11 November 2015

Kabur

Tak faham, tahap aku tak faham ni ibarat makan pizza cicah budu. Tiada hala tuju, no ending story even aku tak boleh sentuh bab serius tu depannya dah macam part sensitif  tak macam dulu. 

Bila dah menjalani satu tempoh yang agak panjang, ditambah segala macam dugaan datang tipulah kalau cakap tak kesah langsung apa nak jadi after beberapa fasa bersama. Berapa lama agaknya boleh bertahan dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa?

Kalau cakap perlu tunggu dan tunggu tapi ntah bila pun macam buang masa juga kan. Inilah part susah dalam hubungan serba kabur. Tak nampak sign yang boleh kita ambil tindakan.

Di sini beberapa faktor dah sedia nampak dari awal walau samar-samar. Jangan fikir hanya dalam drama je rupanya wujud manusia yang tak ingin ada komitmen atau kata lain terikat. Manusia yang rasa ingin bebas lakukan apa sahaja tanpa perlu peduli nak jaga hati manusia lain.

Beberapa part aku boleh sabar je tapi ada beberapa part lagi tu memang tak boleh bagi muka, tak boleh tolak ansur sebab aku cuma manusia biasa. Kerap kali juga aku mengalah sebagai bukti aku ikhlas. Jika bermacam cara masih seolah tidak dipandang mungkin aku tidak diperlukan.

Tarik nafas dalam-dalam, tawakal dan lepaskan. Jika tali yang menghubung masih tegar walau dilapisan kabut awan, aku hanya perlu sabar dan nantikan. Kita tak punya kuasa untuk tentukan kapan terakhir perjalanan. Tiada yang bisa kalau melibatkan rangkai kerja Tuhan.


Semoga sabar tetap menebal.
Semoga kudrat terus kuat.

No comments:

Post a Comment