16 December 2019

Bercuti ke Melbourne, Australia

Assalamualaikum gais!


Makin lama makin malas pula nak kemaskini blog ntah kenapa macam kian pudar minat nak menaip ni, adakah ini semua faktor usia? kah! yang pasti minat nak travel always and forever berkobar-kobar. Okeylah aku cuba buat entri ni ringkas-seringkasnya.


Akhir Julai yang lalu aku ke Melbourne, Australia selama enam hari lima malam yang mana Julai adalah kemuncak winter kat sana. Actually perancangan ini selama setahun jugalah so every month kumpul duit sebab nak ke negara kanggaru ni. Sebelum pergi pula viral kisah-kisah kena deny departured dan ada yang kena hantar pulang semula aduh makin berdebar pula aku ni. 


Flight dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa selama lapan jam dan aku tiba di Avalon Airport pukul 9 malam waktu sana. Sampai-sampai je terus ke homestay di Point Cook. Kat sini aku ringkaskan itinerarinya:



HARI 1 (KL – MELBOURNE)

• DEPART
• Directly check in at point cook



HARI 2 (GREAT OCEAN ROAD)
• Great Ocean Road
• Twelve Apostle
• Apollo Bay
• Gibson Steps


HARI 3 (MELBOURNE CITY TOUR)
• City Circle Tram - free je gais
• Queen victoria market - shopping souviner
• Federation Square
• Melbourne Mosque
• St Kilda Pier - tengok pinguin comel
Brighton Beach


HARI 4
• Lake mountain - main snow and meluncur toboggan


Day 5( GRAMPIAN )
• Ballarat
• Grampian national park - meet & greet with kanggaroo kah!
• Overnight at grampian - malam tu kami buat barbeque daging kanggaru eh bukan kambing & seafood


Day 6
• DFO - shoppinggggg!!!
• Puffing billy railway
• Fly back to kuala lumpur



14 July 2019

Backpack ke Hua Hin & Bangkok

Sawadikaaaa,

Baru ada mood nak share percutian April lepas. Ya tau, dah lama kan tapi belum basi lagi. Disini saya kongsikan itinerari ke BANGKOK & HUA HIN. Sebahagian maklumat saya research dari group BBM di Facebook, thanks kepada mereka yang sudi kongsikan maklumat mereka sebagai panduan sana. Tiket flight dibeli almost 9 bulan sebelum kejadian. Kami seramai 5 orang aje dan semua gegirl.

9 april :
-1345pm terbang dari KLIA2 ke Bangkok Don Mueng Airport.
-Tiba di Bangkok, guna Grab ke Hotel
-Check-in Hotel, nama hotel Baan Dusit booking thru AirBnB.
-Dinner di Yana Restaurant 
- Shopping & pusing MBK Center, Platinum mall, Siam Discovery, Siam Paragon.


10 april:
-ambil grab ke Maeklong railway station (train paling awal pukul 9 pagi).
-Balik Bangkok naik van 90bath sorang
-Lunch di Asman Restaurant di Sukhumvit
-Terus massage kaki di sukhumvit dah alan-alang sana.
-Ambil grab ke Hard rock Bangkok
-Seterusnya shopping & jenjalan di Asiatique (Souvenir sini agak mahal tapi cover pasport murah pulak hanya 80bath aje boleh dijadikan souvenir)
-Dinner gerai halal depan Asiatique.


11 april:
-Check out dari hotel dan terus ke Hua Hin ambil grab je sebab nak jimat masa 550bath sorang, 2 jam perjalanan. Kalau nak jimat duit, korang boleh ambik option naik bas.
-check in hotel 
-sewa motosikal 200 bath share 2org
-lunch di Mooz Hua Hin Restaurant.
-ke Plearnwarn Market, sini macam suasana vintage, retro Hua Hin zaman 1950 dengan lagu-lagu siam klasiknya dipasang. Ada jual souvenir2 yang unik. Masuk free je. 
-Hua Hin Beach(jalan je sikit, tak jauh dari hotel)
-Seen Space (relax chill port, view amazing pool berhadapan dengan pantai) nak view tu wajib makan/minum dekat Oasis Cafe. Memang cool dan santai la sini.
-dinner Teh Tarik Halal Restaurant Hua Hin
-Hua Hin night market


12 april:
-Pergi Railway Station Hua Hin (train tercantik kat Thailand) terus breakfast depan station train tu ada kedai halal.
-floating market (entrance fee 200 bath) rasa menyesal 😭 bagi aku tak pergi pun takpa takde apa pun sana rasa membazir je.
-Santorini Park (entrance fee 150baht), sini memang feel kekonon kat Greece
-Sambung bergambar dekat swiss sheep Farm, (entrance fee 150 baht) walaupun tempat ni tak besar sangat tapi setiap langkah memang cantik untuk port bergambar. 
- Mrigadayavan Palace dengan The Venezia, The Venezia ni macam kat Italy siap ada gondola bagai. Nak jimat beli pakej tiket masuk harga 299bath boleh main semua permainan termasuk naik gondola, train tapi penatlah nak pusing & habiskan semua permainan tu sebab kawasan luas. Akibat dah lewat petang, aku tak puas pusing sini. Repeat!!!!
-dinner di mooz lagi sekali, jalan kaki je dari hotel. Basah lencun sebab rupanya malam tu dorang dah start berpesta songkran. 


13 april
1000 PM check out hotel & sarapan
Ke Kedai halal depan train station untuk breakfast then terus ke Hua Hin International airport. Airportnya kecik aje tau.

Total loss:

- [x] Flight kul-bkk rm79 
- [x] Flight hhq-kul rm149
- [x] Hotel Bangkok rm62.30 
- [x] Hotel hua hin rm97
- [x] Makan RM300
- [x] Transport RM200

Anggaran kasar total semua 1k jugaklah.





15 May 2019

Itinerary to Langkawi Island

Hi buns!

This is my fifth times i was in Langkawi. 3 days in Langkawi is the perfect amount of time needed to enjoy the sights and delights of Malaysia’s most popular island getaway. The beautiful scenery here is more reminiscent of a tropical island than anywhere else you might find in the country. 
I stayed at Tubotel, as this is where the best value accommodation can be found. Its found in a secluded, quiet area at the end of Cenang beach, and this budget hotel has used recycled shipping containers and other materials to create a wonderful, refurbished style of budget accommodation. They have private ‘tubes’ available, some with sea views, as well as dormitories.

Here is my detailed 3-Days Langkawi itinerary, hope its will help you to explore the best that Malaysia’s most famous holiday island has to offer and to make the most of your time here!

Day 1
1500 - Kuah and Langkawi Eagle Square
After had my lunch at Kak Yan Nasi campur, i start my journey in Langkawi by exploring the island’s main ‘city’, Kuah. Although hardly a city by most standards, it’s still the most populated place on the island, and it’s the best place to start to get your bearings and to understand what Langkawi is all about. I love to shopping here, chocolate and all about kitchen needed.

1900 - Pasar Malam Temonyong
Langkawi hosts a night market every day of the week and it’s a great opportunity to see local life and to try some of the best local delicacies on the island. The night market changes location every evening, however, so check locally where it’s going to be held.
Langkawi Night Market Schedule:
Sunday : Padang Matsirat
Monday : Ulu Melaka
Tuesday : Kedawang
Wednesday : Kuah
Thursday : Temonyong
Friday : Ayer Hangat
Saturday : Kuah 
Times : 7pm – 10pm
2100 - Restoran Wan Thai, Kuah for dinner
Day 2
1000 - Kilim Geoforest Park
Walk the mangrove boardwalks before taking a boat tour along the winding rivers that weave in and out of the trees under the shadow of the limestone karts. This protected area is one of the most beautiful in Langkawi, and it’s an incredible natural spectacle to finish your trip on!

1400 - Seven Wells
The staggeringly high Seven Wells, which is located just around the corner from the Sky Bridge. In fact, you may have seen it on the cable car ride up to the peak, far below in the trees.
There are two main viewing areas for Seven Wells. A steep but short hike takes you from the car park to the top of the waterfall where you can stand on a small viewing area and watch the water plummet beneath you. The waterfall takes its name from the seven natural swimming pools which are found at the top here, and in the midday heat, the cold water will be irresistible. The smooth rock has formed natural slides, but don’t worry, although it looks perilously close to the edge of the waterfall, the rocks form a natural barrier to add to the man-made one.
1700 - Pantai Chenang
Then next on the Langkawi travel itinerary is a trip to Pantai Cenang. This is the longest and most popular beach on the island, and while Kuah might be the centre for locals, Cenang beach is the hub for tourists. Many of the best hotels are found here, as are some of Langkawi’s best bars.
Despite being the busiest beach on the island, you will soon find that compared to many other southeast Asian beaches of a similar quality, Langkawi can be incredibly quiet and clean. If you do find yourself in a busy spot – particularly when the sun goes down – the beach is long enough for you to find a peaceful area.
Day 3

0900 - after breakfast, we are heading to the airport.

5 May 2019

Ku kejar Pelangi

Its few highlights...

Love yourself first
Love yourself first
Love yourself first,
At very first place. 

Its just me forcing myself to always remember that i really need to love myself before anyone else because no one will. No one is willing to stay. They departed.

Things falling apart
People leaving
Things changed
Time wasted
Dreams broken

Leaving me broken
Completely broken 
Inside and outside 

I think I'm doing fine, jadi sponge absorb everything. Even though rasa dah berat tapi anggap jelah macam hukuman dan yeh padan muka. Takpa Asyura. Berdoa, berusaha dan bersabar. Sabar tu kena paling baaaaaaaaaanyak.

Its not easy, I'm telling you. I had to learn how to love myself, how to love my riddles when I speak, how to love my short legs, how to deal with my own silly-self, how to control my nervous, how to love my tired eyes. I had to do everything on my own, with my own tears in one shot. All for one. Because its going to be once. Once in a lifetime; for someone who isn't worth the fight. 

Takpalah, sangat cukup untuk aku sedar siapa aku and bawak diri aku ke tempat yang sepatutnya. Betapa hidup ni banyak rahsia yang diri kita sendiri tak boleh rungkai, tak boleh faham. Banyaknya perkara yang aku missed-out tapi takpe perlahan merangkak ke dalam komuniti sosial. 

Minda complicated terulung macam aku ni bukan semua orang reti nak faham. I'm immature yeyeye then what? Semua manusia, dan aku pun tak terkecuali; membuat setiap perkara/perlakuan dengan signifikan tersendiri.

What an everything-goes-wrong semester. Dahla kena tinggal tanpa reason kukuh, pastu kena tinggal demi kena tinggal dan kena tinggal lagi. Eh watak apa ni, dah la orang tak suka, problematic as ever, careless,tak boleh stop jadi loser ke Asyura????

27 January 2019

Bercuti ke Danau Toba - Silangit

Assalamualaikum gais!


Alkisah Ogos tahun lepas ternampak Air Asia buat promosi sempena pembukaan new route ke Silangit, Danau Toba,  sedar tak sedar aku terus terbeli tiket. Lepastu baru terfikir, mana mungkin aku pergi seorang diri terus aku post status di Facebook ajak sesiapa berminat. Lastly, sepupu aku dan 3 orang rakan sekerja nak follow. Kalau ikutkan, aku pernah ke Danau Toba 7 tahun lalu tapi dengan melalui Medan.

Danau Toba memiliki ukuran panjang 100 km dan lebar sekitar 30km dan kedalamannya dianggarkan 505meter. Danau Toba merupakan danau terbesar di Indonesia dan juga di Asia Tenggara. 

Day 1

Flight kami dari KLIA2 pukul 10.40 pagi, penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di sana, kami sepakat ambil airport trasfer sebuah avanza untuk ke Hotel di Parapat. Perjalanan akan ditempuh selama 2 jam dengan melintasi jalanan berkona dan juga berbukit. Tempat pertama kami singgah adalah Muzium TB Silalahi di Balige untuk foto-foto sebentar sahaja. 

Setiba di hotel, terus check in untuk berehat, mandi dan solat dan sedia untuk ke tempat yang aku teruja sangat nak pergi iaitu Pulau Tomok, Pulau Samosir. 

Pulau Tomok

Untuk sampai ke Tomok atau Sigale Gale kami menaiki ferry dari pelabuhan penyeberangan Ajibata iaitu sebelah hotel kami je dan ia mengambil waktu kira-kira 40 minit. Tak perlu risau pun untuk ke sana kerana setiap jam feri sentiasa ada. Seronok naik feri, waktu tidak terasa lambat ketika kita dengan ikhlasnya mahu menikmati setiap suasana yang ada, sungguh tenang.


Sesampainya di sana, kami menyewa ojek (motor beroda tiga) untuk bersiar-siar disekitarnya. Lokasi pertama kami ialah Perkampungan Batak Purba, Huta Siallagan berdekatan dengan Kampung Ambarita. Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.
Tips melawat Parapat, Sigale Gale, atau dimana-mana saja sekitar Danau Toba pastikan anda membawa kamera selain, duit yang cukup. Pemandangan disini terlalu indah dan tidak cukup sekadar dikenang dengan hati dan mata tetapi, harus dipotretkan agar kita mampu berkongsi keindahan tersebut dengan orang lain yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini.  Selain itu, kawasan ini turut menyediakan banyak sekali kedai cenderahati atau batik asli tenunan suku Batak.
Usai semua aktiviti di pulau, kami mengambil feri yang terakhir sekali iaitu feri jam 7 untuk pulang semula ke Parapat.




Jika mengamati rekabentuk rumah Batak kita akan mendapati terdapat ukiran-ukiran cicak dan payudara wanita pada rumah tersebut. Cicak atau 'Gorga Boraspati' melambangkan kebijaksanaan dan kekayaan serta suku Batak mampu hidup dimana-mana sahaja. Manakala, empat ukiran payudara atau 'adop-adop' mempunyai makna tersendiri iaitu ; adop-adop pertama sebagai simbol kesucian, adop-adop kedua sebagai simbol kesetiaan, adop-adop ketiga sebagai simbol kesejahteraan dan adop-adop keempat bermakna kesuburan wanita. Payudara juga melambangkan peribadi seorang ibu yang penuh dengan unsur kehidupan dan seperti suku-suku lain, suku Batak juga selalu menjunjung dan menghormati ibunya.


Day 2

Hari kedua kami mulai dengan breakfast nasi goreng yang sangat sedap di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Berastagi dengan berhenti di beberapa lokasi menarik.

Simarjarunjung

Setibanya kami di Bukit Indah Simajarunjung, kami terkesima dengan pemandangan yang indah di hadapan kami. Apa yang menarik di sini terdapat pelbagai tempat yang direka untuk mengambil gambar. Tetapi harus membayar dalam sekurang-kurangnya 10,000 rupiah. Terdapat juga cara mengambil gambar yang sangat ekstrem seperti duduk di dalam buaian atau berbasikal di udara. Semakin menakutkan tempat tersebut semakin mahal harganya tetapi perasaan takut itu tidak setimpal dengan harganya. Dengan hanya bergantung pada dahan pokok yang tumbuh di lereng dan safety harness yang diikat pada pinggang dan dicangkuk pada tali buaian, saya belum sedia mengorbankan diri semata-mata mahu mengambil gambar. 


Air terjun Sipisopiso

Pemandangan indah penghujung Danau Toba sungguh mengagumkan. Air terjun tersebut adalah salah satu punca kepada air di Danau Toba. Danau Toba adalah tasik yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat ratusan ribu tahun yang lalu. Kesan daripada letusan ini, banyak mega fauna (mamalia besar) yang pupus. Kesan positifnya pula, terbentuk kaldera yang lebih besar daripada Singapura yang kini menjadi pusat peranginan dan tempat orang Batak mencari rezeki. Sehingga kini, Danau Toba dikatakan masih aktif. Terdapat pengumpulan magma yang sangat besar di bawah Danau Toba menyebabkan kenaikan ketinggian tasik tersebut. Jika ia sekali lagi meletus, sudah pasti banyak hidupan akan pupus termasuk manusia.

Berastagi 

Perjalanan diteruskan lagi untuk ke Berastagi dengan dihidangkan pemandangan indah Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Gunung Sinabung sentiasa meletus tetapi letusan tidak lama. kerana  Sinabung adalah gunung berapi yang masih aktif. Ia meletus beratus kali setiap tahun dan ramai juga yang terkorban. Dalam perjalanan juga terdapat banyak kedai di tepi jalan yang menjual babi panggang (B2) yang harum semerbak. Kami hanya dapat melihat dari dalam kereta keunikan cara hidup mereka. Suhu di Berastagi sangat nyaman dan mungkin lebih dingin daripada Parapat. 

Kami singgah dikebun strawberri dan buah jeruk (limau) untuk mengutip buah-buahan. Jika tinggal lebih lama di sini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki Gunung Sinabung dan Sibayak atau mungkin ke air terjun biru. Di Berastagi pula kami shopping souviner dan melihat banyak gerai buah-buahan tempatan.

Kemudian kami pun kembali pulang ke Parapat.

Day 3

Hari ketiga, seawal pukul 7 pagi usai breakfast kami terus bertolak menuju ke airport untuk pulang ke tanah air.

2 January 2019

Bercuti ke Osaka, Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy New Year all!!!!! Dah sebulan balik dari Osaka, baru hari ni nak share pengalaman kat sana. Bukan apa, malas da nak menyusun ayat dan mengarang cerita. Nak kena edit-edit gambar lagi. Jenuh woo! Sebab tu jadi blogger pun dapat upah bila kita buat entri untuk orang lain. Banyak guna tenaga dan masa buat kerja camni. Kalau ada yang tak faham jugak, tak tahu lah!

Berbalik kepada tajuk entri, 6 Disember yang lepas, Alhamdulillah saya dimurahkan rezeki untuk melawat negeri matahari terbit. Semua ni last minit plan, sebulan sebelum kejadian tetibe je decide nak ke sana then terus booking. Disini saya kongsikan itinerari ringkas tersebut.

Total cost:
Flight tix, makan, accomodation, transport (train & bus): RM2700
Tiket USJ, tempozan day pass & snow park: RM500
Souvenir: RM400
Sewa Kimono: RM80

Day 1
12.00 pm klia2-check in
2.15 pm bertolak
9.40 pm Sampai di Kansai Airport
10.40 pm settle Imigresen & Kastam. Solat&makan
12.00pm Sampai di Osaka dan Check-In Guest house

Day 2
9.00 am breakfast
10.00 am take subway to universal studio japan
7.00 pm go back to guest house
9.00 am dinner (Red Lobster, Halal Restaurant in USJ)


Sedap gilo Butter Beer (non-alcohol) ni, masuk je kat the wizarding of harry potter ni rasa macam ada dalam filem Harry Potter je.

Our Dinner
 Day 3 
9.00am Sarapan & go to kyoto
10.00am Bergerak ke Arashiyama (menaiki Subway dan berhenti di Saga Arashiyama. 
11.00am Arashiyama Bamboo Forest, Tokegetsu Bridge
1.00pm Lunch (kuih Mochi)
2.00pm Arashiyama Street
4.00pm Fushimi Inari (shopping. dinner takoyaki)
10.00pm back to osaka



Mochi hispter
Day 4 
10.00am Breakfast
11.00am Go to Osaka Castle Park & Osaka Castle 
1.00pm Transfer to Tempozan Marketplace (Station Osakako) naik Big Ferris Wheel in Japan, naik Santa Maria Cruise
2.00pm Lunch 
3.00pm Mini Legoland & Aquarium and Tempozan Marketplace
8.00pm Go Back to Nipponbashi
9.00pm Dotonbori (Shopping souvenir & menaiki cruise)
10.00pm Go Back to guest house



Day 5 
10.00am Breakfast
11.00am Take bus to rokko snow park
12-5pm free and easy at rokko snow park
5 pm Umeda untuk shopping, menaiki ferris wheel umeda hankyu
10.00pm Go Back to Guest house


Day 6 
6pagi Check-out
7.00 am transfer to Kansai Airport with Train
8.30 Check-in Flight
10.00 fly back to kuala lumpur