8 April 2015

Palace of The Golden Rose - Kemahuan

" Ramueldo, awak nak apa sebenarnya? ", tanya Fantaghiro.

Jawapan masih belum diberikan tapi Fantaghiro sudah melonggokkan kesemua harta benda, impian, harapan dan segala yang ada dalam satu tangan lalu diserahkan kepada Ramueldo.

" Saya nak seorang kawan. "

Dengan sekudrat daya juga Fantaghiro berusaha untuk menjadi seorang kawan. Mencuba untuk ada pada setiap masa diperlukan.

" Saya nak perhubungan. "

Seorang Fantaghiro gigih cuba mencari alasan lalu merentas daratan yang memisahkan untuk melestari apa itu perhubungan.Demi Ramueldo, diketepikan segala halangan dan fikiran orang.

" Saya nak masa. "

Perancangan dan impian Fantaghiro untuk menculik seorang Ramueldo ke hujung bumi di mana bisa melayari hari-hari bersama tika  masa umpama berhenti hanya tinggal mimpi. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * ** * 

Tapi seorang Ramueldo tetap berkerut dahinya. Mata tidak pernah memandang Fantaghiro dengan kepuasan. Perilaku dan raut wajahnya sentiasa seperti mencari-cari sesuatu, seperti tidak cukup apa yang ada, seperti tidak nampak yang depan mata.

Ramueldo, awak nak apa sebenarnya? "

" Saya pun tak tahu. Tapi saya tak mahu kita bersama."


No comments:

Post a Comment