Konichiwa!
Haippp Haippp..
Penat masih terasa, baru je minggu lepas aku pulang dari travel ke negara nippon seterusnya bersambung ke Jeju Island, Korea. Sementara semua masih segar di ingatan, cepat-cepat aku buka blog nak kemaskini entri Tokyo ni dulu.
Percutian singkat selama 4 hari 3 malam di Tokyo dengan aktiviti yang padat, penat! itu je aku boleh simpulkan. Flight Airasia yang mengambil masa 6 jam 45 mini dengan tiket promo yang sempat aku grab tahun lepas dengan harga RM721 dua hala.
Kami tiba di Haneda International Airport, Tokyo pada jam 10 malam. Cepat-cepat kami bergegas untuk proses imigresen dan kastam kerana takut terlepas train. Almaklum proses tu semua memerlukan korang beratur panjang. Untuk makluman train terakhir adalah pukul 11 malam.
Untuk mendapatkan train, keluar je pintu ketibaan nampak papan tanda Airport train, ikut je papan tanda tersebut. Aku pula nak ke tempat penginapan di Ikebukuro so terpaksa tukar line hijau, Yamanote Line untuk turun di stesen Ikebukuro.
 |
Dalam train |
 |
Selamat sampai di Ikebukuro, ini jalan menuju ke apartment kami. |
 |
Inilah ruang tamu apartment yang kami sewa, rumah style jepun macam dalam citer doraemon tu. |
 |
Kuih feveret doraemon, Dorayaki hanya 100Yen ada dijual di 7E or family mart |
Keesokannya pengembaraan bermula. Pagi-pagi lagi kami keluar, menaiki train ke Ueno untuk carik makanan halal, nasi ayam 'Chicken Man' di Ueno. Dengan harga 300Yen, boleh tahan sedap walau nasinya macam pulut. Lepas makan, kami ronda-ronda sekitar Ueno, kat situ ada banyak kedai-kedai menjual cenderahati. Pasar ikan pun ada, kebab halal pun ada, kedai buah segar pun ada. Aku sempat membeli tembikai yang dah dipotong, 100Yen satu potong, manis gile tak pernah aku jumpa tembikai manis camtu seumur hidup.
 |
Depan aku tu adalah owner Chicken Man |
 |
pasar ikan segar |
 |
Kedai buah |
 |
Unik je teksi kat sini |
 |
Dihadapan pintu gerbang nak masuk ke Kedai Chicken Man, ada banyak gerai-gerai macam dalam gambar ni haa |
 |
Wajib, singgah HR! keluar stesen Ueno terus nampak HR Ueno |
Selesai di Ueno, kami naik train untuk ke Harajuku Street pula. Kat sini ada banyak gerai-gerai mostly gerai pakaian dan gerai makanan ringan. Gerai menjual pakaian Harajuku Style iaitu style yang biasa penyanyi Gwen Stefani gayakan ala-ala macam gambar kat bawah ni, pelik memang aku tak beli mau mami aku halau dari rumah bila tengok aku pakai nanti.
 |
Yeahh harajuku style |
 |
Beli street food ni haa apa org sebut tatau, dalamnya ada cheese. |
Selesai window shopping di Harajuku, kami ke Shibuya pulak untuk mencuba lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia 'Shibuya crossing road' yang merupakan tempat shooting filem Fast & Furious 'Tokyo Drift. Memang sesak, sekali lampu pejalan kaki bertukar hijau, dah macam semut semuanya sibuk melintas dah la dorang ni jalan laju-laju.
Lepas tu kami ambil train balik ke Ikebukuro dan singgah makan malam di Restoran MalayChan yang menghidangkan makanan melayu. Restoran ni kepunyaan orang jepun tetapi beliau jatuh cinta dengan masakan melayu so beliau bukakla restoran ni dengan menggunakan pekerja melayu. Restoran ni juga adalah pembekal makanan untuk syarikat penerbangan jepun.
 |
Di hadapan restoran Malaychan, Daging Masak Sos MalayChan serius sedap, suggested! Tomyam tak menjadi sebab tak rasa macam Tomyam hahaa |
Hari ketiga pula, kami habiskan waktu seharian menjadi kanak-kanak di Disneyland. Untuk kesana, kami menaiki RJ train dari Ikebukuro dan transit di stesen tokyo untuk tukar train line merah dan turun di Maihama, Tokyo Disneyland.
Memandangkan orang jepun ni suka pergi Disneyland tak kira masa so boleh dikatakan setiap hari sesak je kat sini apalagi musim bunga dan musim panas, ketika inilah mereka akan mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti luar seperti, camping, mengunjungi Disneyland dan sebagainya.
Pukul 10 malam adalah kemuncak akhir dengan pertunjukan bunga api. Walau penat dan sempat main 6 permainan je dek kena perlu beratur panjang tapi tetap berpuas hati. Malam tu balik tidur dengan nyenyak sebab terlampau penat.
 |
di hadapan pintu masuk Tokyo Disneyland. |
Keesokan paginya, seawal pukul 7 pagi kami dah keluar terus check out apartent dan seterusnya menaiki train ke Shinjuku untuk simpan bagasi dalam loker di sana untuk semntara. Destinasi terakhir hari ni, kami akan ke Kaki Gunung Fuji yeayyy untuk kesana kami menaiki train dari Shinjuku ke turun di Otsuki dan menukat train Fujiyoko line dan turun di destinasi terakhir iaitu Kawaguchiko.
Dari stesen Kawaguchiko, kami hanya berjalan kaki dalam 1 km jugakla untuk sampai ke Kachi Kachi Yama Ropeway iaitu menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan Gunung Fuji. Kereta kabel macam kat Bukit Bendera tu jugak haa. Memang memukau mata, pemandangan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko, SubhanAllah.
Turun je kereta kabel, ada satu restoran halal, Restoran Alladin menjual makanan indian style so kami makan tengahari kat situ.
 |
Pemandangan Gunung Fuji |
 |
Dalam train Fujikyoko |
 |
Restoran halal ditepi tasik kawaguchiko
|
Petang tu, usai mengambil bagasi kami di Shinjuku kami terus ambil airport train ke airport untuk pulang ke Malaysia.
boleh share itinerary tak?
ReplyDeleteThanks sharing Kedai halal kat Tokyo...
ReplyDeleteHi, your welcome
Delete