Aku tak pandai menulis. Aku memerlukan emosi untuk menguasai diri aku baru aku dapat meluahkan dengan baik dalam penulisan. Dan aku dah jarang menulis sebab bila aku menulis, orang selalu judge aku membuatkan aku rasa macam tawar hati dan menyampah nak menulis. Tapi takpe, this time aku saja saja menulis untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Mungkin aku sedikit kasar, tapi please la don’t judge me based on my writing. That is just not fair at all. Ok? Tapi aku dah tahap kritikal ni. Terlalu setia sampai perasaan cinta dah hampir mati. Terlalu setia? Aku ni dah gila ke hape? Kah kah kah!
Aku perempuan biasa dan normal yang selalunya emosi akan menjangkaui pemikiran rasional. Perempuan tak rumit. Lelaki yang malas dan effortless sahaja akan cakap perempuan rumit. Dan aku gelarkan lelaki begini adalah pemalas, bodoh dan bodoh. Sebagai seorang perempuan, aku takkan mengada atau banyak songeh atau cepat berkecil hati dengan lelaki yang aku tak sayang. Perempuan akan berkelakuan begini dengan orang yang lelaki yang dia sayang je. Kalau dia tak sayang, buat ape bazir tenaga merajuk, menangis apa bagai? Kau ingat tak penat ke? Penatlah sial. Hari-hari menjeruk perasaan dengan perangai boyfriend yang macam ntahhapehape.
Daripada pengalaman sendiri, orang lelaki suka cakap perempuan ni suka mengungkit. Bila kita cakap something untuk remind dia, dia cakap kita tak habis-habis nak mengungkit sampai tujuh keturunan tapi bila dia cakap, dia tak consider tu as mengungkit. Dia kata tu nasihat. Kepala hotak kaulah nasihat. Lelaki ni kalau dalam perhubungan selalu bersikap dominan. Atau bahasa kasarnya adalah, GILA KUASA. Seboleh-boleh nak menang dalam semua benda, tanak mengalah, buat salah pun tak reti nak mintak maaf, and the next day pretend like nothing happened. Aku memang pantang orang macam ni. Semalam sikit punya banyak kau maki aku, alih alih arini kau buat macam tade ape-ape berlaku. Kemain tersengih macam kerang depan aku. Ewahh handal betul kau ni? Hati kau dibuat dari besi ke ape? Bila ditanya, katanya tanak drag benda yang dah lepas. Yang dah lepas semalam tu, biarlah lepas jangan di ungkit lagi. Malas nak difikir nanti tambah merumitkan keadaan. WTF? Takde effort nak setelkan masalah yang ade, terus je nak move on dengan hari yang baru? Kau sila jalan terus, belok kiri dan terus pergi meninggal wokeh. Why don’t you try to settle it down, dari buat-buat macam takde ape berlaku? Kau ingat dengan menghambur semua amarah kau semalam, benda tu dah setel lah harini? Semuanya selesai lepas kau bangun dari tido, macam tu?
Dan aku juga sangat tidak faham dengan prinsip para jejantans yang anggap - walau pun dah ade girlfriend tapi belum berkahwin, dia boleh pergi menjalang dan menggomol seramai perempuan yang dia nak. Dia cakap girlfriend dia tak berhak untuk jeles. Girlfriend je kot. Bukannya bini. So, sukahati akulah nak kuar dengan sape sape pun. Kawan je semua tu. I know my limit. U know your limit? Fine lah kalau kau cakap girlfriend kau tu tak berhak jeles sebab kau bukan hak milik mutlak dia. Fine, fine. Meh sini aku bagi satu contoh; Katalah girlfriend kau ni nak teman kawan lelaki dia gi annual dinner, dia pun bagitau kau. Dia just bagitahu. It is not that she ask a permission from you. Pastu kau pun melenting macam perempuan meroyan sambil cakap “Hey you tu girlfriend I tau!” - Kau tu BOYFRIEND dia je kot. Bukan SUAMI. Aku tak tau nak explain cemane bagi nampak jelas situasi ni, tapi ape yang aku boleh conclude lelaki ni bila dia buat takpe, kita buat tak boleh. Bila kita jeles dia cakap; “Hekeleh u girlfriend I je kot. u tade hak atas hidup I” But when it comes to women, dia punya menyinga macam kita ni dah sah jadi isteri dia. Nampak tak? Aku bet lelaki tak nampak semua ni sebab dia sorang je rasa dia betul. Orang lain salah. Pemikiran setempat. Lambat matang.
Aku rasa orang lelaki ni memang jenis lambat dari segala segi. Lambat nak sedar ada orang sayang dia lebih dari nyawa sendiri, lambat nak bukak mata yang orang dah banyak berkorban untuk dia, lambat segala gala lah. Bila dia dah sedar, perempuan tu dah takde dah. Dah pegi kat orang lain yang lagi pandai hargai dia. Kalau perempuan tu stay, perempuan tu dah tawar hati. Masa tu barulah nak menggelabah tetek cari pompuan tu balik. Nak rebut dengan orang lain. Memang pegi jahanam lah kan. Dulu aku terhegeh hegeh kau buat buta je. Sekarang merepek tak tentu arah. U deserve it! Padan muka. Lain kali belajar hormat perasaan orang. Yang lelaki cepat bab romen je. Nampak peha pompuan, klivej pompuan cepat je nak horny. Part tu memang cepat. Ala, aku ni nampak peha lelaki, tade lak aku rasa horny pun. Tah mende-mende la nampak peha gebu pun nak horny. Ah lelaki. Masa belum dapat lautan api sanggup direnangi. Bila dah dapat, suruh mintak tolong jemput kat rumah pun berkira. Puiiii!! Elelele, marah lah tu aku cakap orang lelaki lambat. Aku tau dah jawapan ape yang lelaki akan bagi. “Bukan tak nampak, saja tanak tunjuk”, “Guna la common sense, takkan tu pun nak kena ajar”, dan bla bla bla.
Ah! dan dan la nak suruh guna common sense bagai kan. Pandainya awak berkata kata. Time girlfriend kau terasa hati kau abaikan dia sikit punya lama tade pulak kau nak guna common sense diri sendiri kan? Ape tu ayat yang biasa lelaki cakap tu; “U tak cakap mana I nak tau”, “Perempuan ni complicated lah”. Common sense kau mane? Common sense piiirahhh. Kau nak orang paham kau je setiap masa tapi selfish gila tak nak paham orang lain.
Dan pesanan aku untuk para lelaki, jangan lah bagi harapan kat perempuan kalau kau rasa kau setakat menanam tebu di pinggir bibir. Kau bikin ayat untuk sedapkan hati girlfriend kau je supaya dia stay. Padahal kau masih lagi mencari option lain sedangkan girlfriend kau tunggu kau macam orang bodoh. Kau layan dia macam sampah pun dia masih tunggu sebab dia pegang kat kata-kata kau. Daripada kau jadi lelaki dayus dan kejam yang asyik menabur janji tapi haram satu pun tak boleh nak percaya, lepaskanlah girlfriend kau. Jangan seksa dia semata mata sebab nafsu tamak kau. Kalau kau rasa kau hotsetap dapat pancing perempuan yang sama hotsetap dengan kau, then go. Jangan jadikan girlfriend kau tu macam perempuan simpanan bila mana kau rasa bosan, terdesak atau susah baru kau datang cari dia. Jangan layan orang lain macam sampah sedangkan orang lain layan kau macam raja. If you want her to treat you well, so does she.
Please la belajar bertanggungjawab dari masa muda. Bukan lagi 40 tahun baru nak belajar bertanggungjawab. Jangan sampai satu hari nanti perempuan yang kau sia-siakan ni berjalan bahagia berpimpin tangan dengan kawan baik kau sendiri. Who knows?