23 December 2014

Azam

2015 bakal menjengah, 2014 akan melabuhkan tirai. Realitinya serasa tiada beza sangat tahun apa, kerana jiwa aku statik sejak dari 2010. Bezanya cuma kadang-kadang aku rasa gagah perkasa dan kadang-kadang lemah tersungkur tak berjiwa.

Satu demi satu luahan, rungutan dan kejian atau entah apa-apa lagi yang boleh dilihat dalam meladeni hidup seorang bernama manusia, yang jelas manusia tidak akan pernah puas. Ada pasangan tapi pasangan ditinggalkan demi mencari yang lain dengan alasan tidak mengembirakan walau pernah hidup susah senang bersama. Ada pasangan tapi tidak pernah menghargai pasangan dan entah macam-macam lagi. 

Bila cuba jelaskan apa yang dirasa dan memberikan pandangan, kita pula dipersalahkan. Jadi, tiada guna cuba bersuara, diam dan senyum. Kita tidak seharusnya merungut apabila sendiri tak mampu mengatasi masalah yang dihadapi. Lebih enak lagi berkrim jika cuba berikan yang terbaik dan berusaha demi kebaikan sendiri, tak salahkan?

Sesungguhnya, ego itu bukan dapat memberikan kepuasan jika natijahnya sesuatu yang memakan diri kembali.

Cedera parah dulu, mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang dilalui. Kadang-kala kita perlu mengalah, tahan saja segala amarah. Aku tak mahu membunuh saraf dan neuron sebuah atma. Serahkan saja pada yang pakar lagi maha berkuasa untuk menulis takdir. Semoga 2015 sesuatu yang positif dan bahagia untuk aku, kamu dan kamu semua.

16 November 2014

Menyesal?

"Ya Tuhan, kenapa malang nasib aku ditemukan dengan manusia macam dia yang pandai berkata-kata tapi macam tiada hati dan perasaan buat aku terluka?"

Pernah tak sampai satu point kau diam dan terfikir, kenapa kau kenal dengan sesetengah manusia dalam hidup kau? Kau pun imagine if tak kenal dia, mungkin hidup kau tak miserable macam ni. Less drama, less problem. Everything will run smoothly and nicely. 

Salah!

Kalau kau tak jumpa orang ni, kau akan jumpa orang lain. Masalah tetap akan datang bersilih ganti dalam bentuk yang berbeza. Sebab kadang bukan dia, tapi kita sendiri pun akan cetuskan masalah. So, apa beza. Jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi dalam hidup. Setiap orang yang kau kenal akan ada sesuatu yang Tuhan tu aturkan untuk kau. Sama ada baik atau buruk, itu pilihan kau untuk ciptakan penguhujung dia. Kalau baik, ada sesuatu yang dia tinggalkan. Kalau buruk, ada sesuatu yang dia ajarkan. Yang mana hujungnya masih akan jadi baik sebab kau belajar dari apa yang dia ajarkan hasil dari keburukan tu.

Kalau ditanya, sepanjang hidup aku, menyesal atas sesetengah yang jadi tu mungkin, tapi menyesal kenal dengan orang tu tak pernah. Entah. Kalau aku tak kenal sesetengah orang ni, aku mungkin tak nampak sisi dunia yang lain. Sebab dunia ni memang satu, tapi punya banyak dimensi. Aku hidup dalam bulatan yang ini, orang itu punya bulatan yang lain, dan orang yang sana jugak punya bulatan yang berbeza. Dan kalau aku tak kenal dengan orang yang bikin sesak kepala pun mungkin graf hidup aku akan mendatar. Takde turun naiknya. Aku pun tak tahu kemampuan aku sejauh mana.

Menariknya dunia yang punya banyak jalan untuk kau rentas satu demi satu. Dalam melayari hidup, tak selamanya kau akan kekal bergerak ke depan. Kadang kau terjatuh atau lebih teruk tersungkur, kadang kau berhenti dan berfikir untuk kembali pada awal dulu dimana kau berdiri, kadang kau seperti ingin terus mati. Tak mudah rupanya dunia ni.



29 October 2014

Bercuti ke Phuket & Krabi 2014 (Qatar Airways with free & easy package)

Oktober..membawa aku sekali lagi ke Phuket & Krabi. Jika dulu bersama-sama family dengan menggunakan jalan darat tapi kali ni solo dengan flight. Paling menarik, ini adalah kali pertama aku fly dengan kambing gurun, Qatar Airways yang transit di Kuala Lumpur dari Dubai ke Phuket. Exclusive.

Lepas dapat gula-gula, dapat pula makan kebab..macam2 boleh request

Besaq..airbus

Pak Supir dah sedia menunggu..rasa macam orang kayo je
Sesampai je dah petang, aku terus di bawa ke hotel untuk check in. Lepas check in, aku dibawa ke restoran halal untuk dinner.
Antik sangat hotel ni

Tandas pun ekslusive & cantek

Aktiviti pertama di Bangla Road, apa yang ada kat sini cuma clubs dan pubs, tiger show, lion show. Sesiapa yang gemar aktiviti cenggitu sonoklah korang. Malam tu aku lepak di TaiPan Disco, ramai coyote kat sini.

Coyote dari TaiPan Disco keluar promote

Pondan Show


Hari kedua, pepagi lagi dah bangun untuk ke jeti naik cruise ke Koh Phi Phi, Krabi. Pakej ni hanya RM105 je seorang termasuk lunch and makanan ringan dalam cruise nanti. Ala-ala Titanic gitu. 2 jam perjalanan, aku pun sampai ke Marina Bay untuk aktiviti snorkeling. Lepastu terus ke Phi Phi Island untuk lunch dan shopping souvenir. Pemandangan cantik gila. 

Cruise yang aku naik



Pemandangan dari cruise
Esoknya aku cuma sewa motosikal untuk pusing-pusing sekitar Patong Beach sambil beli souvenir dan petang tu terus ke airport untuk pulang ke Malaysia juga dengan menaiki Qatar Airways.
  

Bye Phuket



21 October 2014

Jodoh


Jodoh tu rahsia Allah. Betul. Tapi jodoh tu sama juga macam rezeki. Kita kena usaha. Mencari jodoh bukan bermakna kita terlalu terdesak untuk berpasangan. Berpasangan itu fitrah. Perkahwinan itu sunnah. Malah ia menyempurnakan separuh dari iman kita.

Tapi kadang-kadang yang mahu mncari jodoh ni pun bukan tak pernah berusaha mencari. Cuma persekitaran mendesak mereka untuk berhenti. Mereka rasa rendah diri dan trauma kerana dilabelkan sebagai seorang yang terdesak, miang dan sebagainya. Ditambah pula dengan ayat penyata berbentuk cliche yang berupaya mengguris hati -- "HANG MEMILIH SANGAT KOT?"

Barangkali dia lupa. Dia sendiri pun dulu secara tidak sedar ada memilih juga. Tak kan lah sifat yang tak sepadan dengan kita pun, kita nak paksa diri terima? Dah tahu tak boleh kemana tak kan kita nak kayuh juga? Jodoh ni kalau kita bernasib baik tak payah jumpa ramai orang sangat, terus jumpa yang sepadan dengan kita, yang membuatkan kita merasa tenang, selamat dan selesa. Bagi yang kurang bernasib baik, dia akan bertemu dengan orang yang bermacam ragam pula. Kaki mengikis, kaki membohong, kaki bercakap besar dan sebagainya. Alangkan cari kasut pun kita cuba punya cuba dan akhirnya tak jadi beli. Inikan pula jodoh, yang kita akan berkongsi hidup, tilam dan bantal untuk sepanjang hayat.

14 October 2014

Stay

Asyik cakap pasal sedih, pasal patah hati, pasal nak move on, pasal curang lah. kali ni saya nak bagi penyelesaian kepada awak-awak yang tengah bahagia tapi macam tak berapa confirm je nak bahagia tu.

Are you in a great relationship but wonder if there's someone better out there for you?

Ya, betul, kita cuma manusia biasa. Kita takut kalau-kalau kita buat kesilapan dalam pemilihan terutama sekali dalam hal cinta. Apatah lagi kini kita hidup dalam persekitaran yang berfikiran: 

"Kau muda lagi. Tak payah fikir komitmen." 
"Carilah orang lain lagi, mana tau dapat yang lebih baik"
"Ramai lagi kat luar sana yang lagi baik dari dia"

Maka banyaklah jiwa yang jatuh dalam perangkap, kekal rasa ragu-ragu walau dah bertahun dengan orang yang sama uffff...

Pada aku, ada satu je perkara paling penting untuk mencintai orang yang kau tengah bersama sekarang ni.

Kau kena fokus kat apa ada pada dia, bukan yang takde. Merepek lah 'I want a guy/girl who..' tu. Kau mesti pernah dengar psikologi yang gelas half-full dan half-empty. Kalau kau jenis macam aku; half-empty glass, kau akan fikir atau list kan apa yang kau tak suka kat pasangan kau. Ini yang kita taknak. Kau kena betulkan balik perasaan dan minda. Ingat, kau dah pilih dia. Nak tukar-tukar buat apa. Kau ingat senang ke nak move on, suka orang lain, move on, repeat? Yang nak test market walau dah ada bf/gf tu pulak, aku cuma nak cakap pergi mati kau sana. Nanti jadi the one that got away, jangan menangis meroyan.


"The grass is always greener on the other side because it's fertilized with bullshit."

15 August 2014

Bercuti ke Hong Kong

Memang gila travel, orang sibuk beraya aku sibuk nak travel. Seminggu selepas raya aku fly ke Hong Kong include pakej ke Disneyland dengan Malaysia Airlines. Sampai je airport sana terus beli Octopus Card (Macam touch & go card) untuk mudahkan aku nak membeli di 7eleven dan naik train. Kemudian aku terus check in hotel untuk drop beg. Lepastu aku naik train sesaje melihat kawasan sambil cari makan.


Jadual untuk hari berikutnya ialah breakfast di Foo Lum Fisherman's wharf Restaurant iaitu restoran makanan laut yang menghidangkan Dim Sum terkenal di bandar Hong Kong. Orang kate tak sah datang Hong Kong kalau tak cuba makan Dim Sum. Boleh tahan la rasanya sebab ada macam-macam jenis inti.
Breakfast Dim Sum di restoran popular di Hong Kong katanya
Seterusnya aku di bawa ke Avenue Of Star di Tsim Sha Tsui ala-ala macam di Hollywood bezanya sini hanya selebriti Hong Kong je ada. Orang cakap malam pun cantik kat sini. Aktiviti di sini snap snap snap je sebab ada banyak bekas tapak tangan selebriti. Aku kenal Jackie Chan, Bruce Lee je.



Yang membosankan bila ikut pakej travel agency ialah dia bawa kita ke tempat kite tak suka, tempat yang dia dapat komisen lebih. Aku dibawa ke Kilang Coklat & Kilang Barang kemas. Sumpah membosankan. Lepastu aku dibawa ke The Aberdeen Fishing Village. Kat sini aku naik bot style lama-lama nelayan dorang guna untuk pusing-pusing sekitar kampung nelayan tu even pembangunan pesat kiri kanan tapi still cantik pemandangannya. Tengah-tengah sungai tu pulak ada Jumbo Restaurant, restoran makanan laut kepunyaan jutawan hong kong.

Jumbo Restaurant, restoran terapung

Petang tu pula aku ke The Peak, untuk lihat pemandangan keseluruhan Hong Kong dari aras bukit. Memang cantik dengan bangunan pencakar langit dengan view lautan dan pelabuhan. Tujuan aku ke The Peak adalah untuk ke Hard Rock Shop, macam biasa kumpul t-shirt. Dah alang-alang dalam bangunan sama, aku masuk Madame Tussaud snap snap dengan patung-patung lilin. 

Malam tu aku ke Ladies Market di Mongkok dengan menaiki train untuk shopping souvenir. Memang murahla sini lepastu dinner di restoran halal, Miss India. 

Hari berikutnya, coaster datang jemput aku di hotel. Hari ni sampai malam aku akan habiskan masa di Disneyland yeayyy. Kawasannya luas, penat berjalan so korang jangan nak berangan catwalk pakai sepatu tinggi. Lebih kurang macam di Universal Singapore tapi sini lagi banyak permainan outdoor. Yang indoor pulak aku prefer di Universal Studio Singapore. 

Pintu masuk


Untuk makanan halal toksah dok risau, terdapat dua restoran halal dalam Disneyland ni. Lepas makan sambung play-play lagi, seronakkk.

Lunch aku di Disneyland, janji kenyang.
Lastly acara kemuncak, pukul 9 malam setiap hari di Disneyland ni adalah acara bunga api. Semua berkumpul untuk melihat acara yang ditunggu-tunggu ni, suasana sesak. Puas hati, hampir setengah jam pertunjukkan bunga api berirama dan kemunculan watak-watak disney amat seronok. Tamat sudah agenda hari ini.


Hari last, pepagi dah ke airport untuk balik Malaysia. Breakfast di airport je sebab ada satu restoran halal, Popeyes Restaurant di sini.


30 May 2014

Bercuti ke Bali, Indonesia

Kali ni aku travel tak guna travel agency, sendiri je lebih senang. Melalui seorang kawan yang pernah pergi Bali, aku dapatkan contact Pak Supir sana dan aku booking hotel melalui agoda. Flight aku petang dan lebih kurang 7 malam aku sampai sana dan terus pak supir bawak aku dinner.

Dinner hari pertama
Kemudian, check in hotel di area Kuta. Sengaja aku stay area tu sebab nak dekat dengan Hard Rock dan pantai. Malam tu after drop beg terus aku ke Legian untuk lihat night life. Banyak club dan pub terbuka kat sini. Aku lepak di Vi Ai Pi Club sambil cuci mata tengok liveband.


Hari berikutnya pagi-pagi dah keluar selepas breakfast di hotel. Destinasi pertama setelah 2 jam perjalanan ialah Padi Bukit yang berteres-teres. Cantik sangat. Lepas snap-snap gambar seterusnya aku dibawa ke Ladang Kopi. Aku ditunjukkan cara membuat kopi dan jenis-jenis kopi. Paling popular kopi luwak, kopi dari najis musang, mahal gilos lebih kuran RM30 secawan nasib aku tak suka.

Perjalanan diteruskan ke Gunung Kintamani, gunung berapi yang disekelilingnya tasik. Udara sejuk dan pandangan yang indah, kombinasi yang lengkap. Sebelum pulang hotel, pak supir bawa aku ke kedai-kedai yang jual lukisan tangan. Cantik dan menarik tapi aku tak minat nak beli sebab susah nak bawa pulang dan satu lagi sebab mahal.

Gunung Kintamani
Hari berikutnya aku dibawa ke Tanah lot. Kuil yang unik ditengah-tengah laut. Pemandangan cantik. Kemudian ke Kuil Uluwatu dengan keunikan kuil style purba, cantik sangat. 

Tanah Lot
Beruk dan monyet banyak gila di Uluwatu Temple

Uluwatu temple yang cantik pemandangannya

Tak lupa aktiviti wajib aku harus shopping di Hard Rock untuk tambah koleksi.



Lepas breakfast untuk hari last ni aku dibawa ke Nusa Dua Beach untuk aktiviti pantai. Seterusnya ke Jimbaran Beach untuk dinner sambil tengok sunset sebab malamnya aku dah fly balik Malaysia.





18 May 2014

Mengalah


Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah.  Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah. 



Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.

Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'. People will get what they deserve in life. Remember? Jadi Tuhan mungkin rasa aku belum layak untuk rasa bahagia. Simple. 



Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah  dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, aku rela undur diri.



Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan. 

I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.

Bertenang...

1 April 2014

April

Rasa baru semalam April 2012 dan hari ni April lagi untuk 2014. Banyak juga yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.

Tapi kali ini berbeza sedikit. Kali ini rasa rabak dia lain macam. Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. 


Maaf, seratus kali ucapan maaf saya ucapkan jika selama ini mungkin kelihatan saya ini keterlaluan orangnya, kurang sabar hatinya tapi dengan keputusan ini bukan tanda saya tak sayang.


Tak pernah sekali awak berbicara tentang apa yang terjadi, apatah lagi mahu berbicara mengenai apa yang awak rasa dalam hati dan perancangan kita suatu masa nanti. Mula-mula kawan, lepas tu saya pun dah keliru apa dah jadi. Tapi seperti biasa, awak cakap biarlah masa yang menentukan semua ini.


Tapi kadang-kadang, dunia seolah-olah membuat satu konspirasi. Bila kerap kali sesuatu terjadi tapi kamu terus mengelak dan cuba sembunyi. Bila sudah acap kali mulut membuat sumpah tidak mahu berjanji, di pengakhirannya kita masih di sini. Masih lagi dalam persimpangan dilema, masih lagi di takuk yang sama, mungkin masih lagi tak tahu apa yang menanti di kemudian hari. Dan bila ada jarak sebagai pemisah, saya pun mula makan hati.


Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me. Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan tapi tiada sekelumit pun saya nampak awak ke arah itu. Jadi, ia umpama tiada satu dahan pun untuk saya bergantung dari jatuh ke dalam gaung, yang ada cuma suara kamu sahaja yang mendokong dan itu tak dapat selamatkan saya. Akhirnya, saya terus terjatuh. 


Ini semua bukan makian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. April ini memang bulan pengakhiran, saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kita bermula dengan kawan, diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal sebagai kawan.

25 February 2014

Bercuti ke Jakarta & Bandung

First trip ke oversea tahun ini adalah ke Jakarta seterusnya ke Bandung. Trip yang juga ditaja oleh jabatan secara berkumpulan tapi aku angkut my parent, my cousin dan my sweetsour heart sekali. Tapi dah nama berkumpulankan so aku kurang gemar sebab banyak kekangan.

Kami fly with Malaysia Airlines dari KL ke Soekarna Hatta International Airport, Jakarta. Setibanya di Jakarta kami menaiki bas ke Magga Dua untuk aktiviti shopping. You know, aku tak suka shopping tempat yang sesak macam tu. First penilaian aku untuk Jakarta sorry to say ia  sesak, maju dan kotor.

Seterusnya kami bergerak terus ke Bandung tapi ya ampun, jalanraya macet (jammed). Huru hara betul jammed kat Jakarta ni. Perjalanan sepatutnya 2 jam menjadi 4 jam. Malam baru sampai ke Bandung terus check in Verona Palace Hotel.


Esok pagi buta dah bangun untuk ke ke Tangkuban Parahu. Orang cakap tak sah kalau first time ke Bandung tak ke sini. Kat sini dapat lihat pemandangan kawah gunung berapi dari atas gunung berasap-asap tapi sejuk je udara kat sini. Bau belerang meresap ke hidung. 
Bergambar kenangan di puncak gunung

Kat atas gunung ni pun banyak orang jual cenderamata tapi nasihat aku kena pandai tawar-menawar, letak harga paling murah gila dan kena buat tegas kalau tak sesaje je kena kencing. Selepas 2 jam kat sini seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pasar Baru hmmm shopping lagi kat tempat sesak.

My abah & my mummy yang suka shopping, anaknya tarik muka dah.
Seterusnya kami lunch and ke ke rumah mode, toko tiga dan aktiviti bebas di Cihampelas Walk. Okey lega, akhirnya inilah tempat shopping yang aku suka. Tenang untuk memilih dan barangan yang dijual juga kena dengan citarasa aku.
Seronok pilih shawl yang menarik dan murah kat sini

Dinner kami dan minuman apolkat tak pernah lupa order jika ke Indonesia

Esoknya kami bertolak ke Jakarta semula dan sempat shopping di apa nama mall tu aku lupa. Rasanya aku dah ceritakan semua kot. Sini sahaja pengalaman aku kali ini di sini.










15 January 2014

Kata-kata

Dia kata malam masih muda
Tapi aku bilang kita dah tak muda

Dia kata hati penuh sayang
Tapi aku tanya berapa banyak sayang?

Dia kata hanya tinggal kasihan
Aku diam; yang mana lebih kasihan?

Dia kata sukar nak buat pilihan
Aku terfikir, "Owh, aku cuma pilihan."

Dia kata sentiasa wujud rindu
Aku tahu aku lagi punya seribu rindu

Dia kata....
Aku suruh berhenti, jangan berkata
Mungkin cukup sudah banyak yang diperkata
Sampai apa yang keluar bukan lagi kata-kata
Adakah aku yang terlebih berkata
Atau dia yang terlalu kurang mengeluar kata
Setiap kata membina kata yang lain
Sehingga yang tinggal hanya kata-kata
Yang mana tahu entah punya maksud di sebalik kata atau tidak. 

13 January 2014

Kejam

I hate the reality that sometimes aku dengan significant other dipisah oleh pelbagai tuntutan dunia, apatah lagi disaat aku perlu. 

Dunia ni kejam.
Aku benci.

Kadang kadang aku rasa aku nak berhenti buat semua. Biarlah aku berlawan dengan dunia. Berhenti kerja, berhenti belajar. Dan duduk di celah ketiak dia adalah kemenangan yang akan aku julang tinggi tinggi. Ketika itu aku akan mencebik jelik terhadap dunia. 

Hey dunia ! Engkau dah pun tewas.

Namun apakan daya. Segalanya cuma fantasi yang diangankan aku buat mengubat luka yang ditoreh realiti. 

Realitinya, dunia tetap kejam. 
Aku benci.
Aku yang namanya perempuan, yang selalu merindu dan perlu, yang lemah ditinggal sendiri, yang tidak kuat hati mendepani realiti, akhirnya menyeka butir butir berjejehan. 

Dunia telah menang.