11 November 2015

Kabur

Tak faham, tahap aku tak faham ni ibarat makan pizza cicah budu. Tiada hala tuju, no ending story even aku tak boleh sentuh bab serius tu depannya dah macam part sensitif  tak macam dulu. 

Bila dah menjalani satu tempoh yang agak panjang, ditambah segala macam dugaan datang tipulah kalau cakap tak kesah langsung apa nak jadi after beberapa fasa bersama. Berapa lama agaknya boleh bertahan dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa?

Kalau cakap perlu tunggu dan tunggu tapi ntah bila pun macam buang masa juga kan. Inilah part susah dalam hubungan serba kabur. Tak nampak sign yang boleh kita ambil tindakan.

Di sini beberapa faktor dah sedia nampak dari awal walau samar-samar. Jangan fikir hanya dalam drama je rupanya wujud manusia yang tak ingin ada komitmen atau kata lain terikat. Manusia yang rasa ingin bebas lakukan apa sahaja tanpa perlu peduli nak jaga hati manusia lain.

Beberapa part aku boleh sabar je tapi ada beberapa part lagi tu memang tak boleh bagi muka, tak boleh tolak ansur sebab aku cuma manusia biasa. Kerap kali juga aku mengalah sebagai bukti aku ikhlas. Jika bermacam cara masih seolah tidak dipandang mungkin aku tidak diperlukan.

Tarik nafas dalam-dalam, tawakal dan lepaskan. Jika tali yang menghubung masih tegar walau dilapisan kabut awan, aku hanya perlu sabar dan nantikan. Kita tak punya kuasa untuk tentukan kapan terakhir perjalanan. Tiada yang bisa kalau melibatkan rangkai kerja Tuhan.


Semoga sabar tetap menebal.
Semoga kudrat terus kuat.

1 November 2015

Bercuti Ke Phuket & Phang Nga 2015

Assalamualaikum,

Dah macam percutian wajib pulak  ke Phuket ni. Tahun lepas pergi bulan Oktober juga dan tahun ni pun sama bezanya kali ni aku jadi ketua rombongan bawak 11 orang bersama-sama. Satu lagi beza, tahun-tahun sebelum pergi dengan menaiki jumbo van guna jalan darat dan tahun lepas pulak pergi dengan pakej termasuk fly dengan Qatar Airways. Tapi kali ni backpack pula ramai-ramai, Dari mula-mula plan, booking hotel dan transport semua aku uruskan sendiri untuk ahli rombongan cik kiah ni. Details seperti berikut:

AirAsia Flight - RM307 perpax round trip
Hotel               - RM 220 for 2 nights - Baramee Resortel (Booking.com)
Transport        - phuketshuttle.com (1200Bhatt  untuk 8 orang)

Pada hari kejadian kami seramai 12 orang berkumpul di KLIA 2 seawal jam 5.30 pagi coz our flight pukul 7.15 pagi.

Sesampai di Phuket International Airport, dah ada minibus yang menunggu seperti mana aku tempah sebelum ini. Tapi berlaku sedikit peristiwa tak terduga yang aku kira kesilapan. Aku terlupa nak update untuk maklumkan kami semua 12 orang yang mana sebelum ini aku maklumkan 8 orang (Sebab 4 orang lagi ahli rombongan cik kiah ni last minit join) kepada pihak transport. Lelaki yang menunggu kami di airport benarkan 8 orang je naik minibus, lagi 4 orang diorang suruh naik teksi atau kenderaan lain. Apa yang buat aku agak kecewa, actually minibus tu still muat lagi untuk 4 orang, masih terdapat kerusi kosong well ini bukan pertama kali aku ke sini dan menaiki minibus. Driver yang drive minibus pun ajak kami naik tapi yang tunggu kitaorang ni pulak larang and marah konon atas alasan safety eehhh safety la kunun macam aku tatau minibus tu boleh muat maksimun 15 orang. Malas nak bergaduh panjang lebar cerita so kami lagi 4 orang ambil teksi. So, im not suggested phuket shuttle, bad experienced bad service!


Sesampai di hotel, kami check in di Baramee Resortel, simpan beg. Bilik yang sangat selesa dan besar siap ada swimming pool. Nampak luaran biasa-biasa saja tapi didalamnya ohsemm so amat puas hati. 

Hotel ni aku pilih berdasarkan lokasi yang strategik berhampiran masjid dan terdapat banyak restoran halal disekitarnya selain harganya yang berpatutan, 


Selepas tu, kami sewa motosikal nak pusing-pusing sekitar Patong. Harga sewa motosikal semurah 150Bhatt sehari, Apalagi kami pun pusing-pusing sampai pening sekitar Patong Beach dan lepas pening jadi lapo pulak pastu cari kedai makan.



Banyak je kedai halal kat sekitar Patong ni aspecially dekat-dekat masjid ada sekitar 4 atau 5 buah restoran halal.


Lepas dah penat pusing-pusing dah kenyang makan, kami pun balik hotel pastu tido hahahaaa..


Dah bangun tido petang itu pulak, kami bersepakat untuk berkelah di Patong Beach sambil lihat aktiviti petang di situ. Ada gerai muslim jual nasi goreng, ayam bakar, daging bakar dan ikan bakar. Aku beli 'Pla sabak phau' bakar macam ikan mackarel gitu sedappp rasa lemak je makan dengan nasi cicah sos, tak lupa aku beli som tam dan air kelapa. Nikmat betol berkelah petang tu reramai di tepi pantai yang indah.

Malam tu pulak kami pusing-pusing bangla road & shopping di Jungceylon Mall. Sebelum balik kami singgah di booth pakej trip ke pulau yang berhampiran hotel kami. Kami sepakat ambil pakej James Bond Island, Panak Island & Hong Island. Pulau-pulau ini terletak di wilayah Phang Nga. Elokla sebab aku belum pernah ke sana lagi, tahun lepas aku dah pernah ke Phi Phi Island.

Keesokannya seawal 7 pagi ada transport yang termasuk dalam pakej tersebut datang jemput kami di hotel untuk ke jeti menaiki bot.

Apa yang best dalam bot besar ni ada macam-macam makanan ringan & minuman, sambil menikmati perjalanan menuju ke destinasi sambil melihat view pulau-pulau yang unik dan indah sambil itu juga boleh ngap kuih muih buah buahan dan air kopi atau teh atau pelbagai pilihan air sejuk. Yang pastinya semua free dan halal termasuklah makan tengahari. Sedapnya masakan thai huhuu

APa-apa pun memang exciting dan seronok sangat pakej ni sampaikan kalau nora pun bagi 10 bintang kot. Sampai je bot besar di Hong Island & Panak Island maka kami pun menaiki kanu untuk masuk ke dalam celah-celah batu dan gua. Teruja sangat dapat lihat kejadian batu yang berbentuk unik seperti bentuk gajah, ikan dan macam-macam lagi. Masuk gua pulak memang menakutkan, dah la gelap bawahnya pula laut serammmm dengan bunyi dan bau busuk kelawar tapi seronok heheeee

Hong Island

Panak Island

James Bond Island

Jangan risau untuk muslim, di James Bond Island ada disediakan surau untuk solat.
Selepas tamat semua aktiviti laut, kami pun balik dan sampai di hotel pukul 5 petang. Rehat-rehat dan sambung mandi kolam pulak. Malamnya kami makan seafood, Lobster, udang, sotong, ikan, kerang dan segala seafood kami belasah semuanya berjumlah 7870Bhatt sekitar 8ratus ringgit Malaysia. Ok puas hati lepas dah kenyang kami pusing-pusing ke bangla road lagi.


Hari terakhir berikutnya check out hotel pukul 12, lunch di restoran berdekatan dan ambil minibus (Yang pastinya  bukan dari phuketshuttle) semurah 1200Bhatt untuk 12 orang termasuk singgah shopping souvenir, singgah di di up and down house dan Phuket Premium Outlet. Sangat puas hati dengan minibus yang aku ambil time balik ni dan aku sarankan jika backpack ramai-ramai macam aku dan nak ambil minibus, elok sampai airport sana baru cari dan pastikan pandai deal jangan mudah tertipu. Banyak je transport yang ada janji kita pandai deal even speaking macam ayam itik hahaaa.

10 October 2015

Bahagia

Ada orang mempunyai keluarga yang serba mencukupi. Punya rezeki untuk peroleh zuriat yang ramai. Punya suami yang rajin membantu dengan urusan rumahtangga. Cuma satu hal sahaja yang kurang. Kemewahan wang ringgit dan harta benda. 

Seseorang yang lain pula, punya suami bergaji kecil. Kalau inginkan apa-apa perlu berusaha sendiri kerana kadangkala makan pakai pun tidak mampu ditanggung suami. Setiap bulan akan defisit. Maka berhempas pulas dia berniaga. Bukan sahaja urusan anak anak dan rumahtangga, malah urusan mencari wang juga sama terbeban dibahunya.

Seseorang lagi pula, punya kemewahan harta benda yang tak akan habis. Punya anak, tetapi anak tunggal dan jauh pula dari mata. Punya suami, tapi jarang ada di rumah. Sudahlah sibuk dengan kerja, masa yang ada perlu dibahagi dua pula kerana suaminya beristeri dua.

Seorang wanita yang lain pula, tinggal sendirian walau usia sudah separuh abad. Jodoh tak sampai sampai. Ada kerjaya, ada wang, punya masa yang banyak dan hidup bebas  tapi kesepian. 

Bahagiakah keempat-empat wanita ini?

Sungguh manusia dan hidup itu tiada yang sempurna, ada kelebihan dan kekurangan. Sejauh mana pula wanita-wanita ini mendapat kebahagiaan? 

Bahagia itu datang dari satu sumber sahaja iaitu dari hati atau keseluruhannya diri sendiri. Bagaimana pula hati itu boleh bahagia? 

Bersyukur.  

Ya, dengan cara bersyukur maka kita akan rasa bahagia dan nampak keindahan hidup serta hikmah terkandung dalamnya. Kita akan merasa bahagia apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada. Berhentilah mencongak-congak apa yang kita tak ada. Berhentilah membanding-bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Ada hikmah apa yang kita ada dan tiada kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Hidup ni dah cukup asam-garam-gula nya. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang lain untuk melengkapkannya menjadi menu yang kita idamkan. Bahan-bahan untuk membuat tomyam manakan sama dengan bahan-bahan untuk membuat rendang.

Hargailah apa yang ada dan berbahagia.

22 September 2015

Tips Bercuti ke Turki

Merhaba..

Ewahh dah speaking Turki. Memandangkan aku akan ke Turki beberapa bulan lagi, maka inilah masanya untuk aku buat persiapan, survey apa yang patut dan catatkan segala keperluan. Almaklum ini kali pertama aku akan travel lama, 9 hari. Turki sebahgian Eropah sememangnya salah satu destinasi percutian yang popular akhir-akhir ini terutama Istanbul tambah-tambah sejak realease filem 'Istanbul aku datang' kan, Selepas study serba sedikit so disini aku senaraikan tips untuk bercuti ke sana:

Bahasa

Orang Turki kurang fasih berbahasa inggeris so agak sukar jika nak deal time shopping macam ayam dan itik la gayanya jika begitu. Oleh itu, sebaiknya sebelum ke sana, aku belajar dulu beberapa bahasa mudah Turki. Contoh percakapan harian bahasa Turki:

Asyura   : Merhaba (Halo/Hay)
Ali        : Merhaba (Halo/Hay)
Asyura   : Nasılsın? (apa khabar?)
Ali        : Teşekkürederim, İyıyim, Sen nasılsın? (terimakasih, saya baik, kamu apa khabar?)
Asyura  : Teşekkürederim, Ben de iyiyimAdin ne?
     (terimakasihsaya juga baiknama anda siapa?)
Ali        : Adım Ali. Senin adın ne? (nama saya Alianda namanya siapa?)
Asyura  :Benim adım asyura (nama saya Asyura)
Ali        : Tanıştığımıza memnunoldum (senang bertemu anda)
Asyura  : Ben de memnunoldum (saya juga senang bertemu anda)
                 görüşürüz kendine iyi bak (sampai jumpa lagi jaga dirimu baik-baik)

Cewahhh...

Makanan

Bab makan ini paling penting bagi aku yang kuat makan dan suka mencuba makanan baru. Turki negara islam dan makanannya inshaAllah 99% halal, Banyak restoran yang menjual pelbagai makanan arab dan makanan barat yang aku boleh cuba. Kebabnya sedap tetapi bagi orang asia yang suka makan burger dan kebab dengan sos cili agak kecewa sebab di sana mereka tidak sediakan sos cili kalau ada pun sos tomato itupun jika anda bernasib baik kerana orang Turki tidak suka pedas.

Makanan disana agak mahal even kebab pun paling murah 4-6lira.

Makanan asia pun turut dihidangkan di beberapa buah restoran tapi agak dukacita jika anda teringin nak makan seafood seperti udang, ketam dan sotong sebab orang Turki tak makan seafood. Mazhab orang Turki tidak memakan makanan laut kecuali ikan. Sebab itu jika anda ke pasar di sana hanya terdapat ayam, daging dan ikan sahaja.

Cuaca & Waktu

Turki merupakan negara perubahan 4 musim dan bulan Disember hingga Februari merupakan musim sejuk di Turki. Memandangkan aku akan ke Turki pada hujung Januari, iaitu musim sejuk maka persiapan dari segi pakaian tebal, kasut boot, gloves perlu dibawa. Selama 9 hari disana kemungkinan salji akan turun. Salji ni macam hujan juga, bukan boleh kira bila dan lama mana dia nak turun kan yang penting get prepare awal-awal.

Waktu di Turki pula adalah lewat 5 jam daripada waktu Malaysia.

Membeli-belah

Apa yang aku pelajari hasil travel selama ini, sememangnya tour guide dapat komisyen dari pekedai jika bawak kita ke mana-mana kedai tersebut. Begitu juga jika ke Turki sebaiknya jika ke Grand Bazaar atau Spice Bazaar anda akan dapati harga lebih mahal berbanding jika anda shopping di luar atau di super market so bagus kiranya shopping di luar bazar and jangan lupa untuk bargain to get the best price. Peniaga-peniaga di pasar Turki agak garang-garang tau so bertabahlah ketika shopping ye.

Kalau di Malaysia 6% cukai GST dikenakan tapi di Turki 18% dan tahukah anda kita sebagai pelancong boleh claim balik tax yang dikenakan ketika shopping di sana dengan syarat anda simpan resit shopping tersebut. A nda boleh claim di kaunter Tax Free Refund di Airport Istanbul atau anda juga boleh menunjukkan pasport ketika melakukan pembayaran di kaunter shopping complex.

Kemudian part wajib bagi aku, aku mesti sampai Hard Rock Cafe Istanbul  hehee..disini aku lampir siap-siap peta ke sana.


Matawang

Turki menggunakan Turkey Lira, USD dan Euro. Lagi jimat kalau anda menukar duit lira di Istanbul dari di Malaysia tapi jangan tukar di Airport kerana pertukaran mata wang yang rendah. Kadang-kadang mereka menerima duit Euro tapi anda akan rugi jika membayar menggunakan mata wang Euro. Bila dah sampai Turki, tukarlah duit anda ke Lira, lagi senang nak berurusan tau. Jika ada master card atau visa lagi okay jika digunakan untuk nilai pembelian yang besar kerana pertukaran duit yang rendah.

Kemudahan Awam

Tandas awam disana agak mahal so disarankan gunakan tandas free hanya di restoran, hotel atau stesen minyak sahaja.

Wifi agak susah di Turki even di airport pun payah gila kecuali di Starbuck. Jika nak gunakan wifi free hanya ada dalam bas dan hotel jelah.

Public transport di Turki ada banyak, metro, tram, bullet train, bus sehingga ke teksi. Cara terbaik untuk menggunakan public transport adalah dengan membeli istanbulkart iaitu kad ekses untuk naik apa-apa public tranport disana. 


Lain-Lain


1. Aku baru tahu, rakyat Malaysia tak perlu memohon visa, kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Untung jadi rakyat Malaysia kan,



2. Hati-hati jika memilih restoran, pastikan restoran tersebut mempunyai tanda harga.




3. Terdapat ramai peminta sedekah pelarian Syria, jika di layan makin ramai yang datang mengerumuni anda dan ada jugak dengan cara menjual buku panduan melancong. 




Aku rasa itu sahaja yang perlu aku notakan setakat ini. Untuk destinasi yang aku akan pergi dah tak perlu risau sangat sebab pergi dengan menggunakan pakej so semua dah disedia dan dijadualkan termasuk hotel.

Update:
Sila layari Bercuti ke Turki 2016



9 June 2015

Kisah Hati


Ni cheq nak habaq mai...

Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa bahagia. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa sakit dan ngilu. 

Ewah ! Dramatik.

Kita pernah fikir tak kenapa kadang-kadang hati kita rasa tak gembira? Pernah? Kalau hati kita sakit, sedih, yang pertama sekali pasti kita akan menuding jari kepada orang yang menyebabkan hati kita sakit bukan? 

'Si Ali ni yang buat hati aku pedih. Jahanam betul Ali. Selama ni kita tatang-tatang hati dia, tapi hati kita? Sikit pun dia tak ambil endah. Penting dirinya si Ali ni ! Mati lagi baik la Ali. Tak payah aku nak sakit-sakit hati. Tak payah aku nak cinta rindu ke engkau hari-hari walaupun kadang-kadang engkau buat aku benci.'

Ewah ! Dramatik lagi sekali.

Well, orang seronok asyik masyuk bercinta ni memang akan jadi dramatik sekali sekala tak gitu? Pernah tak kita fikir, kenapa didatangkan kepada kita orang yang seperti Ali? Kalau hati kita sakit, sedih, pedih, siapa yang kita cari?

Yes! Kawan-kawan. Tak habis cerita dengan kawan yang nama dia A, kita sambung bercerita ke kawan kita yang namanya B. Kemudian hati kita tak elok-elok lagi, kita takut A dengan B bosan dengar cerita kita, kita cerita pulak ke C. Kita bercerita kepada orang sampai hati kita rasa lega Kan?

Jangan nak tipu sangat lah. Orang perempuan memang sikapnya macam itu. Sebab itu ramai orang perempuan lebih panjang usia dari orang lelaki. Kalau masalah datang ke dia, dia share dengan orang lain sorang sikit ngeh ngeh ngeh. Paling tidak pun, dia akan share di status facebook dan twitter. Kalau nak panjang lagi, dia tulis dalam blog OPSSS!

Baiklah. Berbalik kepada cerita hati tadi.

Hati kita ni, sakit ke, riang ke, sihat ke, gembira ke, sayu ke, sedih ke, berdukacita ke, masih lagi hati itu berada di dalam jasad kita. Apabila ia berada di dalam jasad kita, maka ia merupakan sebuah amanah kepada kita. Jadi siapa sebenarnya yang kena jaga hati kita? Kita sendiri atau Ali?

Jawapannya tentu lah KITA.

Hehehe nampaknya ada yang mengomel sengsorang. Tak puas hati lettew. Memang! Kalau Ali sayang ke kita, Ali kena jaga hati kita. Ali mesti jaga hati kita. Cuma itu sahaja lah penanda aras kasih sayang Ali ke kita. Tapi kita kena ingat, Ali seorang manusia biasa, juga seorang lelaki. Manusia sifatnya tak sempurna. Manusia kadang-kadang lalai. Alangkan dengan tuhan pun kadang-kadang kita lalai, apatah lagi dengan manusia. Jadi pada setiap kalinya disakitkan hati kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk merawatnya kembali. Soalnya? Bagaimana mahu merawatnya? Adakah dengan bercerita akan perihal masalah antara kita dengan Ali kepada A, B dan C?

Tidak! Sama sekali tidak.

Berceritalah hanya kepada pemilik hati. Hanya pemiliknya sahaja yang mengerti dan memahami segala sakit pedih kita. Hanya pemiliknya sahaja yang mampu membantu kita merawatnya.

Kalau Ali sakitkan hati kita, curang dengan kita, main-mainkan kita, tak apa. Biarkan Ali. Kita tak rugi. Kalau Ali tak nak dengan kita, kita cari orang yang nakkan kita. Dan disitu kita akan bertemu dengan orang telah ditakdirkan oleh pemilik hati. Hati kita pun kembali bunga-bunga. Mesti kita akan lupa kepada Ali sekejap. Padan muka Ali. Ha Ha Ha !

Selepas bertemu dengan orang yang dijodohkan pemilik hati itu tadi, kita akan tahu kenapa hati kita disakitkan oleh Ali.

27 May 2015

Usaha

Orang cakap kalau dah jodoh. Bertahun couple pun break jugak sudahnya. Ada yang lagi tragis, dah kahwin dapat anak pun bercerai jugak akhirnya. Itu bukan kira tak ada usaha, ye dak? Dah usaha tapi tak ada jodoh untuk kekal sampai mati. 

Aku tak kisah apa orang nak kata, sebab yang berada dalam permasalahan itu aku. Yang nampak semua yang indah tentang aku itu mereka tapi yang dah separuh mati dalam perjalanan hubungan hingga ke hari ini itu aku sendiri. Yang kononnya gelak penuh gembira tapi sedang berpura-pura itu aku. Ya, aku lah, yang hingga ke hari ini asyik stuck pada tahap yang sama.

Bukan aku tak pernah usaha. Tuhan saja yang tahu segigih mana usaha aku ada. Mungkin sesetengah yang lain jika berada di tempat aku, dah lama putus asa. Entah kenapa, Tuhan sahaja  yang tahu kenapa hati ini jatuh kepada dia yang sering memalit durjana. Mungkin juga Tuhan sengaja mahu aku lebih tabah dan lebih kental tapi tiapkali saja mata aku terasa berhabuk pedih dan titis-titis jernih laju mengalir terjun. 

Sering juga aku rasakan segala usaha  dan kesabaran aku tak pernah dihargai. Yang terlihat, cuma silap aku yang walau sebesar zarah walau sekadar melontarkan satu soalan sudah bikin kamu bosan, kadang berminggu jauh mendiam. Adakah aku yang kamu perlukan, atau aku yang kesunyian dan memerlukan kamu sebagai teman? Keliru jelas disitu. 

Perit bila celikkan mata dan terpaksa bernafas. Aku gagahkan juga segala liang dan rongga dalam badan untuk berfungsi, menghadapi hari demi hari. Dan akhirnya tanya diri soalan paling asas, kenapa aku masih di sini? Letih, aku rasa sesuatu perasaan yang berat seperti penat beban yang tidak terlarat ditanggung, sudah diletak namun tidak berganjak sakitnya. Bahu masih lagi ke bawah, bongkok setiap urat dan tulang. Bersandar pada dinding yang dibina sendiri atas dasar melindungi.

19 April 2015

Hati Perempuan

Aku tak pandai menulis. Aku memerlukan emosi untuk menguasai diri aku baru aku dapat meluahkan dengan baik dalam penulisan. Dan aku dah jarang menulis sebab bila aku menulis, orang selalu judge aku membuatkan aku rasa macam tawar hati dan menyampah nak menulis. Tapi takpe, this time aku saja saja menulis untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Mungkin aku sedikit kasar, tapi please la don’t judge me based on my writing. That is just not fair at all. Ok? Tapi aku dah tahap kritikal ni. Terlalu setia sampai perasaan cinta dah hampir mati. Terlalu setia? Aku ni dah gila ke hape? Kah kah kah! 

Aku perempuan biasa dan normal yang selalunya emosi akan menjangkaui pemikiran rasional. Perempuan tak rumit. Lelaki yang malas dan effortless sahaja akan cakap perempuan rumit. Dan aku gelarkan lelaki begini adalah pemalas, bodoh dan bodoh. Sebagai seorang perempuan, aku takkan mengada atau banyak songeh atau cepat berkecil hati dengan lelaki yang aku tak sayang. Perempuan akan berkelakuan begini dengan orang yang lelaki yang dia sayang je. Kalau dia tak sayang, buat ape bazir tenaga merajuk, menangis apa bagai? Kau ingat tak penat ke? Penatlah sial. Hari-hari menjeruk perasaan dengan perangai boyfriend yang macam ntahhapehape. 

Daripada pengalaman sendiri, orang lelaki suka cakap perempuan ni suka mengungkit. Bila kita cakap something untuk remind dia, dia cakap kita tak habis-habis nak mengungkit sampai tujuh keturunan tapi bila dia cakap, dia tak consider tu as mengungkit. Dia kata tu nasihat. Kepala hotak kaulah nasihat. Lelaki ni kalau dalam perhubungan selalu bersikap dominan. Atau bahasa kasarnya adalah, GILA KUASA. Seboleh-boleh nak menang dalam semua benda, tanak mengalah, buat salah pun tak reti nak mintak maaf, and the next day pretend like nothing happened. Aku memang pantang orang macam ni. Semalam sikit punya banyak kau maki aku, alih alih arini kau buat macam tade ape-ape berlaku. Kemain tersengih macam kerang depan aku. Ewahh handal betul kau ni? Hati kau dibuat dari besi ke ape? Bila ditanya, katanya tanak drag benda yang dah lepas. Yang dah lepas semalam tu, biarlah lepas jangan di ungkit lagi. Malas nak difikir nanti tambah merumitkan keadaan. WTF? Takde effort nak setelkan masalah yang ade, terus je nak move on dengan hari yang baru? Kau sila jalan terus, belok kiri dan terus pergi meninggal wokeh. Why don’t you try to settle it down, dari buat-buat macam takde ape berlaku? Kau ingat dengan menghambur semua amarah kau semalam, benda tu dah setel lah harini? Semuanya selesai lepas kau bangun dari tido, macam tu?

Dan aku juga sangat tidak faham dengan prinsip para jejantans yang anggap - walau pun dah ade girlfriend tapi belum berkahwin, dia boleh pergi menjalang dan menggomol seramai perempuan yang dia nak. Dia cakap girlfriend dia tak berhak untuk jeles. Girlfriend je kot. Bukannya bini. So, sukahati akulah nak kuar dengan sape sape pun. Kawan je semua tu. I know my limit. U know your limit? Fine lah kalau kau cakap girlfriend kau tu tak berhak jeles sebab kau bukan hak milik mutlak dia. Fine, fine. Meh sini aku bagi satu contoh; Katalah girlfriend kau ni nak teman kawan lelaki dia gi annual dinner, dia pun bagitau kau. Dia just bagitahu. It is not that she ask a permission from you. Pastu kau pun melenting macam perempuan meroyan sambil cakap “Hey you tu girlfriend I tau!” - Kau tu BOYFRIEND dia je kot. Bukan SUAMI. Aku tak tau nak explain cemane bagi nampak jelas situasi ni, tapi ape yang aku boleh conclude lelaki ni bila dia buat takpe, kita buat tak boleh. Bila kita jeles dia cakap; “Hekeleh u girlfriend I je kot. u tade hak atas hidup I” But when it comes to women, dia punya menyinga macam kita ni dah sah jadi isteri dia. Nampak tak? Aku bet lelaki tak nampak semua ni sebab dia sorang je rasa dia betul. Orang lain salah. Pemikiran setempat. Lambat matang. 

Aku rasa orang lelaki ni memang jenis lambat dari segala segi. Lambat nak sedar ada orang sayang dia lebih dari nyawa sendiri, lambat nak bukak mata yang orang dah banyak berkorban untuk dia, lambat segala gala lah. Bila dia dah sedar, perempuan tu dah takde dah. Dah pegi kat orang lain yang lagi pandai hargai dia. Kalau perempuan tu stay, perempuan tu dah tawar hati. Masa tu barulah nak menggelabah tetek cari pompuan tu balik. Nak rebut dengan orang lain. Memang pegi jahanam lah kan. Dulu aku terhegeh hegeh kau buat buta je. Sekarang merepek tak tentu arah. U deserve it! Padan muka. Lain kali belajar hormat perasaan orang. Yang lelaki cepat bab romen je. Nampak peha pompuan, klivej pompuan cepat je nak horny. Part tu memang cepat. Ala, aku ni nampak peha lelaki, tade lak aku rasa horny pun. Tah mende-mende la nampak peha gebu pun nak horny. Ah lelaki. Masa belum dapat lautan api sanggup direnangi. Bila dah dapat, suruh mintak tolong jemput kat rumah pun berkira. Puiiii!! Elelele, marah lah tu aku cakap orang lelaki lambat. Aku tau dah jawapan ape yang lelaki akan bagi. “Bukan tak nampak, saja tanak tunjuk”, “Guna la common sense, takkan tu pun nak kena ajar”, dan bla bla bla. 

Ah! dan dan la nak suruh guna common sense bagai kan. Pandainya awak berkata kata. Time girlfriend kau terasa hati kau abaikan dia sikit punya lama tade pulak kau nak guna common sense diri sendiri kan? Ape tu ayat yang biasa lelaki cakap tu; “U tak cakap mana I nak tau”, “Perempuan ni complicated lah”. Common sense kau mane? Common sense piiirahhh. Kau nak orang paham kau je setiap masa tapi selfish gila tak nak paham orang lain. 

Dan pesanan aku untuk para lelaki, jangan lah bagi harapan kat perempuan kalau kau rasa kau setakat menanam tebu di pinggir bibir. Kau bikin ayat untuk sedapkan hati girlfriend kau je supaya dia stay. Padahal kau masih lagi mencari option lain sedangkan girlfriend kau tunggu kau macam orang bodoh. Kau layan dia macam sampah pun dia masih tunggu sebab dia pegang kat kata-kata kau. Daripada kau jadi lelaki dayus dan kejam yang asyik menabur janji tapi haram satu pun tak boleh nak percaya, lepaskanlah girlfriend kau. Jangan seksa dia semata mata sebab nafsu tamak kau. Kalau kau rasa kau hotsetap dapat pancing perempuan yang sama hotsetap dengan kau, then go. Jangan jadikan girlfriend kau tu macam perempuan simpanan bila mana kau rasa bosan, terdesak atau susah baru kau datang cari dia. Jangan layan orang lain macam sampah sedangkan orang lain layan kau macam raja. If you want her to treat you well, so does she. 

Please la belajar bertanggungjawab dari masa muda. Bukan lagi 40 tahun baru nak belajar bertanggungjawab. Jangan sampai satu hari nanti perempuan yang kau sia-siakan ni berjalan bahagia berpimpin tangan dengan kawan baik kau sendiri. Who knows?

8 April 2015

Palace of The Golden Rose - Kemahuan

" Ramueldo, awak nak apa sebenarnya? ", tanya Fantaghiro.

Jawapan masih belum diberikan tapi Fantaghiro sudah melonggokkan kesemua harta benda, impian, harapan dan segala yang ada dalam satu tangan lalu diserahkan kepada Ramueldo.

" Saya nak seorang kawan. "

Dengan sekudrat daya juga Fantaghiro berusaha untuk menjadi seorang kawan. Mencuba untuk ada pada setiap masa diperlukan.

" Saya nak perhubungan. "

Seorang Fantaghiro gigih cuba mencari alasan lalu merentas daratan yang memisahkan untuk melestari apa itu perhubungan.Demi Ramueldo, diketepikan segala halangan dan fikiran orang.

" Saya nak masa. "

Perancangan dan impian Fantaghiro untuk menculik seorang Ramueldo ke hujung bumi di mana bisa melayari hari-hari bersama tika  masa umpama berhenti hanya tinggal mimpi. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * ** * 

Tapi seorang Ramueldo tetap berkerut dahinya. Mata tidak pernah memandang Fantaghiro dengan kepuasan. Perilaku dan raut wajahnya sentiasa seperti mencari-cari sesuatu, seperti tidak cukup apa yang ada, seperti tidak nampak yang depan mata.

Ramueldo, awak nak apa sebenarnya? "

" Saya pun tak tahu. Tapi saya tak mahu kita bersama."


1 April 2015

Palace of The Golden Rose - Perjuangan

Dulu seorang Fantaghiro mahu berjuang habis habisan. Dulu seorang Fantaghiro mengaku sanggup tahan semua tangisan. Dulu Fantaghiro kata mahu menerima Ramueldo seadanya. Tak kisah kalau Ramueldo memang pemarah orangnya, ataupun menyakitkan hati orangnya. Ramueldo tetap sempurna.

Ramueldo tetap apa yang Fantaghiro suka.

Tapi pelik kan cara aturan dunia? Masa makin laju bila kita bersama dengan kegemaran kita, masa menghilang dengan pantas bagai bilah yang mencantas setiap rumput yang baharu mahu naik menutupi bumi. Okay, hubungan over gila kalau disamakan dengan potong rumput.

Dan masa juga mengubah apa yang kita rasa. Seorang Fantaghiro bila asyik menangis bila ada saja benda yang tak kena, mulai belajar yang kesakitan itu ada hadnya. Tak boleh sakit, tak boleh ada hati yang berpenyakit. 

Dan masa juga mencambahkan rasa. Seorang Ramueldo yang dahulunya selalu leka, sekarang sudah pandai mencuba. Apa yang membuatkan Fantaghiro  gembira, cuba untuk dilonggokkan depan mata.

Tapi seorang Fantaghiro yang penat hanya tersenyum hiba sambil melangkah longlai cuba mengikut rentak Ramueldo cipta.


Bersambung...

30 March 2015

Bercuti Ke Seoul, Korea

Sepatutnya kalau ikut plan, nak pergi Australia tapi ntah camne last minit aku terbeli tiket ke Seoul, Korea nasib pok cik sekalian tak kesah sebab dorang bos so dorang follow je plan kuli  ni even aku plan jual dorang pun dorang tak sedor agaknye kehkeh.

Day 1 - Incheon Airport - Itaewon

Seoul dari atas langit

6 jam 45 minit masa penerbangan dengan Air Asia X. Lepas makan tido pastu makan pastu tido baru la sampai Incheon International Airport, Seoul Korea. Sampai je sana terus cari 7Eleven untuk beli T-Money beserta topup sekali. Aku topup 300ribu Won itupun bajet guna untuk naik train/bas je selama 6 hari disana.

Dah settle bab tu, aku terus ke tingkat bawah untuk cari Airport Railroad untuk ke SP@guesthouse yang aku siap booking di Itaewon. Untuk ke sana aku harus turun di Stesen Gongdeok untuk tukar train no 6 warna koko untuk ke Itaewon. Masa perjalanan semua mengambil masa lebih kurang sejam jugakla.

Sampai di Stesen Itaewon, baru real dapat hirup udara sejuk korea fuhhh. Aku ikut arahan seperti dalam laman web guesthouse, keluar gate 1. Untuk ke guesthouse tu hanya perlu menapak dalam 10 minit je tapi sebab jalan yang berbukit, perlu mendaki sikit agak penattt bagi aku yang kurang stamina ni.

Aku pilih untuk stay di Itaewon sebab sini senang dapat makanan halal dan lagi satu sebab malamnya yang meriah. Malam tu aku makan di Restoran Muree Muslim Food yang menyediakan makanan korea yang halal. 
Inila restoran tu

Makanan yang aku pesan beserta menu wajib korea, Kimchi
Day 2- Lotte World

Best pergi sendiri ni coz buat apa-apa sukati je ikot jadual sendiri. Untuk hari kedua, aku plan nak ke Lotte World sebab pertama nak ke Hard Rock Cafe untuk beli koleksi shirt macam biasa la kan. Sebab kedua nak main-main di Lotte Adventure yang macam kat Disneyland tu. So lepas sarapan di Restaurant Mr Kebab, aku terus amek train ke sana dari Itaewon turun di Sindang untuk tukar train no.2 untuk ke Stesen Jamsil. Sampai je Stesen Jamsil tengok papan tanda coz Lotte World dalam bangunan bersambung dengan stesen train tu aje.

Breakfast di Mr. Kebab

Hard Rock di Tingkat 5, Lotte Mall
Malam pula selepas dinner di Restoran Siti Sarah di Itaewon, aku ke Cheonggyechon stream. Dari Itaewon Stesen turun di Gongdeok tukar train no.5 untuk sampai ke Stesen Gwanghwamun dan dari situ, Cheongyechon Stream hanya 500 meter sahaja. Cantik pemandangan malam kat situ. Ramai orang tempatan dok lepak and dating lagipun ada hiburan Busking jalanan so romantikkk.

Day 3 - Namsangol Hanok Village, Namsan Tower & Namdaemun Market

Hari ketiga ni aku akan jelajah Seoul dengan bas pulak. Selepas breakfast, aku terus naik bas 421 dari Itaewon turun di Stesen Chungmuro then jalan kaki 500 meter je terus nampak Namsangol Hanok Village ni. Masuk adalah percuma. Sini adalah style perkampungan dulu-dulu and part paling best boleh gayakan pakaian tradisional 'Han bok' tapi kena bayar la 30,000 korean won.

Sempat beli odeng & bungeoppang di pintu masuk Namsangol Hanok Village ni, sedap sensangatttt paling saya suka bungeoppang tu rangup dan inti kacangnya sedap tak manis sangat.


Peta keseluruhan kawasan Namsangol Hanok Village, penat kaki jalan

Cantik rekabentuk rumah lama orang korea
Lepas snap sana sini, aku ke Namsan Tower pulak. Malas dah nak berjalan so aku amek bas terusss sampai puncak. Ada tiga pilihan je untuk sampai puncak Namsan ni sama ada jalan kaki, bas atau kereta kable. Teringat aku cerita Boys over Flowers dating kat sini part kene kunci and overnight dalam kereta kable hehee. Kat sini juga ada love padlock

Dari atas gunung ni, korang akan nampak pemandangan keseluruhan bandar Seoul yang cantik

Kebetulan ada pertunjukan budaya, Korean Warrior.
Sebab full sangat so aku plan nak lock cinta aku dalam hati jelah.
Dah puas pusing-pusing tengok pemandangan dan persembahan, aku naik bas no 2 turun gunung terus ke Namdaemun Market. That time cuaca makin sejuk sampai aku rasa tak tahan sangat dah tapi terpaksa gagahkan jugak. Syukur bas betol-betol turun depan Namdaemun Market tak payah nak menapak jauh-jauh. Bila tengok pasar jual macam-macam tu, diri yang sejak tadi lemah mengigil sejuk terus rasa bersemangat sikit. Orang cakap kat sini harga lebih murah berbanding kat lain. T-shirt 'i love korea' boleh dapat 2 helai 10,000won untuk warna kelabu dan merah pastu ahjumma tu siap bagi free pulak lagi sehelai maybe sebab aku borong banyak sangat hikhik. Aku suka sudu dia yang agak panjang tu, ada logo bendera korea harga satu set 5000won so beli banyak-banyak. Selain tu macam biasa, aku beli fridge magnet and pemotong kuku. Done shopping sakan penuh tangan, aku pun happy pulang hotel sambil senyum lebor.

Buah strawberi kat sini murah-murah dan lagi satu lebih manis dan besar compare yang kat Cameron Highland.

Ahjumma ni jual macam-macam lobak jeruk.
Day 4 - Nami Island

Hari ni kena bersemangat, kena kembara jauh sikit nun ke Nami Island, nak jumpa Jun Sang ahaks. Pagi tu after breakfast, aku naik train no.6 dari Itaewon ke Gunja lepas tu tuko train di Sanbong naik ATX turun di Stesen Gapyeong. Boleh jugak naik KTX ekspres tapi yang tu kene beli tiket di kaunter awal-awal & ada waktu tertentu sebabkan aku malas nak terikat camtu nanti so aku naik ATX walau lambat sikit sebab banyak stop but its ok boleh aku menikmati view Seoul. Dari Gapyeong amek teksi, tambang 3000won ke Jeti. Tiket feri ke Nami Island adalah 8000won untuk pergi & balik.

Feri ni ler aku naik

Ada surau di hujung Nami Island ni untuk solat

Sonoknye dok pulau Nami
Naik teksi ke Jeti

My lunch at Nami Island..Udon Mee, Topokki dan of course kimchi

Pemandangan dari dalam train..cantiknya tempat kat sini rasa tamau balik Mesia 
Lepas da puas pusing-pusing, snap gambo sana sini di Nami Island, aku pun balik ler guesthouse. Penat gilos. Malam tu aku dinner makan meggi bawak sendiri dan gyeranppang yang aku beli kat tepi jalan tadi sebab da malas nak keluar sebab sejuk gile suhu 0c.

Gyeranppang atau roti telur dan ada kacang
Day 5 - Gyeongbokgung, Gwanghwamun, Hangang Park & Dongdaemun

Sebabkan ini hari last aku kat sini, maka aku nak borong semua tempat hari ni hahaa..esok dah nak fly balik tanah air kan. First aku turun di stesen Gwanghwamun Plaza dari situ boleh menapak ke Gyeongbokgung. Dekat je. Malangnya hari tu Istana Gyeongbokgung tutup. Off day kata Pengawal Istana kat situ alahaiiii ruginye so aku snap gambo dari luar jelah.


Lepas tu aku ke Hangang Park pula. Malang juga sebab time aku pergi musim bunga belum betul berbunga-bunga so nampak warna perang je semua macam semak je taman ni walhal tengok dalam gambar yang orang lain pergi cantik sangat. Nasihat aku, kalau nak pergi taman-taman or gunung-gunung yang view keindahan alam ni better pergi musim bunga or musim luruh. Aku pergi musim salji tengah mencair memanglah tak cantik huhuu.


Lepastu aku naik train ke Dongdaemun pulak. Niat asal nak makan ikan bakar je tapi waktu masih awal maka aku pusing-pusing la sekitar pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai yang banyak tu. Ingat nak shopping lagi tapi takut terlebih muatan so aku cuci mata jelah. Geram je tengok cadar dan kain sutera korea tapi setakat geram.




Lorong kedai-kedai ikan bakar


Dinner aku malam tu..sedappp
Sebelum balik sempat tapau Twigim & Odeng buat makan kat bilik nanti hehee

Day 6 


Selamat tinggal Seoul, panjang umur rezeki lebih teringin sangat nak pergi lagi

1 February 2015

Bercuti ke Pattaya & Bangkok


Hola! Ingatkan tak jadi dah trip kali ni lastly jadi jugak alahai pok cik sakit kepala mok cik. Kali ni aku terbang dengan AirAsia ke Dong Meang International Airport. Sesampai je sana aku terus amek teksi ke Pattaya. Dah banyak aku survey pasal trip ni dan aku ingat pesanan sorang blogger ni bagitau jangan amek teksi airport sebab mahal gile babas tapi ntah camne aku terperdaya teramek juga huhuhuuu mungkin sebab tak nak menunggu buang masa. Teksi biasa maybe 1200-1500Bhatt, teksi airport 2400Bhatt rugi 1000Bhatt. Menyesal kemudian tiada guna kan. Perjalanan ke Pattaya about 2 jam dari Bangkok.

Sesampai je Pattaya aku check in Hotel tepi Hard Rock Hotel, sengaja amek hotel di Beach Street supaya nanti malam sonang nak jenjalan di Walking Street, syurga dunia lelaki hmm. Kemudian aku terus amek tuktuk (pegangkutan yang jimat) ke Samosa City Of Love Pattaya, 30 minit masa perjalanan. Baru dibina, ala-ala english style. Sesuaila tempat ni untuk yang datang honeymoon honeystar. Bayaran masuk sekitar 300Bhatt seorang. Aktiviti kat sini bergambar je snap sana snap sini.

Penat berjalan di Samosa City, rehat sambil makan aiskrim kelapa sodap
Dah puas bergambar amek tuktuk pulak balik Beach Street. Perut berkeroncong, ya tuhan susah mencari makanan halal kat sini. Lastly masuk Hilton Mall terjumpa kedai halal style arabic indian. Belasah je janji halal even agak mahal dibandingkan kat warung2. Nama kedai tu Ali. Eh, Ali?

Boleh tahan laaa nasib jumpa halal
Dah kenyang, aku jenjalan jelah sekitar Beach Street cuci-cuci mata nengok ramai gile mat salleh and minah salleh berjemur. Suasana sangat cantik macam dah kat eropah je macam kat Las Vegas gitu. Tak lama lepas tu boleh tengok sunset pulak.



Dah penat jenjalan so balik hotel rehat-rehat. Pukul 8.00 malam get ready aktiviti malam pulak di Walking Street. Sebelum tu aku sempat singgah Hard Rock Pattaya untuk beli t-shirt macam biasala my favorite collection jika kemana-mana. Seterusnya, sambut buffday pok cik di Walking Street. Memang happening. Kalau sesiapa pernah pergi Bangla Road di Phuket, sini pulak 10 kali ganda dari sana kot.





The next day...


Untuk hari ni aku bertuah sebab jumpa mak cik ni jual mi sup halal kat pantai Pattaya. Alhamdulillah. Meniaga dengan motosikal patot malam sebelum tak jumpa. Rezeki aku lagi lepas tu sebab jumpa pula banana pancake yang halal juga tepi pantai tak jauh dari hotel aku.

Mac cik jual sup sedap

Banana pancake sodap lagi halal

Destinasi untuk hari berikutnya untuk ke Bangkok pula. Aku naik teksi deal kat luar hotel dapat 1200Bhatt. Sampai je Bangkok, aku check in hotel pastu pusing-pusing di Siam Square, Siam Paragon. Tak shopping pun sebab lebih kurang macam kat Pavillion, KL jugak. Lepastu aku ke Hard Rock Bangkok pula, sekali lagi berhabis untuk collection t-shirt.

Esoknya masih ada masa lagi untuk jenjalan before flight malam tu. For breakfast nak jimat, aku makan kat warung tepi hotel je kebetulan hotel tepi masjid so senang nak dapat makanan halal di Bangkok.

Pad Thai untuk breakfast 
Untuk habiskan masa yang berbaki lagi aku ke Damnoen Saduak Floating market, kira-kira satu jam setengah dari Bangkok dengan menaiki teksi. Bayaran nak naik perahu tu aku amek yang pakej 2000Bhatt je mula-mula dia cakap 4000Bhatt sorang aku cakap takmau terus dia keluarkan resit yang 2000Bhatt. Mahal nak mam tapi dah alang-alang sampai terpaksa la.




Lepas tu terus aku ke airport balik Malaysia yang dirindui....