27 November 2016

Bercuti ke Singapura 2016

Assalamualaikum and hi evereaders!

Dah lama kot aku tak buat entri bercuti walau aku ada je bercuti repeat ke negara yang pernah aku pergi bukan apa sebab sebelum-sebelum ini rasanya dah ceritakan secara complete di entri sebelumnya so rasa agak malas nak story cerita yang agak sama.

This time aku akan menceritakan alkisah percutian aku ke Singapura atau juga dikenali Kota Singa atau zaman dulu dikenali sebagai Temasek. Sebelum ini dah dua kali aku ke sana tapi cuma ke Universal Studio Singapore (USS) sahaja iaitu pada awal Januari tahun ini dan juga 2 tahun lepas.Tapi trip kali ini berbeza kerana aku akan menerokai sekitar Kota Singa ini untuk melihat apa yang menarik di sana dan mencuba makanan yang popular.

Kadar pertukaran matawang ketika ini adalah SG3.02 bersamaan RM1, agak parah ufffff so untuk senangkan urusan nanti kita anggap RM3 jelah ye.

Untuk jimatkan kos, aku menginap di Johor Bahru dan pilihan aku sepertimana aku pergi sebelum-sebelum ini, aku menginap di Bayu Marina Resort. Ntah kenapa, aku sangat puas hati dengan hotel ni murah, selesa dan sangat berbaloi. Check in 24 November 2016 dan check out 26 November 2016.


Dengan mengambil pakej full day tour yang berharga RM80 seorang, seawal pukul 7.30 pagi aku dibawa menaiki bas dari hotel dan dibawa melalui checkpoint imigresen Malaysia dan Singapura. Antara tempat-tempat menarik yang aku kunjungi:





1. Marina Bay Sands, The Helix Bridge, Esplanade, Merlion Park

Ini adalah tempat pertama yang aku singgah.Tempat-tempat ni kalau nak pergi boleh jalan kaki je. Keluar dari Garden By the Bay, korang jalan kaki terus ke Marina Bay Sands (shopping complex dan hotel yang rooftop dia ada infinity pool tu). Kalau nak naik rooftop tu, tak silap SGD20 (RM60).

Kat depan Marina Bay Sands tu pun ada tempat lepak-lepak, jual makanan. Tak pasti ada makanan halal ke tak sebab macam tak nampak makanan halal. Boleh lepak tengok sunset, tapi terlindung dengan bangunan-bangunan. But the view still nice! Then dari Marina Bay Sands, melalui The Helix Bridge (jambatan yang macam DNA tu) untuk ke Esplanade. Situ ada jual makanan halal. Sate dia pun boleh tahan sedap. Kemudian dari Esplanade jalan kaki ke Merlion Park tempat yang ada singa batu yang keluar air dari mulut tu. Ramai sangat pelancong snap-snap gambar kat sana sambil menikmati view.


Sambil menikmati view sana, aku sempat beli ais krim potong roti, perghh sedap! Katanya street food ini popular di Singapura. Roti warna-warna tu sangat lembut kombinasi pula rasa ais krim (Aku pilih perisa coklat).



Ais Krim Potong, Bread Ice Cream yang sedap amat
2. Orchard Road

Lepas itu, aku dibawa melewati Orchard Road tempat di mana syurga barang-barang berjenama seperti Louis Vuitton, Prada, Channel dan sewaktu dengannya. Kiri kanan sepanjang jalan berdiri gah store jenama tersebut dan ini mengingatkan aku ketika aku ke Hong Kong dulu. 


Antara store yang popular di sana adalah Ion Mall, Paragon Mall dan banyak lagi. Hujung tahun merupakan waktu yang ditunggu-tunggu sebab masa ni semua stores ni buat sales gila-gila mencecah 70%. Tapi aku cuma menerangkan details sahaja sebab aku ke sana sekadar mampu bergambar uhukkss.



3. Garden By The Bay


Seterusnya aku dibawa ke Garden By The Bay. Tempat wajib dikunjungi sekiranya korang jenis yang suka alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Kalau naik MRT turun di stesyen Bayfront untuk ke sini.

Bayaran masuk untuk Flower Dorm dan Cloud Forest Dorm SGD28 (RM84) for Non-Citizen, For Citizen SGD20 (RM60).


Tapi aku tak masuk pun sebab, tak cukup masa dan lagi satu sebab jimatttt hahaa. Cuma aku snap-snap gambar je sebab dari luar pun dah cantik dan menghijau je tamannya.


4. Bugis Street

Kemudian aku ke Bugis Street untuk solat zohor di Masjid Sultan, makan tengahari dan jalan-jalan. Sekitar kawasan ni terdapatnya Haji Lane yang terkenal tu, café-café dan kedai-kedai hipster, murtabak singapura yang sedap, tempat-tempat makan halal, dan macam-macam lagi la.

Aku makan nasi beriani dan murtabak di Restoran Victory betul-betul berdepan dengan Masjid Sultan. Boleh tahan sedap nasi beriani kambing yang aku pesan dan kat sini juga first time aku try makan murtabak singapura ni, memang meletops, meriah dengan daging dan rasa kemanisan bawang holland dah tu rotinya pulak rangup. Tak cukup tu saja, kami siap tapau pula untuk makan kat hotel malam nanti.


Kawasan Arab Street, Haji Lane, Masjid Sultan ni kira tempat tumpuan pelancong dan tempat pilihan backpackers untuk tinggal selain Little India (tak jauh dari Terminal Queen Street jugak). Kedai-kedai cenderahati jugak banyak terdapat di sini, anda hanya perlu rajin je jalan-jalan dan bandingkan harga.


5. Sentosa Island

Destinasi akhir kali ini, aku ke Sentosa Island di mana terletaknya USS, Siloso Beach, Sea Aquarium dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat sekitar situ. Untuk ke Sentosa Island, boleh naik Sentosa Express. Yang ni tak boleh pakai tourist pass. 

Untuk ke Sentosa Island, kalau naik MRT, turun di stesyen Harbour Front. Kemudian korang cari signboard Vivo City (shopping complex). Di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L. Tiket Sentosa Express dijual di situ dan naik pun dari situ. Harga SGD4 (RM12) pergi balik. Jalan la puas-puas kat Sentosa Island tu. 


Aku just jalan-jalan cuci mata je sambil snap gambar dan tak masuk pun tempat-tempat berbayar ni. Tak masuk pun USS sebab sebelum ni dah dua kali masuk. Trip kali ni cuma fokus berjalan sekitar Singapura sahaja. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh diterokai kat Singapura ni. Cuma tak cukup masa.


Sedar tak sedar dah pukul 5 petang dan sampai masanya untuk gerak balik semula ke Malaysia. Bukan apa kalau lambat nanti jam teruk di checkpoint Imigresen dek kerana bertembung dengan manusia yang pulang kerja dari Singapura ke Johor.


Aku sampai hotel sekitar pukul 9 malam. Singapuraaaa, satu pengalaman yang menyeronakkan hehee