1 April 2015

Palace of The Golden Rose - Perjuangan

Dulu seorang Fantaghiro mahu berjuang habis habisan. Dulu seorang Fantaghiro mengaku sanggup tahan semua tangisan. Dulu Fantaghiro kata mahu menerima Ramueldo seadanya. Tak kisah kalau Ramueldo memang pemarah orangnya, ataupun menyakitkan hati orangnya. Ramueldo tetap sempurna.

Ramueldo tetap apa yang Fantaghiro suka.

Tapi pelik kan cara aturan dunia? Masa makin laju bila kita bersama dengan kegemaran kita, masa menghilang dengan pantas bagai bilah yang mencantas setiap rumput yang baharu mahu naik menutupi bumi. Okay, hubungan over gila kalau disamakan dengan potong rumput.

Dan masa juga mengubah apa yang kita rasa. Seorang Fantaghiro bila asyik menangis bila ada saja benda yang tak kena, mulai belajar yang kesakitan itu ada hadnya. Tak boleh sakit, tak boleh ada hati yang berpenyakit. 

Dan masa juga mencambahkan rasa. Seorang Ramueldo yang dahulunya selalu leka, sekarang sudah pandai mencuba. Apa yang membuatkan Fantaghiro  gembira, cuba untuk dilonggokkan depan mata.

Tapi seorang Fantaghiro yang penat hanya tersenyum hiba sambil melangkah longlai cuba mengikut rentak Ramueldo cipta.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment