21 June 2016

Bercuti ke Jeju Island, Korea


Anneyeosayooo!

Hari ni aku baru diberi peluang dan kudrat untuk kemaskini entri percutian aku ke Pulau Jeju hujung bulan yang lalu. Percutian ini turut disertai sepupu dan kawan-kawan, kami seramai 5 orang semuanya. Dengan harga tiket promosi Airasia hari tu KUL-BUSAN-KUL yang hanya berharga RM541, maka bermulalah misi backpack kami ke pulau yang terkenal di Korea tersebut. Sebenarnya agak terkilan sebab aku ke sana hanya 3 hari 2 malam lantaran kesuntukan masa, cuti yang tidak mengizinkan. 

Pada hari kejadian, lebih kurang pukul 8.00 pagi kami selamat sampai di Gimhae International Airport, Busan Korea. Untuk ke Pulau Jeju, seeloknya dari Busan kerana lebih dekat berbanding dari Seoul. Keluar je pintu international arrival, kami ke bangunan sebelah iaitu terminal domestik untuk urusan pembelian tiket domestik ke Pulau Jeju.

Kat sana, kami survey dulu tiket flight yang paling berbaloi dan murah. Terdapat banyak domestic flight yang menawarkan penerbangan ke Pulau Jeju antaranya Jeju Air, Korean Air, Busan Air, Eastar Jet dan Asiana Airlines. Paling murah boleh dapat dengan harga sekitar RM250-RM300 untuk dua hala. Survey punya survey akhirnya kami menempah tiket Jeju Air untuk ke sana dan pulang dengan Korean Air.

Untuk makluman, Pulau Jeju terbahagi kepada dua bahagian iaitu barat dan timur. Bahagian barat mempunyai tempat tarikan seperti Hallim Park, Suwelbong, Spirited Garden, Mount Sanbang, dan Cheonjeyong Waterfall.

Bahagian timur pula mempunyai tempat tarikan utama seperti Seongsan Ilchulbong Peak, Manjanggul Lava Cave, Horseback Riding dan Sangumburi Crater. Dek kerana trip yang singkat maka kami memilih untuk melawat satu bahagian sahaja, kami sepakat untuk menjelajah kawasan timur Jeju.
Had my breakfast sebelum menunggu flight ke Jeju. Jangan  lupa, susu pisang.


Busan dari pandangan atas
Sesampai je di airport Jeju, kami ambil shuttle bus untuk ke hotel. Shuttle bus berlambak diluar airport Jeju so korang tak perlu risau cuma perlu pandai tawar menawar harga. 

Hotel yang aku tempah beberapa bulan sebelum melalui booking.com iaitu Jeju December Hotel terletak di Jeju New City dengan harga RM200 satu malam amat selesa dan puas hati, berbaloi. Part menarik bila travel ramai sebab boleh sharing bilik so just RM100 satu malam untuk seorang. 


Pulau Jeju bagi aku tak macam pulau sangat tapi macam berada di bandar Seoul sebab pembangunan yang pesat, traffic yang penuh kenderaan cuma bezanya takda rangkaian train tapi untuk dapatkan teksi tidaklah begitu susah.

Aku sempat bersembang dengan penjual kedai baju kat sana, dorang tak suggest mrnggunakan perkhidmatan bas sebab jadualnya kadang-kadang tidak menentu.


Dongmun Market

Selepas selesai check in hotel, destinasi pertama kami adalah Pasar Dongmun. Kami cuma mengambil teksi dari bus stop berhampiran hotel ke pasar Dongmun. Tambang teksi tak sampai 6000won so bila kongsi 5 orang lagila jimat.

Dihadapan pasar Dongmun, kat sini banyak jual buah-buahan segar dan Pulau Jeju sangat terkenal dengan buah oren. Buah orennya sangat luar biasa besar.

Ingatkan pantai timur je famous dengan budu, belacan & cencalok, Jeju pun ada tauuu

Pelbagai variasi kimchi


Tenghari tu kami lunch di restoran halal berhampiran hotel. Restoran makanan india, kalau tak silap nama restoran ni Maharaja. Maafkan masalah ingatan aku hewhewhew
Manjanggul Lava Cave

Hari kedua di Pulau Jeju, seawal pagi kami ambil pakej all-day-tour,  sewa kenderaan yang ditawarkan oleh hotel yang kami menginap dengan harga 120,000won untuk 8jam. Lokasi pertama adalah Manjanggul Cave.

Manjanggul Cave merupakan terowong lava paling menarik di dunia. Terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu, terowong ini kaya dengan berbagai bentuk batuan seperti stalagmite yang panjang dan lorong yang terbentuk daripada lava letusan gunung berapi.

Panjang terowong ini adalah 14,422m. Namun begitu hanya 1km daripadanya dibuka kepada para pelawat. Terdapat satu gua di sini yang mana di dalamnya terdapat seketul batu berbentuk penyu (Turtle Stone) yang berbentuk seperti Pulau Jeju.

Pelawat dinasihatkan membawa baju sejuk sewaktu berkunjung ke sini kerana suhu di dalam terowong yang rendah dan sejuk. Pemakaian kasut yang sesuai juga penting bagi mengelakkan anda terjatuh sewaktu meneroka terowong yang licin dan gelap.


Makan tengahari adalah termasuk dalam pakej tour ini. Kami dibawa ke restoran seafood yang terletak berhampiran Seongsan Ilchulbong dan sekali lagi maafkan aku kerana terlupa nama restoran ni kehkehkeh

Sup seafood ni sumpah sedap
 Seongsan Ilchulbong

Destinasi kedua pula kami dibawa melawat Seongsan Ilchulbong juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.

Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.

Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik.







Jeju Maze Land

Seterusnya kami dibawa ke Jeju MazeLand. Mazeland merupakan antara taman rekreasi yang popular di Korea. Jika korang teringin untuk mencuba permainan MAZE, bolehlah ke mazeland yang terdapat di Jeju. Mazeland ini juga sangat popular dan sering keluar dalam variety show Korea.




Coffe Breaks - Sugar Badang Coffe

Bagusnya pakej tour yang kami ambil ni adalah termasuk membawa kami ke Coffe shop yang terletak di pantai Iho di mana batu hitam kontras dengan zamrud-biru laut, Hagwi Coast, dan Pelabuhan Aewol. Pelabuhan Aewol ini juga menjadi tempat bagi rumah, restoran seafood dan kapal nelayan yang datang dan pergi. Pantai Hyeopjae juga dekat pelabuhan salah satu pantai yang paling popular di Pulau Jeju, nampak keindahan laut biru dengan pasir putih yang indah serta kincir-kincir angin yang besarrr. Nama Coffe Shop yang kami singgah ni 'Sugar Badang Coffe'. 



Sangumburi Crater

Selesai acara santai minum kopi sambil menikmati view, kami dibawa pula ke Sangumburi Crater. Tempat ni adalah kawah yang terbentuk dari letusan volcano. Tidak seperti Songsan Ilchulbong, Sangumburi meletus dengan pantas tetapi tidak mengeluarkan lava dan debu yang banyak. Pembentukan kon juga adalah kurang di sekelilingnya. Fenomena ini digelar maru di Korea dan Sangumburi adalah satu-satunya yang terdapat di negara ini. Masa terbaik untuk mengunjungi lokasi ini adalah di musim musim luruh dan musim sejuk sebab view ketika ni lagi ohsem. Bayaran masuk ke sini adalah 6000won.




Mysterious Road

Destinasi terakhir kami hari tu adalah Mysterious Road. Jalan paling misteri di Pulau jeju atau dikenali juga sebagai Dokkaebi Road terletak di kaki gunung. Dipanggil sebagai jalan misteri kerana apa saja objek termasuk kereta dan bas boleh bergerak ke arah bukit meskipun enjin telah dimatikan dan gear diletak pada mod Neutral.

Bagi cecair pula, ia akan mengalir mendaki bukit dan bukannya mengalir ke bawah seperti mana ditempat lain. Hakikatnya ini bukanlah magik tetapi disebabkan oleh ilusi optikal dan suasana di sekeliling yang menjadikan mereka yang berada di sini melihat semua objek bergerak ke arah bukit, meskipun sebenarnya objek tersebut bergerak menurun.


Setelah penat seharian menjelajah timur Pulau Jeju, kami pun pulang ke hotel dengan hati yang riang gumbira dan perlu melelapkan mata lebih awal kerana pagi-pagi buta esoknya kami akan pulang ke tanah air.

Bubye Jeju, ada masa dan rezeki lebih nak datang lagi hewhewheww

19 comments:

  1. Assalam.
    Cerita menarik daripada Jeju. Seronok baca.
    Hotel ni memang sediakan pakej tour [kereta+driver] melawat Jeju? Kena booking awal atau masa check-in?
    Makan termasuk sekali dalam 120000won?
    Makan driver macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Hai! Kebetulan hotel yang saya menginap ada sediakan so saya terus booking semasa check-in. Pakej termasuk makan tengahari. Memang puas hati.

      Delete
  2. Tq info.
    Ada email / contact driver or hotel tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, memandangkan saya book pakej on the spot ketika disana so saya cuma tahu nombor telefon hotel tersebut sahaja iaitu +82647457800

      Delete
  3. Tiket flight ke jeju bole beli di airport je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Min Mihsah, tiket flight domestik ke Jeju boleh juga dibeli secara online selain beli secara walk in di kaunter mana2 penerbangan tersebut.

      Delete
  4. Rindunya Jeju. Tak puas jalan hari tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Syahmi-Suhana, best kan Pulau Jeju hehee

      Delete
    2. Best sgt. Xpuas jalan sebab ade sehari tue hujan sepanjang hari. So xdpt nk tgk crater dekat sangumburi crater tue. 😂. Kena repeat blk nie. Bila la AA nk buka direct route to Jeju plak. Hehe

      Delete
  5. Assalam nak tanya flight kul-jejo mengambil masa brapa jam ye? terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Waalaikummussalam..

    Tiada flight direct KUL-Jeju. Samada cik pilih transit di Seoul (terbang dari Gimpo Airport) atau transit di Busan.

    Gimpo-Jeju 1jam 10min
    Busan-Jeju 55min.

    ReplyDelete
  7. Hai..hotel tu namanya Jeju December Hotel..ada saya jelaskan di atas yg terletak di Jeju New City ☺️

    ReplyDelete
  8. AA dh ada direct flight ke jeju..dlm perancangan utk ke sana nanti.. :)

    ReplyDelete
  9. Hi, untuk pakej sewa kenderaan 120000 won tu, kenderaan sahaja atau sekali dengan driver?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Hamra, sewa kenderaan tu termasuk driver.

      Delete
  10. pakej sewa 120000 won tu untuk berapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..harga tu untuk sehari include tour guide, lunch dan entering fees untuk kami seramai 5 orang. Hotel kami tak sediakan breakfast.

      Delete
  11. Nak tanya, hotel dekat jeju tu sarapan disediakan ke? Kalau disediakan makan apa?

    ReplyDelete