27 November 2016

Bercuti ke Singapura 2016

Assalamualaikum and hi evereaders!

Dah lama kot aku tak buat entri bercuti walau aku ada je bercuti repeat ke negara yang pernah aku pergi bukan apa sebab sebelum-sebelum ini rasanya dah ceritakan secara complete di entri sebelumnya so rasa agak malas nak story cerita yang agak sama.

This time aku akan menceritakan alkisah percutian aku ke Singapura atau juga dikenali Kota Singa atau zaman dulu dikenali sebagai Temasek. Sebelum ini dah dua kali aku ke sana tapi cuma ke Universal Studio Singapore (USS) sahaja iaitu pada awal Januari tahun ini dan juga 2 tahun lepas.Tapi trip kali ini berbeza kerana aku akan menerokai sekitar Kota Singa ini untuk melihat apa yang menarik di sana dan mencuba makanan yang popular.

Kadar pertukaran matawang ketika ini adalah SG3.02 bersamaan RM1, agak parah ufffff so untuk senangkan urusan nanti kita anggap RM3 jelah ye.

Untuk jimatkan kos, aku menginap di Johor Bahru dan pilihan aku sepertimana aku pergi sebelum-sebelum ini, aku menginap di Bayu Marina Resort. Ntah kenapa, aku sangat puas hati dengan hotel ni murah, selesa dan sangat berbaloi. Check in 24 November 2016 dan check out 26 November 2016.


Dengan mengambil pakej full day tour yang berharga RM80 seorang, seawal pukul 7.30 pagi aku dibawa menaiki bas dari hotel dan dibawa melalui checkpoint imigresen Malaysia dan Singapura. Antara tempat-tempat menarik yang aku kunjungi:





1. Marina Bay Sands, The Helix Bridge, Esplanade, Merlion Park

Ini adalah tempat pertama yang aku singgah.Tempat-tempat ni kalau nak pergi boleh jalan kaki je. Keluar dari Garden By the Bay, korang jalan kaki terus ke Marina Bay Sands (shopping complex dan hotel yang rooftop dia ada infinity pool tu). Kalau nak naik rooftop tu, tak silap SGD20 (RM60).

Kat depan Marina Bay Sands tu pun ada tempat lepak-lepak, jual makanan. Tak pasti ada makanan halal ke tak sebab macam tak nampak makanan halal. Boleh lepak tengok sunset, tapi terlindung dengan bangunan-bangunan. But the view still nice! Then dari Marina Bay Sands, melalui The Helix Bridge (jambatan yang macam DNA tu) untuk ke Esplanade. Situ ada jual makanan halal. Sate dia pun boleh tahan sedap. Kemudian dari Esplanade jalan kaki ke Merlion Park tempat yang ada singa batu yang keluar air dari mulut tu. Ramai sangat pelancong snap-snap gambar kat sana sambil menikmati view.


Sambil menikmati view sana, aku sempat beli ais krim potong roti, perghh sedap! Katanya street food ini popular di Singapura. Roti warna-warna tu sangat lembut kombinasi pula rasa ais krim (Aku pilih perisa coklat).



Ais Krim Potong, Bread Ice Cream yang sedap amat
2. Orchard Road

Lepas itu, aku dibawa melewati Orchard Road tempat di mana syurga barang-barang berjenama seperti Louis Vuitton, Prada, Channel dan sewaktu dengannya. Kiri kanan sepanjang jalan berdiri gah store jenama tersebut dan ini mengingatkan aku ketika aku ke Hong Kong dulu. 


Antara store yang popular di sana adalah Ion Mall, Paragon Mall dan banyak lagi. Hujung tahun merupakan waktu yang ditunggu-tunggu sebab masa ni semua stores ni buat sales gila-gila mencecah 70%. Tapi aku cuma menerangkan details sahaja sebab aku ke sana sekadar mampu bergambar uhukkss.



3. Garden By The Bay


Seterusnya aku dibawa ke Garden By The Bay. Tempat wajib dikunjungi sekiranya korang jenis yang suka alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Kalau naik MRT turun di stesyen Bayfront untuk ke sini.

Bayaran masuk untuk Flower Dorm dan Cloud Forest Dorm SGD28 (RM84) for Non-Citizen, For Citizen SGD20 (RM60).


Tapi aku tak masuk pun sebab, tak cukup masa dan lagi satu sebab jimatttt hahaa. Cuma aku snap-snap gambar je sebab dari luar pun dah cantik dan menghijau je tamannya.


4. Bugis Street

Kemudian aku ke Bugis Street untuk solat zohor di Masjid Sultan, makan tengahari dan jalan-jalan. Sekitar kawasan ni terdapatnya Haji Lane yang terkenal tu, café-café dan kedai-kedai hipster, murtabak singapura yang sedap, tempat-tempat makan halal, dan macam-macam lagi la.

Aku makan nasi beriani dan murtabak di Restoran Victory betul-betul berdepan dengan Masjid Sultan. Boleh tahan sedap nasi beriani kambing yang aku pesan dan kat sini juga first time aku try makan murtabak singapura ni, memang meletops, meriah dengan daging dan rasa kemanisan bawang holland dah tu rotinya pulak rangup. Tak cukup tu saja, kami siap tapau pula untuk makan kat hotel malam nanti.


Kawasan Arab Street, Haji Lane, Masjid Sultan ni kira tempat tumpuan pelancong dan tempat pilihan backpackers untuk tinggal selain Little India (tak jauh dari Terminal Queen Street jugak). Kedai-kedai cenderahati jugak banyak terdapat di sini, anda hanya perlu rajin je jalan-jalan dan bandingkan harga.


5. Sentosa Island

Destinasi akhir kali ini, aku ke Sentosa Island di mana terletaknya USS, Siloso Beach, Sea Aquarium dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat sekitar situ. Untuk ke Sentosa Island, boleh naik Sentosa Express. Yang ni tak boleh pakai tourist pass. 

Untuk ke Sentosa Island, kalau naik MRT, turun di stesyen Harbour Front. Kemudian korang cari signboard Vivo City (shopping complex). Di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L. Tiket Sentosa Express dijual di situ dan naik pun dari situ. Harga SGD4 (RM12) pergi balik. Jalan la puas-puas kat Sentosa Island tu. 


Aku just jalan-jalan cuci mata je sambil snap gambar dan tak masuk pun tempat-tempat berbayar ni. Tak masuk pun USS sebab sebelum ni dah dua kali masuk. Trip kali ni cuma fokus berjalan sekitar Singapura sahaja. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh diterokai kat Singapura ni. Cuma tak cukup masa.


Sedar tak sedar dah pukul 5 petang dan sampai masanya untuk gerak balik semula ke Malaysia. Bukan apa kalau lambat nanti jam teruk di checkpoint Imigresen dek kerana bertembung dengan manusia yang pulang kerja dari Singapura ke Johor.


Aku sampai hotel sekitar pukul 9 malam. Singapuraaaa, satu pengalaman yang menyeronakkan hehee

21 June 2016

Bercuti ke Jeju Island, Korea


Anneyeosayooo!

Hari ni aku baru diberi peluang dan kudrat untuk kemaskini entri percutian aku ke Pulau Jeju hujung bulan yang lalu. Percutian ini turut disertai sepupu dan kawan-kawan, kami seramai 5 orang semuanya. Dengan harga tiket promosi Airasia hari tu KUL-BUSAN-KUL yang hanya berharga RM541, maka bermulalah misi backpack kami ke pulau yang terkenal di Korea tersebut. Sebenarnya agak terkilan sebab aku ke sana hanya 3 hari 2 malam lantaran kesuntukan masa, cuti yang tidak mengizinkan. 

Pada hari kejadian, lebih kurang pukul 8.00 pagi kami selamat sampai di Gimhae International Airport, Busan Korea. Untuk ke Pulau Jeju, seeloknya dari Busan kerana lebih dekat berbanding dari Seoul. Keluar je pintu international arrival, kami ke bangunan sebelah iaitu terminal domestik untuk urusan pembelian tiket domestik ke Pulau Jeju.

Kat sana, kami survey dulu tiket flight yang paling berbaloi dan murah. Terdapat banyak domestic flight yang menawarkan penerbangan ke Pulau Jeju antaranya Jeju Air, Korean Air, Busan Air, Eastar Jet dan Asiana Airlines. Paling murah boleh dapat dengan harga sekitar RM250-RM300 untuk dua hala. Survey punya survey akhirnya kami menempah tiket Jeju Air untuk ke sana dan pulang dengan Korean Air.

Untuk makluman, Pulau Jeju terbahagi kepada dua bahagian iaitu barat dan timur. Bahagian barat mempunyai tempat tarikan seperti Hallim Park, Suwelbong, Spirited Garden, Mount Sanbang, dan Cheonjeyong Waterfall.

Bahagian timur pula mempunyai tempat tarikan utama seperti Seongsan Ilchulbong Peak, Manjanggul Lava Cave, Horseback Riding dan Sangumburi Crater. Dek kerana trip yang singkat maka kami memilih untuk melawat satu bahagian sahaja, kami sepakat untuk menjelajah kawasan timur Jeju.
Had my breakfast sebelum menunggu flight ke Jeju. Jangan  lupa, susu pisang.


Busan dari pandangan atas
Sesampai je di airport Jeju, kami ambil shuttle bus untuk ke hotel. Shuttle bus berlambak diluar airport Jeju so korang tak perlu risau cuma perlu pandai tawar menawar harga. 

Hotel yang aku tempah beberapa bulan sebelum melalui booking.com iaitu Jeju December Hotel terletak di Jeju New City dengan harga RM200 satu malam amat selesa dan puas hati, berbaloi. Part menarik bila travel ramai sebab boleh sharing bilik so just RM100 satu malam untuk seorang. 


Pulau Jeju bagi aku tak macam pulau sangat tapi macam berada di bandar Seoul sebab pembangunan yang pesat, traffic yang penuh kenderaan cuma bezanya takda rangkaian train tapi untuk dapatkan teksi tidaklah begitu susah.

Aku sempat bersembang dengan penjual kedai baju kat sana, dorang tak suggest mrnggunakan perkhidmatan bas sebab jadualnya kadang-kadang tidak menentu.


Dongmun Market

Selepas selesai check in hotel, destinasi pertama kami adalah Pasar Dongmun. Kami cuma mengambil teksi dari bus stop berhampiran hotel ke pasar Dongmun. Tambang teksi tak sampai 6000won so bila kongsi 5 orang lagila jimat.

Dihadapan pasar Dongmun, kat sini banyak jual buah-buahan segar dan Pulau Jeju sangat terkenal dengan buah oren. Buah orennya sangat luar biasa besar.

Ingatkan pantai timur je famous dengan budu, belacan & cencalok, Jeju pun ada tauuu

Pelbagai variasi kimchi


Tenghari tu kami lunch di restoran halal berhampiran hotel. Restoran makanan india, kalau tak silap nama restoran ni Maharaja. Maafkan masalah ingatan aku hewhewhew
Manjanggul Lava Cave

Hari kedua di Pulau Jeju, seawal pagi kami ambil pakej all-day-tour,  sewa kenderaan yang ditawarkan oleh hotel yang kami menginap dengan harga 120,000won untuk 8jam. Lokasi pertama adalah Manjanggul Cave.

Manjanggul Cave merupakan terowong lava paling menarik di dunia. Terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu, terowong ini kaya dengan berbagai bentuk batuan seperti stalagmite yang panjang dan lorong yang terbentuk daripada lava letusan gunung berapi.

Panjang terowong ini adalah 14,422m. Namun begitu hanya 1km daripadanya dibuka kepada para pelawat. Terdapat satu gua di sini yang mana di dalamnya terdapat seketul batu berbentuk penyu (Turtle Stone) yang berbentuk seperti Pulau Jeju.

Pelawat dinasihatkan membawa baju sejuk sewaktu berkunjung ke sini kerana suhu di dalam terowong yang rendah dan sejuk. Pemakaian kasut yang sesuai juga penting bagi mengelakkan anda terjatuh sewaktu meneroka terowong yang licin dan gelap.


Makan tengahari adalah termasuk dalam pakej tour ini. Kami dibawa ke restoran seafood yang terletak berhampiran Seongsan Ilchulbong dan sekali lagi maafkan aku kerana terlupa nama restoran ni kehkehkeh

Sup seafood ni sumpah sedap
 Seongsan Ilchulbong

Destinasi kedua pula kami dibawa melawat Seongsan Ilchulbong juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.

Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.

Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik.







Jeju Maze Land

Seterusnya kami dibawa ke Jeju MazeLand. Mazeland merupakan antara taman rekreasi yang popular di Korea. Jika korang teringin untuk mencuba permainan MAZE, bolehlah ke mazeland yang terdapat di Jeju. Mazeland ini juga sangat popular dan sering keluar dalam variety show Korea.




Coffe Breaks - Sugar Badang Coffe

Bagusnya pakej tour yang kami ambil ni adalah termasuk membawa kami ke Coffe shop yang terletak di pantai Iho di mana batu hitam kontras dengan zamrud-biru laut, Hagwi Coast, dan Pelabuhan Aewol. Pelabuhan Aewol ini juga menjadi tempat bagi rumah, restoran seafood dan kapal nelayan yang datang dan pergi. Pantai Hyeopjae juga dekat pelabuhan salah satu pantai yang paling popular di Pulau Jeju, nampak keindahan laut biru dengan pasir putih yang indah serta kincir-kincir angin yang besarrr. Nama Coffe Shop yang kami singgah ni 'Sugar Badang Coffe'. 



Sangumburi Crater

Selesai acara santai minum kopi sambil menikmati view, kami dibawa pula ke Sangumburi Crater. Tempat ni adalah kawah yang terbentuk dari letusan volcano. Tidak seperti Songsan Ilchulbong, Sangumburi meletus dengan pantas tetapi tidak mengeluarkan lava dan debu yang banyak. Pembentukan kon juga adalah kurang di sekelilingnya. Fenomena ini digelar maru di Korea dan Sangumburi adalah satu-satunya yang terdapat di negara ini. Masa terbaik untuk mengunjungi lokasi ini adalah di musim musim luruh dan musim sejuk sebab view ketika ni lagi ohsem. Bayaran masuk ke sini adalah 6000won.




Mysterious Road

Destinasi terakhir kami hari tu adalah Mysterious Road. Jalan paling misteri di Pulau jeju atau dikenali juga sebagai Dokkaebi Road terletak di kaki gunung. Dipanggil sebagai jalan misteri kerana apa saja objek termasuk kereta dan bas boleh bergerak ke arah bukit meskipun enjin telah dimatikan dan gear diletak pada mod Neutral.

Bagi cecair pula, ia akan mengalir mendaki bukit dan bukannya mengalir ke bawah seperti mana ditempat lain. Hakikatnya ini bukanlah magik tetapi disebabkan oleh ilusi optikal dan suasana di sekeliling yang menjadikan mereka yang berada di sini melihat semua objek bergerak ke arah bukit, meskipun sebenarnya objek tersebut bergerak menurun.


Setelah penat seharian menjelajah timur Pulau Jeju, kami pun pulang ke hotel dengan hati yang riang gumbira dan perlu melelapkan mata lebih awal kerana pagi-pagi buta esoknya kami akan pulang ke tanah air.

Bubye Jeju, ada masa dan rezeki lebih nak datang lagi hewhewheww

2 June 2016

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2016

Konichiwa!

Haippp Haippp..

Penat masih terasa, baru je minggu lepas aku pulang dari travel ke negara nippon seterusnya bersambung ke Jeju Island, Korea. Sementara semua masih segar di ingatan, cepat-cepat aku buka blog nak kemaskini entri Tokyo ni dulu.

Percutian singkat selama 4 hari 3 malam di Tokyo dengan aktiviti yang padat, penat! itu je aku boleh simpulkan. Flight Airasia yang mengambil masa 6 jam 45 mini dengan tiket promo yang sempat aku grab tahun lepas dengan harga RM721 dua hala.

Kami tiba di Haneda International Airport, Tokyo pada jam 10 malam. Cepat-cepat kami bergegas untuk proses imigresen dan kastam kerana takut terlepas train. Almaklum proses tu semua memerlukan korang beratur panjang. Untuk makluman train terakhir adalah pukul 11 malam.

Untuk mendapatkan train, keluar je pintu ketibaan nampak papan tanda Airport train, ikut je papan tanda tersebut. Aku pula nak ke tempat penginapan di Ikebukuro so terpaksa tukar line hijau, Yamanote Line untuk turun di stesen Ikebukuro.


Dalam train
Selamat sampai di Ikebukuro, ini jalan menuju ke apartment kami.
Inilah ruang tamu apartment yang kami sewa, rumah style jepun macam dalam citer doraemon tu.
Kuih feveret doraemon, Dorayaki hanya 100Yen ada dijual di 7E or family mart
Keesokannya pengembaraan bermula. Pagi-pagi lagi kami keluar, menaiki train ke Ueno untuk carik makanan halal, nasi ayam 'Chicken Man' di Ueno. Dengan harga 300Yen, boleh tahan sedap walau nasinya macam pulut. Lepas makan, kami ronda-ronda sekitar Ueno, kat situ ada banyak kedai-kedai menjual cenderahati. Pasar ikan pun ada, kebab halal pun ada, kedai buah segar pun ada. Aku sempat membeli tembikai yang dah dipotong, 100Yen satu potong, manis gile tak pernah aku jumpa tembikai manis camtu seumur hidup.
Depan aku tu adalah owner Chicken Man
pasar ikan segar
Kedai buah
Unik je teksi kat sini
Dihadapan pintu gerbang nak masuk ke Kedai Chicken Man, ada banyak gerai-gerai macam dalam gambar ni haa
Wajib, singgah HR! keluar stesen Ueno terus nampak HR Ueno
Selesai di Ueno, kami naik train untuk ke Harajuku Street pula. Kat sini ada banyak gerai-gerai mostly gerai pakaian dan gerai makanan ringan. Gerai menjual pakaian Harajuku Style iaitu style yang biasa penyanyi Gwen Stefani gayakan ala-ala macam gambar kat bawah ni, pelik memang aku tak beli mau mami aku halau dari rumah bila tengok aku pakai nanti.

Yeahh harajuku style
Beli street food ni haa apa org sebut tatau, dalamnya ada cheese.
Selesai window shopping di Harajuku, kami ke Shibuya pulak untuk mencuba lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia 'Shibuya crossing road' yang merupakan tempat shooting filem Fast & Furious 'Tokyo Drift. Memang sesak, sekali lampu pejalan kaki bertukar hijau, dah macam semut semuanya sibuk melintas dah la dorang ni jalan laju-laju.

Lepas tu kami ambil train balik ke Ikebukuro dan singgah makan malam di Restoran MalayChan yang menghidangkan makanan melayu. Restoran ni kepunyaan orang jepun tetapi beliau jatuh cinta dengan masakan melayu so beliau bukakla restoran ni dengan menggunakan pekerja melayu. Restoran ni juga adalah pembekal makanan untuk syarikat penerbangan jepun.

Di hadapan restoran Malaychan, Daging Masak Sos MalayChan  serius sedap, suggested! Tomyam tak menjadi sebab tak rasa macam Tomyam hahaa 
Hari ketiga pula, kami habiskan waktu seharian menjadi kanak-kanak di Disneyland. Untuk kesana, kami menaiki RJ train dari Ikebukuro dan transit di stesen tokyo untuk tukar train line merah dan turun di Maihama, Tokyo Disneyland.

Memandangkan orang jepun ni suka pergi Disneyland tak kira masa so boleh dikatakan setiap hari sesak je kat sini apalagi musim bunga dan musim panas, ketika inilah mereka akan mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti luar seperti, camping, mengunjungi Disneyland dan sebagainya.

Pukul 10 malam adalah kemuncak akhir dengan pertunjukan bunga api. Walau penat dan sempat main 6 permainan je dek kena perlu beratur panjang tapi tetap berpuas hati. Malam tu balik tidur dengan nyenyak sebab terlampau penat.

di hadapan pintu masuk Tokyo Disneyland.

Keesokan paginya, seawal pukul 7 pagi kami dah keluar terus check out apartent dan seterusnya menaiki train ke Shinjuku untuk simpan bagasi dalam loker di sana untuk semntara.  Destinasi terakhir hari ni, kami akan ke Kaki Gunung Fuji yeayyy untuk kesana kami menaiki train dari Shinjuku ke turun di Otsuki dan menukat train Fujiyoko line dan turun di destinasi terakhir iaitu Kawaguchiko.

Dari stesen Kawaguchiko, kami hanya berjalan kaki dalam 1 km jugakla untuk sampai ke Kachi Kachi Yama Ropeway iaitu menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan Gunung Fuji. Kereta kabel macam kat Bukit Bendera tu jugak haa. Memang memukau mata, pemandangan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko, SubhanAllah.

Turun je kereta kabel, ada satu restoran halal, Restoran Alladin menjual makanan indian style so kami makan tengahari kat situ.

Pemandangan Gunung Fuji
Dalam train Fujikyoko
Restoran halal ditepi tasik kawaguchiko


Petang tu, usai mengambil bagasi kami di Shinjuku kami terus ambil airport train ke airport untuk pulang ke Malaysia.



25 April 2016

Bercuti Ke Pattaya 2016 - Songkran

Assalamualaikum and hallu buns,

Pada setiap 13 April, penduduk Thailand khususnya yang beragama buddha merayakan 'Songkran Festival'. Perang air ni dirayakan dengan semua orang keluar beramai-ramai ke jalan-jalan raya dan bandar dengan saling menyiram air kepada sesiapa pun yang lalu lalang even pelancong dan yang kena simbah tak boleh marah tauuu.

Pada 15 April baru-baru ini, aku mengambil kesempatan untuk melihat sendiri suasana dan kemeriahan pesta tersebut even aku dilahirkan di Narathiwat, Thailand namun aku dibesarkan di Malaysia dan itu menyebabkan aku tidak pernah berpeluang melihat pesta tersebut. Kebetulan Airasia ada tawar murah tiket hanya dengan RM307 ke Pattaya untuk pergi dan balik so inilah peluangnya.

Kalau korang follower tetap blog ni (Ehekk perasan macamlah ade) tahun lepas aku pernah ke Pattaya tapi bukan musim Perang Air dan trip tu dari Bangkok singgah Pattaya dan ke Bangkok balik. Korang boleh tengok kat sini >>>  Bangkok & Pattaya 2015

Seperti yang direncanakan, pada 15 April tersebut aku menaiki AK840 dari KLIA2 terus ke Utapao International Airport, Chonburi Thailand. Penuh satu flight, ternyata nawaitu kami semua sama. Utapao Airport ni lagi kecik aje mungkin sama besar je kot dengan Subang Airport. Imigresen kaunter pulak ada dua aje, memak sesaklah time tu.


Selesai urusan imigresen, kami mengambil Airport Shutter dengan hanya harga 1200 Bhatt terus ke Pattaya Beach Road. Memang banyakla airport shutter kat airport tu dok menunggu. Lupa nak inform, dari awal aku telah tempah hotel di Beach Road thru Booking.Com iaitu Beach Front Hotel memandangkan Beach Road paling happening selain berdekatan dengan Hard Rock Pattaya, Central Festival Mall dan Walking Street. 

Sesampai je terus check in, tukar baju sedia untuk basah lencun dan terus keluar haaa semangat berkobar-kobar gitu orang cakap almaklum excited lebih kan. Jangan lupa, beli water gun 350Bhatt dan beg plastik nak taruk henfon dan purse takot basah 300Bhatt satu.



Memang havoc gile lah dorang ni, kiri kanan depan belakang kena serangan air bertubi-tubi tak cukup air, bedak pun disapu. Paling tak tahan, air sejuk ada ais tu haa. Nak marah tak boleh dah memang datang cari pasal kan, basah lencun.



Dah penat main air, kitorang makan pulak. Makanan halal of course payah sikit sekitar Beach Road tapi malam tu tekak teringin nak makan seafood so ada gerai ni hanya jual seafood bakar ajo cicah air asam perghhh sedap tapi harganya mahal sikitla. Kerang 1kg 400Bhatt, sotong bakar 300bhatt, ikan talapia bakar 200Bhatt, nasi 20Bhatt.

Keesokan pagi, awal-awal bangun sebab plan nak pergi Nong Nooch Garden dan Pattaya Floating Market. Keluar je hotel nampak banyak je teksi-teksi yang menunggu penumpang. Kena tawar-menawar sikitla. At last ada kakak ni setuju bawak kami ke destinasi tersebut hanya dengan 1200Bhatt untuk hantar, tunggu dan jemput balik ke hotel semula. Berbaloi dah harga tu. Perjalanan ke destinasi mengambil masa 35 minit.

Bayaran masuk 800Bhatt sorang.
Cantik sangat view Nong Nooch Garden ni kan kan kan tapi tak kose nak turun bawah cuaca panas chenggg


Macam-macam replika haiwan ada kat sini



supercar showroom, choppp mustang & gtr tu aku punya


Sedar tak sedar 3 jam setengah jugak pusing-pusing dalam ni, tengok elephant show, tengok persembahan kebudayaan, tengok taman bunga, tengok pameran kereta, itu pun ada lagi taman yang kami tak sempat pergi sebab fikir nak ke Floating Market pulak kan. Dari Nong Nooch Garden ke Floating Market 15 minit je dengan menaiki teksi kakak tadi yang setia menunggu kami.





Tak banyak makanan halal kat sini, aku jumpa sorang je phuyien pakai tudung jual pulut mangga halal. Aktiviti lain kami cuma bergambo dan melihat persembahan Muay Thai. Selama 2 jam jugak habiskan masa disini dan kakak driver taxi kami setia menunggu hahahaa.

Balik je kami singgah di Hard Rock Shop, macam biasa even sebelum ni dah datang beli.



Balik hotel, rehat-rehat then tukar baju untuk basah-basah lagi alkisah tak puas main air semalam kan. Kami makan malam dalam Central Festival Mall, ada dua buah restoran halal dalam tu.

Pekena coffee di airport sementara menunggu flight pulang ke Malaysia

Keesokan pagi after breakfast kat hotel, kami check out dan amek teksi untuk ke airport.