortel (Booking.com)
Transport        - phuketshuttle.com (1200Bhatt  untuk 8 orang)

Pada hari kejadian kami seramai 12 orang berkumpul di KLIA 2 seawal jam 5.30 pagi coz our flight pukul 7.15 pagi.

Sesampai di Phuket International Airport, dah ada minibus yang menunggu seperti mana aku tempah sebelum ini. Tapi berlaku sedikit peristiwa tak terduga yang aku kira kesilapan. Aku terlupa nak update untuk maklumkan kami semua 12 orang yang mana sebelum ini aku maklumkan 8 orang (Sebab 4 orang lagi ahli rombongan cik kiah ni last minit join) kepada pihak transport. Lelaki yang menunggu kami di airport benarkan 8 orang je naik minibus, lagi 4 orang diorang suruh naik teksi atau kenderaan lain. Apa yang buat aku agak kecewa, actually minibus tu still muat lagi untuk 4 orang, masih terdapat kerusi kosong well ini bukan pertama kali aku ke sini dan menaiki minibus. Driver yang drive minibus pun ajak kami naik tapi yang tunggu kitaorang ni pulak larang and marah konon atas alasan safety eehhh safety la kunun macam aku tatau minibus tu boleh muat maksimun 15 orang. Malas nak bergaduh panjang lebar cerita so kami lagi 4 orang ambil teksi. So, im not suggested phuket shuttle, bad experienced bad service!


Sesampai di hotel, kami check in di Baramee Resortel, simpan beg. Bilik yang sangat selesa dan besar siap ada swimming pool. Nampak luaran biasa-biasa saja tapi didalamnya ohsemm so amat puas hati. 

Hotel ni aku pilih berdasarkan lokasi yang strategik berhampiran masjid dan terdapat banyak restoran halal disekitarnya selain harganya yang berpatutan, 


Selepas tu, kami sewa motosikal nak pusing-pusing sekitar Patong. Harga sewa motosikal semurah 150Bhatt sehari, Apalagi kami pun pusing-pusing sampai pening sekitar Patong Beach dan lepas pening jadi lapo pulak pastu cari kedai makan.



Banyak je kedai halal kat sekitar Patong ni aspecially dekat-dekat masjid ada sekitar 4 atau 5 buah restoran halal.


Lepas dah penat pusing-pusing dah kenyang makan, kami pun balik hotel pastu tido hahahaaa..


Dah bangun tido petang itu pulak, kami bersepakat untuk berkelah di Patong Beach sambil lihat aktiviti petang di situ. Ada gerai muslim jual nasi goreng, ayam bakar, daging bakar dan ikan bakar. Aku beli 'Pla sabak phau' bakar macam ikan mackarel gitu sedappp rasa lemak je makan dengan nasi cicah sos, tak lupa aku beli som tam dan air kelapa. Nikmat betol berkelah petang tu reramai di tepi pantai yang indah.

Malam tu pulak kami pusing-pusing bangla road & shopping di Jungceylon Mall. Sebelum balik kami singgah di booth pakej trip ke pulau yang berhampiran hotel kami. Kami sepakat ambil pakej James Bond Island, Panak Island & Hong Island. Pulau-pulau ini terletak di wilayah Phang Nga. Elokla sebab aku belum pernah ke sana lagi, tahun lepas aku dah pernah ke Phi Phi Island.

Keesokannya seawal 7 pagi ada transport yang termasuk dalam pakej tersebut datang jemput kami di hotel untuk ke jeti menaiki bot.

Apa yang best dalam bot besar ni ada macam-macam makanan ringan & minuman, sambil menikmati perjalanan menuju ke destinasi sambil melihat view pulau-pulau yang unik dan indah sambil itu juga boleh ngap kuih muih buah buahan dan air kopi atau teh atau pelbagai pilihan air sejuk. Yang pastinya semua free dan halal termasuklah makan tengahari. Sedapnya masakan thai huhuu

APa-apa pun memang exciting dan seronok sangat pakej ni sampaikan kalau nora pun bagi 10 bintang kot. Sampai je bot besar di Hong Island & Panak Island maka kami pun menaiki kanu untuk masuk ke dalam celah-celah batu dan gua. Teruja sangat dapat lihat kejadian batu yang berbentuk unik seperti bentuk gajah, ikan dan macam-macam lagi. Masuk gua pulak memang menakutkan, dah la gelap bawahnya pula laut serammmm dengan bunyi dan bau busuk kelawar tapi seronok heheeee

Hong Island

Panak Island

James Bond Island

Jangan risau untuk muslim, di James Bond Island ada disediakan surau untuk solat.
Selepas tamat semua aktiviti laut, kami pun balik dan sampai di hotel pukul 5 petang. Rehat-rehat dan sambung mandi kolam pulak. Malamnya kami makan seafood, Lobster, udang, sotong, ikan, kerang dan segala seafood kami belasah semuanya berjumlah 7870Bhatt sekitar 8ratus ringgit Malaysia. Ok puas hati lepas dah kenyang kami pusing-pusing ke bangla road lagi.


Hari terakhir berikutnya check out hotel pukul 12, lunch di restoran berdekatan dan ambil minibus (Yang pastinya  bukan dari phuketshuttle) semurah 1200Bhatt untuk 12 orang termasuk singgah shopping souvenir, singgah di di up and down house dan Phuket Premium Outlet. Sangat puas hati dengan minibus yang aku ambil time balik ni dan aku sarankan jika backpack ramai-ramai macam aku dan nak ambil minibus, elok sampai airport sana baru cari dan pastikan pandai deal jangan mudah tertipu. Banyak je transport yang ada janji kita pandai deal even speaking macam ayam itik hahaaa.