Alkisah Ogos tahun lepas ternampak Air Asia buat promosi sempena pembukaan new route ke Silangit, Danau Toba, sedar tak sedar aku terus terbeli tiket. Lepastu baru terfikir, mana mungkin aku pergi seorang diri terus aku post status di Facebook ajak sesiapa berminat. Lastly, sepupu aku dan 3 orang rakan sekerja nak follow. Kalau ikutkan, aku pernah ke Danau Toba 7 tahun lalu tapi dengan melalui Medan.
Day 1
Flight kami dari KLIA2 pukul 10.40 pagi, penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di sana, kami sepakat ambil airport trasfer sebuah avanza untuk ke Hotel di Parapat. Perjalanan akan ditempuh selama 2 jam dengan melintasi jalanan berkona dan juga berbukit. Tempat pertama kami singgah adalah Muzium TB Silalahi di Balige untuk foto-foto sebentar sahaja.
Setiba di hotel, terus check in untuk berehat, mandi dan solat dan sedia untuk ke tempat yang aku teruja sangat nak pergi iaitu Pulau Tomok, Pulau Samosir.
Pulau Tomok
Sesampainya di sana, kami menyewa ojek (motor beroda tiga) untuk bersiar-siar disekitarnya. Lokasi pertama kami ialah Perkampungan Batak Purba, Huta Siallagan berdekatan dengan Kampung Ambarita. Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.
Tips melawat Parapat, Sigale Gale, atau dimana-mana saja sekitar Danau Toba pastikan anda membawa kamera selain, duit yang cukup. Pemandangan disini terlalu indah dan tidak cukup sekadar dikenang dengan hati dan mata tetapi, harus dipotretkan agar kita mampu berkongsi keindahan tersebut dengan orang lain yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Selain itu, kawasan ini turut menyediakan banyak sekali kedai cenderahati atau batik asli tenunan suku Batak.
Usai semua aktiviti di pulau, kami mengambil feri yang terakhir sekali iaitu feri jam 7 untuk pulang semula ke Parapat.
Day 2
Hari kedua kami mulai dengan breakfast nasi goreng yang sangat sedap di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Berastagi dengan berhenti di beberapa lokasi menarik.
Simarjarunjung
Setibanya kami di Bukit Indah Simajarunjung, kami terkesima dengan pemandangan yang indah di hadapan kami. Apa yang menarik di sini terdapat pelbagai tempat yang direka untuk mengambil gambar. Tetapi harus membayar dalam sekurang-kurangnya 10,000 rupiah. Terdapat juga cara mengambil gambar yang sangat ekstrem seperti duduk di dalam buaian atau berbasikal di udara. Semakin menakutkan tempat tersebut semakin mahal harganya tetapi perasaan takut itu tidak setimpal dengan harganya. Dengan hanya bergantung pada dahan pokok yang tumbuh di lereng dan safety harness yang diikat pada pinggang dan dicangkuk pada tali buaian, saya belum sedia mengorbankan diri semata-mata mahu mengambil gambar.
Air terjun Sipisopiso
Pemandangan indah penghujung Danau Toba sungguh mengagumkan. Air terjun tersebut adalah salah satu punca kepada air di Danau Toba. Danau Toba adalah tasik yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat ratusan ribu tahun yang lalu. Kesan daripada letusan ini, banyak mega fauna (mamalia besar) yang pupus. Kesan positifnya pula, terbentuk kaldera yang lebih besar daripada Singapura yang kini menjadi pusat peranginan dan tempat orang Batak mencari rezeki. Sehingga kini, Danau Toba dikatakan masih aktif. Terdapat pengumpulan magma yang sangat besar di bawah Danau Toba menyebabkan kenaikan ketinggian tasik tersebut. Jika ia sekali lagi meletus, sudah pasti banyak hidupan akan pupus termasuk manusia.
Berastagi
Perjalanan diteruskan lagi untuk ke Berastagi dengan dihidangkan pemandangan indah Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Gunung Sinabung sentiasa meletus tetapi letusan tidak lama. kerana Sinabung adalah gunung berapi yang masih aktif. Ia meletus beratus kali setiap tahun dan ramai juga yang terkorban. Dalam perjalanan juga terdapat banyak kedai di tepi jalan yang menjual babi panggang (B2) yang harum semerbak. Kami hanya dapat melihat dari dalam kereta keunikan cara hidup mereka. Suhu di Berastagi sangat nyaman dan mungkin lebih dingin daripada Parapat.
Kami singgah dikebun strawberri dan buah jeruk (limau) untuk mengutip buah-buahan. Jika tinggal lebih lama di sini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki Gunung Sinabung dan Sibayak atau mungkin ke air terjun biru. Di Berastagi pula kami shopping souviner dan melihat banyak gerai buah-buahan tempatan.
Kemudian kami pun kembali pulang ke Parapat.
Day 3
Hari ketiga, seawal pukul 7 pagi usai breakfast kami terus bertolak menuju ke airport untuk pulang ke tanah air.
Boleh share x berapa bajet utk full trip ni?
ReplyDeleteHai Iftiya,kos yang terlibat:
Deleteflight tix : RM135 return
Hotel : RM90 seorang 3 hari 2 malam
Transport & makan : RM300 itu pun ada lagi balance
Biar btl? Taklah mahal mana ye. Bestnya
DeleteBrapa rm utk airport transfer? Then tour trip sendiri Naik motor ke atau by supir?
ReplyDeleteAirport transfer ambil di airport waktu sampai di sana, seorang 10k rupiah.Tour trip sendiri, sampai sana baru kami cari kereta/supir almaklum trip redah je.
Deletesalam..awk ada lg contact supir tu? berapa harga dari parapat ke berastagi tu ya?
DeleteAirport transfer 10k atau 100k seorang?
Ni backpacler ke ambik tour
ReplyDeleteHi nanies, backpackers kami redah je. Sampai sana baru cari transport.
DeleteAsalamualaikum JOM Silla tuan dan puan bila nak tempah pakej lawatan boleh PM kita orang 👇
ReplyDelete📲📞 Call/washap : +6285360873007
📠Email : sahbbiholiday@gmail.com
📠Email : holidaysahbbi@gmail.com
🎏 FB. : sahbbi holiday
Pakej lawatan harga ground murah Baloi :
➡️Pakej 5 hari 4 malam
➡️Pakej 4 hari 3 malam
➡️Pakej 3 hari 2 malam
Insya Allah lawatan percutian tuan dan puan selesa dan puas hati.... 😊😊😊😊😉😄 #berastagi
#tamansimalemresort
#mountvolcanosibayakhotspring
#gundaling
#laketoba
#negeriindahkepingansurga
#honeymoon
#cuticuti
#melancongmurah
#kakishoping
#kakijalan
#traveler
#backpakers
#cutisekolah
#melancongmedan
#wonderfulindonesia
#wonderfullaketoba
#nortsumatra
#visitmedan
Salam. Boleh tahu hotel ape yg cik duduk di sana?
ReplyDeleteWsalam..saya stay di Opriss Hotel
Delete